اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Jangan lupa selit qunut nazilah untuk rakyat Palestin yang sedang berjuang🤍DARIPADA jauh lagi Ma'wa dan Auntie Rossa dapat menangkap perbualan kroni makcik-makcik bawang itu. Tersungging naik pinggir bibir Auntie Rossa mendengar umpatan mereka yang tidak berasas itu. Melampau!
"Amboi.. dah cukup amal ke mengumpat orang ni?" Sengaja Auntie Rossa menguatkan sedikit suaranya. Biar telinga kroni makcik bawang itu dapat mendengar dengan jelas setiap kata yang baru sahaja dituturkan oleh Auntie Rossa.
Kalau dapat pakej meleleh taik telinga mereka pun elok juga, kan?
Tersedak air liur Puan Ayu tatkala suara Auntie Rossa yang datang menyampuk. Kesemua mereka langsung berbalas mata sesama sendiri.
"Ehem.. sejak bila kami mengata? Hang tahu mana? Kami habaq benda betui ja," balas Makcik Kamariah membela dirinya. Kesemua ahli kroni makcik bawang itu mengangguk setuju dengan Makcik Kamariah. Mereka tidak berkata hal yang buruk pun. Hanya memuntahkan fakta sahaja.
"Iya? I dengar you mengata fasal budak baru tu. Kita ni dah tua sepatutnya menjadi contoh tauladan lah kat mereka. Tambahan pula kita tinggal di Pusat Kasih Ar-Rahim, sepatutnya you all ni tunjuk contoh dua kali ganda lebih baik!" Sengaja dia menekan perkataan Pusat Kasih Ar-Rahim itu.
Buat malu sahaja belajar agama di sini jika tidak dapat mengamalkannya dalam kehidupan harian. Amatlah rugi dan sia-sia sahaja.
"Siapa budak sebelah hang tu. Budak baru ka tu?" Enggan membidas Auntie Rossa kerana takut segala kata-katanya dilawan. Matanya kini melirik pula ke arah seorang gadis di sebelah Auntie Rossa. Tertanya-tanya akan siapa gadis itu. Takkanlah budak baharu itu?
Tidak silap dia budak baharu itu pakai pakaian mewah dan seksi. Yang terpampang di hadapan matanya ini pula bukan pakaian mewah dan seksi tapi hanya baju kurung bercorak bunga yang boleh didapati di pasar atau dalam talian.
"Ma'wa.. perkenalkan diri you. Inilah masa you untuk kebabom!" Auntie Rossa memberi arahan dalam bentuk berbisik. Tidak mahu ahli kroni makcik bawang itu memasang telinga.
Ma'wa berdehem sebentar. Pandangan matanya disorotkan ke arah setiap wajah ahli kroni makcik bawang. Mukanya suci sahaja, mengapalah perlu ambil tahu hal orang lain. Bukankah lebih bagus menjaga kain sendiri? Supaya tidak diselak oleh orang lalu segala aib terbongkar?
"Nama I Raudhah Ma'wa. I baru datang sini minggu lepas." Ma'wa memperkenalkan dirinya.
"Salam mana? Dah tau oqang (orang) islam, bagilah salam dulu. Kan lebih afdhal," tegur salah seorang ahli kroni makcik bawang. Ma'wa menghela nafasnya berat sembari menarik senyuman terpaksa.
"Assalamualaikum semua. Nama I Raudhah Ma'wa. I baru datang sini minggu lepas." Ma'wa mengulang kembali ayat yang tadi baru sahaja diucapkan namun dengan nada yang lebih sopan. Cuma kalini agak berbeza kerana Ma'wa menambah salam di hadapannya.
"Waalaikumussalam.." jawab mereka semua serentak. Senyuman manis ditayangkan di hadapan Ma'wa. Walau hanya Tuhan saja yang tahu bagaimana perangai mereka di belakang Ma'wa. Licik!
"Raudhah Ma'wa. Sedapnya nama," puji Makcik Kamariah ikhlas. Dia menggamit Ma'wa untuk duduk sekali bersama mereka.
"Nampaknya hang ada genglah sat gi Rossa." Auntie Rossa gulingkan biji matanya ke atas. Tahu sangat yang Makcik Kamariah sedang memerli dirinya. Kan dia sahaja yang gunakan kata ganti nama diri I dan You di sini. Tidak pelik jika dia pernah digelar diva dan dicop sombong.
"I sayang geng I." Auntie Rossa turut melayan perlian Makcik Kamariah itu. Tidak padan dengan usianya yang sudah menginjak tua namun masih mahu memerli orang.
"Assalamualaikum." Suara yang tidak asing lagi di telinga Ma'wa membuatkan kesemua pasang mata di situ serentak menoleh ke arah suara itu.
"Aahil." Makcik Kamariah menegur terlebih dahulu. Walaupun hanya berbaju t-shirt kosong dengan topi pesawah di atas kepala. Ia tetap tidak berjaya membuatkan Aahil nampak hodoh dalam persiapan seperti itu.
