BAB 16

1.5K 163 15
                                    


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Jangan lupa selit qunut nazilah untuk rakyat Palestin yang sedang berjuang🤍

KEGELAPAN langit malam dipandang sepi oleh Ma'wa. Melalui celahan tingkap, dia dapat lihat dengan jelas kebun yang diusahakan oleh Ustazah Asiyah dan Encik Musyrif.

Terbit sebuah keluhan kecil daripada dua ulas bibirnya. Badan direbahkan di atas katil lalu tangan naik menindih sebahagian wajahnya.

Telefon pintar yang sudah dicas penuh oleh Aahil itu langsung tidak disentuh olehnya. Bukan apa, dia masih takut mahu menyentuh gadjet canggih itu.

Dia takut jika rindunya semakin melarat jika telefon pintar itu dihidupkan. Teks meseg bersama Julian, gambar-gambar Julian. Semuanya disimpan kemas di dalam gadjet mewah itu.

Malah gambar lockscreen juga merupakan gambar Julian dan dia yang sedang berjalan di atas runway buat pertama kali sebagai seorang pasangan model. Beritahu dia, bagaimana dia mahu lupakan Julian?

Tanpa dia sedar, air mata merembes keluar daripada kedua-dua belah matanya. Laju dia kesat cecair jernih itu dengan ibu jari.

"You need to stop, Ma'wa. Kau yang tinggalkan dia!" Berkali-kali dia mengingatkan diri sendiri tentang fakta yang satu itu.

Hakikat yang pahit ditelan. Dia yang meninggalkan Julian Li. Bukannya Julian. Dia yang tidak mahu memperjuangkan cinta mereka.

"Julian! I benci you! You tahu kan I tak suka hujan!" Adalee mencerlung tajam Julian yang sedang baring di atas padang rumput itu. Tubuhnya pula dibiarkan basah terkena air hujan yang sedang turun mencurah-curah membasahi bumi.

"I sayang you." Hanya itu sajalah jawapan yang Julian akan beri jika Adalee melenting sedikit. Tujuannya mahu mendiamkan Adalee daripada terus membebel. Katanya teknik itu diajar oleh seorang sifu cinta jika pasangan anda sedang membebel.

"Marilah sini! Seronok tau Adalee." Julian menggamit Adalee supaya mendekat ke arahnya. Dia masih berbaring di atas padang rumput itu santai. Seronok membiarkan tubuhnya dibasahi oleh air hujan.

Adalee menggeleng perlahan di bawah payung yang dibawa dari dalam kereta Julian. Dia mandi hujan? Sepuluh tahun akan datang pun belum tentu dia akan buat.

Mujurlah payung hitam itu berjaya melindunginya daripada terkena hatta sedikit pun air hujan.

Julian tersenyum senget. Dia bingkas bangun lalu berlari anak menghampiri Adalee. Adalee yang faham akan maksud akan renungan Julian itu tangkas membuka langkah seribu.

Berkali-kali Adalee mengelak dengan heels di kakinya.  Namun, sejauh mana dia boleh pergi dengan kasut tumit tinggi ini? Mustahil untuk dia berlari pantas di atas padang rumput yang sudah berlecak sedikit.

"Gotcha!" Pinggang ramping Adalee disauk oleh Julian. Terpusing-pusing tubuh Adalee apabila Julian memusingkan tubuhnya lagak seorang puteri.

Saat itu baru mereka tersedar.

Bahawa dunia  seolah-olah  hanya milik mereka berdua.

"Julian! I dah kena hujan." Mencuka habis wajah Adalee apabila tubunya seratus peratus sudah dibasahi oleh air hujan. Ergh sebab inilah dia benci bila Julian ajak dia keluar semasa hujan.

Alih-alih nanti tubuhnya turut menjadi mangsa hujan!

Julian menyeringai kecil. Langsung tidak hiraukan  amarah Adalee. Daripada berdiri kini posisinya sudah berbaring semula di atas padang rumput itu.

Langkah PendosaWhere stories live. Discover now