BAB 20

1.2K 158 16
                                    


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Jangan lupa selit qunut nazilah untuk rakyat Palestin yang sedang berjuang🤍

AAHIL membuat muka seolah-olah sedang berfikir jauh dengan soalan yang diajukan oleh Ma'wa tadi. Dia tidak pasti dengan Ma'wa namun baginya kata-kata itulah yang menjadi penguat semangat untuknya menjalani hari-hari yang mendatang.

Kerana matanya sendiri menjadi saksi kebahagiaan itu datang apabila kita semakin mendekatkan diri kepada Tuhan.

Kebahagiaan tidak merujuk kepada duit sahaja. Definisi bahagia itu luas. Waima sekecil-kecil perkara pun boleh didefinisikan sebagai kebahagiaan seseorang.

"Nanti kau tahulah. Masa tu kau jangan menyesal sebab apa yang aku kata ni betul," balas Aahil ringkas. Ma'wa gulingkan biji matanya ke atas menyampah dengan sikap Aahil yang jelas-jelas seperti mengelak daripada menjawab persoalannya.

Dia buat orang berfikir, dia pula biarkan soalan itu bergantung tidak bertali.

"Well kau nak tahu sesuatu tak?" Aahil turut melabuhkan duduk di sebelah Adam. Einar ditarik ke tepi sikit supaya tidak menghalang pemandangan Ma'wa.

"Tiada sesiapa yang miskin di dunia ini, Ma'wa." Ma'wa langsung menoleh ke arah Aahil dengan riak wajah tidak percaya. Mulutnya sedikit ternganga kerana terkejut dengan bicara Aahil yang tiba-tiba itu.

Kalau benar tiada yang miskin mengapa ada yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang? Mengapa masih ada ibu bapa yang tidak mampu menyekolahkan anak-anak kerana tidak cukup wang ringgit?

Mengapa, mengapa dan mengapa?

Baru sahaja mahu berlawan mulut dengan Aahil, Aahil lebih tangkas memintas Ma'wa. Tawa halus terletus selepas melihat reaksi Ma'wa yang dipotong ketika mahu berbicara.

"Miskin yang sebenar ialah miskin jiwa."

Zap! Ma'wa termangu dengan kata-kata Aahil. Miskin jiwa? Macam tiada empati ke?

"Miskin jiwa?" Dahi Ma'wa berkerut-kerut mencuba mencerna perkataan baharu itu. Apakah maksudnya?

"You nak perli I ke?" Mencerlung tajam mata Ma'wa menusuk tepat ke dalam anak mata Aahil. Seakan baru tersedar kata-kata Aahil itu seperti merujuk kepada dirinya. Laju Aahil menggeleng menafikan Ma'wa yang sedang  bertanggapan buruk kepadanya.

"Aku rasa miskin jiwa ni lagi teruk daripada miskin harta. Miskin jiwa ni kita dah tak rasa apa-apa dah. Jiwa kita kosong. Erti kata lain, mati."

"Jiwa yang hidup itu bila dia taat perintah Tuhan. Kau pernah dengar? Orang kata dalam hidup ni kita kena cari satu amalan yang boleh dekatkan diri dengan Tuhan? Amalan yang paling kau suka buat. Sekurang-kurangnya kena ada satu." Aahil menerangkan kepada Ma'wa. Dia tahu pun sebab pernah dengar kupasan ini di media sosial.

"Kalau tiada langsung amalan yang kau suka, minta hati baru kat Tuhan. Sebab itu tandanya jiwa kau mati." Tanpa sedar, terbit gugusan berat daripada Ma'wa selepas mendengar cerita Aahil.

Adakah dia patut senang dengan topik ini? Sejujurnya selepas mendengar cerita Aahil, dia merasakan bahawa dia langsung tidak layak untuk bertaubat.

"Tapi kau jangan salah faham pula. Rahmat Allah ini luas. Kadang-kadang kita tak sedar bila kita buat baik tapi malaikat tetap catat," tambah Aahil lagi supaya Ma'wa tidak salah faham lalu berputus asa untuk mencari reda Tuhan.

"Selagi kau hidup, peluang masih ada, Ma'wa. Ada sebab mengapa Tuhan hidupkan kau untuk hari yang baru." Nasihat Aahil benar-benar menikam Ma'wa sehingga ke pangkal hatinya.

Langkah PendosaWhere stories live. Discover now