Sejak tinggal di sini, Ma'wa mula belajar tentang rutin harian mereka. Bukan mereka namun Aahil. Pada waktu pagi lelaki itu akan melawat stabel untuk membersihkan segala kotoran di stabel Einar dan Tuan Chempaka. Kemudian dia akan terus menukar pakaian untuk ke bendang pula.
Di sebelah petang lelaki itu sibuk membantu ayahnya berkebun. Ma'wa sendiri tidak pasti seberapa banyak untung bersawah. Adakah mereka cukup- cukup makan saja selama ini? Memikirkan tentang itu membuatkan Ma'wa tiba-tiba berasa gemuruh dan disebabkan itu dia tergigit bibirnya sehingga berdarah.
Aahil yang perasan akan darah yang mengalir di bibir Ma'wa itu cepat-cepat menepuk tangannya bagi menyedarkan Ma'wa.
"Oi mak kau tepuk amai-amai!" Melatah kuat Makcik Kamariah setelah mendengar bunyi tepukan yang agak kuat masuk ke dalam sistem pendengarannya.
Lirikan mata dihantar kepada Ma'wa seolah isyarat bahawa bibirnya sedang berdarah. Ma'wa yang tersedar itu lantas melekapkan jarinya di atas bibir sebelum kesan darah yang melekat di jari itu dipandang. Membulat matanya melihat kesan darah itu.
Sudah lama habit itu ditinggalkan. Tidak tahu pula jika ia kembali hari ini.
"Okay wanita-wanita semua. Ustazah Asiyah suquh (suruh) kita semua pi taman. Harini kelaih (kelas) buat kat situ." Aahil memberitahu pesanan yang diamanatkan oleh uminya tadi.
Kata umi, harini dia mahu ambil angin di taman yang diusahakan oleh penghuni Pusat Kasih Ar-Rahim. Lebih menakjubkan apabila di situ disediakan banyak bangku dan meja. Sesuai untuk mereka semua. Beriadah sama ada belajar.
"Baik!" Sekumpulan wanita itu laju sahaja menyarung seliparnya dan mengatur langkah ke arah taman yang dikatakan oleh Aahil.
"Ma'wa, jom!" Sedar akan Ma'wa yang terlalu hanyut dalam lamunan itu, makcik Kamariah cepat menegur. Tangannya menggamit Ma'wa supaya membontoti langkahnya juga.
Aahil sempat mecarik senyuman nipis kepada Ma'wa sebelum lelaki itu turut berlalu pergi ke bendang sawah padi.
"Makcik minta maaflah sebab cakap buquk (buruk) pasal hang." Makcik Kamariah memohon maaf. Mungkin sudah tersedar dengan kesilapannya. Sukar untuk dia tinggalkan perangai kuat mengumpatnya itu. Bukan tidak berusaha, mulutnya juga pernah merah kerana setiap kali dia mengumpat dia berjanji akan menampar mulut jahat itu.
Ma'wa pandang makcik Kamariah tidak percaya. Adakah betul apa yang telinganya sedang dengar? Makcik Kamariah memohon maaf kepadanya? Setahunya makcik Kamariahlah antara manusia yang mempunyai ego paling tinggi sekali.
Mustahil untuk dia mengalah terlebih dahulu.
"Betul ni?" tanya Ma'wa meminta kepastian. Di mata Makcik Kamariah, perbuatan itu mengingatkan dia kepada cucunya yang berada di Kuala Lumpur.
"Betullah!" Serentak dengan itu, kedua-duanya tertawa kerana terhibur dengan sikap masing-masing.
Bagai magis, hanya dengan sebuah permohonan maaf tadi. Hati Ma'wa terasa disimvah air yang menghilangkan segala luka tadi. Kalau tadi dia terluka kerana umpatan mereka namun sebaik sahaja ucapan maaf meniti di bibir Makcik Kamariah. Ia bagai hilang.
Auntie Rossa berlari anak untuk menyertai Ma'wa dan Makcik Kamariah yang sedang berjalan bersama-sama itu.
"Sampai hati tinggal I!" Auntie Rossa mengomel tidak puas hati.
—29/2/2024
Special thanks to ain dan alya natasha yang sudi bantu saya translate loghat Kedah tu🥹
Maaf lewat update dan terima kasih sudi baca cerita ni🤍
![](https://img.wattpad.com/cover/352444114-288-k5435.jpg)
YOU ARE READING
Langkah Pendosa
Romance[On-Going] Hidupnya dibelenggu dengan dosa, terlalu mengejar dunia sehingga lupa akan kewujudan akhirat. Benar, Tuhan itu Maha Penyayang. Dia tidak pernah lupa akan hamba-hambaNya yang hanyut dalam lembah dosa. Buktinya, satu peristiwa hitam meni...