BAB 11

1.7K 171 8
                                    

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Jangan lupa selit qunut nazilah untuk rakyat Palestin yang sedang berjuang🤍

KERETA diparkirkan betul-betul di hadapan perkarangan Pusat Kasih Ar-Rahim. Jam yang melilit pergelangan tangannya ditilik. Lagi beberapa minit azan Subuh akan berkumandang.

Bebola matanya jatuh pada wajah umi dan gadis itu yang sedang nyenyak diulit mimpi. Gadis banyak songeh itu terus tertidur selepas melahap tiga bungkus roti jagung. Benar-benar kelaparan gamaknya.

Aahil buka tali pinggangnya perlahan-lahan agar tidak mengejutkan kedua-dua wanita itu. Dia meregangkan badannya sambil menghirup segar udara subuh pagi itu. Terasa sengal-sengal sungguh badannya selepas memandu selama lima jam. Mujurlah trafik tidak sesak sangat.

Masha Allah, udara yang paling nyaman dan tenang sekali adalah pada waktu subuh. Dia suka udara pagi begini.

"Buat apa lagi, Aahil. Tak reti nak ke masjid?" Suara abi membuatkan Aahil membulatkan matanya terkejut. Abi datang dari mana pula ni? Dengan serban dan berkopiahnya, mahu terkejut Aahil. Sudahlah lelaki tua ini berjalan dalam gelap dengan berbekalkan lampu suluh mininya itu.

"Aahil baru sampailah, abi." Tangan tua itu diraih lalu dikucup lembut.

"Umi mana?" Aahil juihkan bibirnya ke arah kereta yang elok terparkir di hadapan Pusat Kasih Ar-Rahim itu.

"Abi.. Aahil ada sesuatu nak beritahu." Aahil rasa serba salah mahu beritahu tentang gadis itu. Sisi bajunya dicengkam kuat tanda yang dia benar-benar gemuruh sekarang ini.

"Aahil, kenapa tak kejut umi? Dah nak azan kan?" Teguran Ustazah Asiyah membatalkan niat Aahil yang mahu memberitahu tujuan asalnya. Encik Musyrif ukir senyuman tipis apabila wajah si isteri menyapa pandangannya.

"Abang nak ke masjid dulu. Aahil, nanti kita sambung," pamit Encik Musyrif sedikit tergesa-gesa.

Pak!

"Kamu tunggu apa lagi? Taknak ikut abi ke masjid?" Ustazah Asiyah bercekak pinggang melihat anak terunanya yang mengaduh sakit itu.

"Nak pergilah ni," balas Aahil perlahan. Perih betul kena pukul dengan umi. Saat kaki mahu melangkah ke arah keretanya, baru dia teringat tentang gadis itu.

"Umi, perempuan tu macam mana? Umi kejutlah. Aahil taknak." Refleks Ustazah Asiyah menepuk dahinya kerana terlupa tentang kehadiran gadis itu.

"Umi lupa.."

•••

"ALLAHUAKBAR." Bergema kuat bunyi azan Subuh kedengaran di Pusat Kasih Ar-Rahim yang terletak di Kuala Muda, Kedah. Ma'w terkesima sebentar mendengar suara muazin yang merdu itu.

"Makcik.." panggil Ma'wa menarik perhatian Ustazah Asiyah yang sedang merenung langit subuh itu.

"Panggil umi je." Ustazah Asiyah membetulkan panggilan Ma'wa buatnya. Tidak mahu Ma'wa berasa kekok di sini. Rata-rata penghuni di sini pun memanggilnya umi kecuali jika mereka itu sebaya atau lebih tua daripadanya.

"Oh.." Malu Ma'wa dibuatnya apabila wanita tua itu menyuruhnya memanggil umi. Ini kali pertama dia merasa nyaman sebegini selepas insiden hitam itu menimpanya.

Puan Sri Kaysa sendiri telah meninggalkannya terkapai-kapai seorang diri di dunia ini. Daddy pula? Menghalaunya selepas mengetahui tentang berita kehamilannya. Andai mommy diberi peluang untuk hidup lagi, sudikah mommy membelanya?

"Umi, ini bunyi apa?" Ustazah Asiyah tercengang sebelum cepat-cepat dia mengawal riak wajahnya. Tidak mahu Ma'wa terasa dengan mimik wajahnya yang jelas terkejut itu.

Langkah PendosaWhere stories live. Discover now