اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Jangan lupa selit qunut nazilah untuk rakyat Palestin yang sedang berjuang🤍"I datang nak selamatkan you." Gemersik suara Adalee menghentam gegendang telinganya. Julian senyum pilu. Sekian lama dia tidak menatap wajah anggun gadis ini. Mahu saja dia dakap erat sosok tubuh yang dia rindukan selama ini.
Sejak kejadian itu, Adalee seolah-olah menghilang dari dunia nyata. Tiada siapa tahu perkhabaran gadis itu bahkan ayah Adalee yang dia jumpa di hospital pun tidak tahu ke mana arah tuju Adalee.
"Kenapa you nak selamatkan I?" Entah kenapa soalan itu boleh terpacul keluar daripada bibir Julian. Sedangkan bagi Julian, kehadiran Adalee sudah menjadi ubat untuk segala kesakitan dalam hidupnya.
"Ini hadiah untuk you." Suara Adalee semakin tidak jelas tetapi Julian dapat menangkap dengan baik apa yang cuba dituturkan oleh Adalee. Bahkan soalan Julian tadi dihiraukan oleh Adalee. Kehadirannya di sini seolah-olah mahu memaklumkan sesuatu.
Mata Julian serentak jatuh ke bawah. Membulat teruja dan dalam masa yang sama dadanya seakan sesak dengan hadiah yang dibawa oleh Adalee.
"Ini siapa?" Tangan Julian cuba memegang jari kecil bayi yang digendong Adalee. Namun belum sempat dia berbuat sedemikian, Adalee sudah mengundur setapak ke belakang.
Bebola mata Adalee juga mencerlung tajam ke arahnya. Seolah-olah ada dendam yang belum dilunaskan.
"Kau perosak hidup aku, Julian Li!" Suara Adalee naik seoktaf sembari kepala digeleng perlahan seakan tidak dapat menerima takdir hitamnya.
Julian terkelu. Berkali-kali dia menidakkan bahawa dia bukan punca Adalee jadi begini. Andai sahaja malam itu dia yang menghantar Adalee pulang. Pasti takdir yang dilalui oleh mereka berdua akan berbeza sekarang.
"No.. Adalee. Listen." Julian cuba berdiplomasi. Namun jelas usahanya langsung tidak membuahkan hasil. Bahkan usahanya itu seakan menjolok ke dalam sarang tebuan.
"Ini anak you, Julian. Mungkin ini akan selamatkan you! Atau kita sama-sama jatuh, Julian Li." Hilaian tawa halus mengakhiri mimpi yang dialami oleh Julian sebelum dia akhirnya dikejutkan dengan bunyi ketukan bertalu-talu daripada pintu biliknya.
"Huh mimpi?" Julian menyebak juntaian rambutnya ke belakang sambil mengatur nafasnya. Peluh-peluh yang merintik keluar diusap dengan sebelah tangan.
"You kenapa terkejut sangat? I datang nak kejut you." Momma memandang Julian pelik. Julian geleng kepala sebagai jawapan lalu kembali berbaring di atas ranjangnya.
"Eh bangun! You kata ada shoot kan pagi ni? Bangun!" Julian buat tidak endah dengan momma yang mengarahnya untuk pergi bersiap itu. Sebaliknya, mata kembali dipejam sebelum kantuknya perlahan-lahan datang menjemput.
•••
MANDI tak basah tidur tak lena, makan tak berselera. Lagu bertajuk Aqilah nyanyian Floor 88 itu sesuai untuk menggambarkan keadaan Aahil tika ini.
Ralit merenung langit malam sehingga tidak sedar akan kehadiran umi yang daripada tadi memerhati anak lelakinya daripada belakang.
Ustazah Asiyah berdehem mengembalikan Aahil ke dalam dunia realiti. Aahil tersenyum nipis seraya memberi ruang kepada ustazah Asiyah untuk duduk di sebelahnya.
"Jauh termenung. Sampai mana dah? Kuala Lumpur?" ujar ustazah Asiyah mengusik. Aahil tertawa perlahan lalu kepala didongakkan kembali melihat langit malam yang diterangi dengan bintang-bintang yang bersinar terang.
YOU ARE READING
Langkah Pendosa
Romance[On-Going] Hidupnya dibelenggu dengan dosa, terlalu mengejar dunia sehingga lupa akan kewujudan akhirat. Benar, Tuhan itu Maha Penyayang. Dia tidak pernah lupa akan hamba-hambaNya yang hanyut dalam lembah dosa. Buktinya, satu peristiwa hitam meni...