BAB 8

1.7K 171 9
                                    

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Jangan lupa selit qunut nazilah untuk rakyat Palestin yang sedang berjuang🤍

MOMMA berpeluk tubuh sambil mata tidak lepas merenung wajah sugul Julian Li. Julian hanya menundukkan wajahnya. Tidak berani mahu bertentang mata dengan momma.

"You kenapa?" tanya momma dingin cukup membuatkan bulu roma Julian menegak.

"I need my Adalee. I cannot do it alone!" ulang Julian kesekian kali. Mengapa manusia-manusia di sini tidak faham permintaannya?

"You tak faham ke atau pura-pura tak faham? Ke you nak I bersihkan telinga you dulu?" gerutu momma geram.

"Tapi momma.."

"Julian, Adalee dah tiada! Dia yang tinggalkan you! This show must going on! With or without Adalee!" pintas momma laju. Dia tidak mahu anaknya berkabung hanya kerana seorang perempuan Islam.

"You never understand me, momma." Usai menuturkan kata-kata yang mampu membuatkan sekeping hati ibu itu retak, Julian memintas ibunya tanpa menoleh ke belakang langsung.

Dia kecewa.

Zyn hanya diam memerhati pertelingkahan antara ibu dan anak itu. Sepucuk surat yang berada dalam genggamannya dari tadi itu dimasukkan ke dalam poket bajunya.

Kaki turut diayun mengejar langkah Julian yang semakin laju itu. Tanpa aba-aba, tangan Julian ditarik dari belakang menyentakkan Julian yang sedang larut dalam lautan emosi itu.

"Julian, ini amanat terakhir Adalee." Surat yang tadi berada dalam poket bajunya dikeluarkan lalu diletakkan di atas tapak tangan besar Julian. Dia tersenyum nipis melihat surat yang dikirim Adalee itu telah selamat sampai kepada tuannya.

"A..Adalee datang?" Anak mata Julian bergerak-gerak mencari kelibat susuk tubuh yang dia dambakan itu.

"Dia jumpa Tuan Ismat tadi." Wajahnya berubah mendung mendengar jawapan Zyn itu. Oh, Adalee tidak berniat untuk jumpanya?

Walau sekali pun?

Kepalanya kembali bersarat dengan memori indah bersama Adalee dahulu. Tanpa Adalee, dia tidak mampu berdiri segah ini.

"You takut crowd?" Julian angguk tanpa ragu. Dia tidak malu untuk mengaku perkara itu. Menjadi model bukan bermaksud dia tidak takut keramaian. Dia buat semua ini sebab dahagakan perhatian manusia.

"Yeah." Pendek Julian membalas. Wajah gadis cantik itu direnung dari tepi. Zyn pernah beritahunya bahawa gadis ini akan menjadi pasangannya di IsFliq.

"Don't worry, I ada. I akan sentiasa ada dengan you. Sentiasa."

"Don't mess up!" Zyn sebak rambutnya ke belakang sebelum senyuman mengusik menghiasi wajahnya. 

Julian berdecit kesal apabila kenangan lama kembali berputar dalam kepalanya seperti sebuah pita video yang rosak. Pandangan matanya kembali fokus  ke arah surat yang berada di tangannya itu.

To: My Julian Li

Thank you for 5 years, Julian. I'm sorry for leaving without telling you first. Your existence makes my heart feels alive again. Don't be scared! I'll always have your back! I sayang dan cintakan you. Sepenuh hati.

I will come back. I will fight for our love. Jangan khianati I. Tunggu I balik.

—Adalee; your babies.

Julian ronyokkan kertas itu bersama dengan hati yang membara dan terkilan. Lalu tanpa dipinta, kertas itu dicampak kasar masuk ke dalam bakul sampah berhampiran. Dia tersenyum sinis sebelum kaki diayun menuju ke pentas yang gah itu.

Langkah PendosaWhere stories live. Discover now