BAB 10

1.8K 187 12
                                    

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Jangan lupa selit qunut nazilah untuk rakyat Palestin yang sedang berjuang🤍

SENYAP sunyi ruangan kereta itu dengan kehadiran Raudhah Ma'wa. Bukannya tidak suka cuma Aahil berasa sedikit kekok mahu memulakan perbualan dengan uminya apabila ada telinga asing yang mendengar.

Ma'wa berdehem cuba menghilangkan rasa canggung yang menerpa mereka bertiga. Jangan salahkan Ma'wa! Siapa suruh Ustazah Asiyah beria-ria mengajaknya. Dia boleh je kut jalan kaki dan menginap di mana-mana hotel buat sementara waktu.

Jalan kaki? Berjoging pun Ma'wa tak mampu. Kuburkan je lah impian itu wahai Raudhah Ma'wa.

"Kita nak pergi mana?" Akhirnya terletus jua soalan yang hendak ditanya daripada tadi. Dia tidak sabar mahu mengetahui ke mana kereta ini akan membawanya.

Dia sudah membayangkan tempat-tempat yang cantik dan indah untuk menjadi tempat penginapan sementaranya. Oh indahnya! Pasti dia akan dilayan oleh pelayan yang diupah oleh lelaki ini. Lihat sajalah gaya lelaki yang sedang memandu itu. Nampak seperti orang berduit.

"Kedah." Terngadah tidak percaya Ma'wa mendengarnya. Dia salah dengar atau lelaki ini yang salah?

"Kedah? Negeri kolot tu?" Aahil berdehem cuba meneutralkan rasa janggal disebabkan oleh soalan gadis itu tadi. Dia tahu pasti umi berkecil hati mendengar soalan gadis itu. Umi dibesarkan di Kedah sejak kecil. Bercinta dan beranak pun di sana. Kedah itu seperti buah hati umi.

"Orang dari negeri kolot ni lah yang tolong kau. Belajar bersyukur sikit." Nada Aahil tenang tapi berjaya membuatkan Ma'wa terdiam seribu bahasa selepas dibidas seperti itu.

Sesekali Aahil mengerling wajah uminya yang berubah kelat itu. Ustazah Asiyah yang sedar akan pandangan anaknya itu lantas menggelengkan kepala menunjukkan bahawa dia tidak terkesan dengan kata-kata Ma'wa tadi.

Gadis itu daripada bandar. Logiklah dia bertanya soalan seperti itu, bukan?

"I tanya je. I tak pernah pergi situ." Tangan disilangkan ke dada lalu dia menyandarkan badannya di kerusi penumpang itu. Selesa daripada duduk di stesen bas tadi.

Seingat dia kali terakhir dia mendengar cerita tentang Kedah pun sewaktu zaman persekolahannya dahulu. Itu pun cikgu Geografinya yang bercerita tentang kekayaan bumi Kedah.

"Tak payah pergi pun takpe. Kami tak mengalu-alukan kehadiran orang macam kau ni." Berubah air muka Ma'wa mendengar tutur kata Aahil yang kasar itu. Penumbuknya dikepal geram.

Tajam matanya memandang rambut Aahil itu. Itu kan aset lelaki? Sebab Julian selalu marah dia kalau sentuh rambutnya.

Ma'wa menyeringai kecil sambil mata tidak lepas-lepas merenung rambut kehitaman Aahil itu. Memandangkan dia duduk di belakang lelaki ini, lagi mudahlah kerjanya, kan?

Baru sahaja mahu tarik rambut Aahil, Ustazah Asiyah lekas-lekas meleraikan pergaduhan kecil itu.

"Sudah, dua-dua pun sama. Ma'wa lapar tak?" Ustazah Asiyah alih topik. Dia tahu topik ini akan berlanjutan jika dia sendiri tidak leraikan.

"Lapar.." balas Ma'wa perlahan mengundang tawa di bibir Ustazah Asiyah. Cemuhan Ma'wa tadi seolah dibawa pergi oleh angin.

"Aahil berhenti Petronas. Umi nak beli jajan." Aahil mengguman sebelum menjeling Ma'wa kerana menyampah dengan sikap gadis itu.

Menyampah-menyampah nanti jatuh hati, bukan?

Kan parah itu.

•••

"NAH. Aku tak tahulah kau makan apa. Aku beli je roti ni." Aahil hulurkan plastik berisi makanan ringan untuk mengalas perut Ma'wa itu. Uminya pula sudah menghilang ke tandas. Kata nak beli makanan untuk Ma'wa, sekali dia pula yang jadi mangsa.

Senyuman Ma'wa melebar tatkala plastik berisi makanan itu disua oleh Aahil. Cepat-cepat dia membelek makanan yang dibeli oleh Aahil. Senyumannya kembali kendur melihat segala jenis makanan itu. Tiada satu pun yang kena dengan tekaknya.

"Nah. Ambil semula. I taknak." Terkejut tidak terkata Aahil apabila gadis itu memulangkan kembali plastik itu tanpa mengambil sebarang makanan pun.

"Kau dah kenyang ke? Tadi kata lapar sangat," rungut Aahil tidak puas hati. Kalau tidak lapar mengapa perlu menipu uminya? Kan lebih elok jika berkata jujur sahaja.

"I alergi coklat. Mana boleh makan. You beli semua roti coklat." Wajah Aahil berubah mendatar mendengar alasan gadis itu. Banyak pula cekadak gadis ini.

"Dahtu kau makan apa je?" Seakan mengerti akhirnya Aahil mengutarakan soalan yang sepatutnya ditanya daripada awal lagi. Takdelah pembaziran berlaku.

"Roti jagung pun boleh," balas Ma'wa membuatkan Aahil menghela nafas berat. Satu hal pula nak kena beli lagi sekali.

"Yelah." Akur je lah Aahil. Nanti kalau tak ikut kena piat telinga pula oleh Ustazah Asiyah.

"You." Aahil raupkan wajahnya sebelum dia kembali memandang wajah tidak bersalah Ma'wa. Ya Allah, kenapalah dia dipertemukan dengan gadis banyak songeh seperti ini. Boleh petak kepalanya melayan karenah gadis ini. Titik kesabarannya benar-benar berada di tingkat paling bawah selepas berjumpa dengan gadis dari stesen bas ini.

"Thank you." Aahil tayang wajah tidak percaya dengan ucapan gadis itu. Demi apa dia menoleh tadi? Ya Allah, demi apa?

"Ada apa-apa lagi tak kau nak kirim. Alergi air masak tak? Yelah gadis bandar kan, mestilah alergi semua benda. Lainlah macam aku, batu pun telan." Cemberut habis wajah Ma'wa. Tahu sangat bahawa dirinya diperli oleh Aahil. Boleh tahan juga mulut lelaki ini.

"Bencilah you ni!"

"Oh ye ke? Aku pun benci kau." Aahil hempas kasar pintu keretanya meninggalkan Ma'wa yang sedang terkacip-kacip menahan marah itu. Dalam diam dia tertawa puas. Girang hatinya melihat wajah mencuka gadis itu. Buat umi lagi, memang Aahil balaslah.

•••

"EH bang. Datang lagi beli roti?" tanya juruwang yang bertugas shif pada malam itu. Aahil hanya mengangguk sambil mengaru batang lehernya yang tidak gatal.

"Orang rumah tak makan roti coklat ke?" Eh ramah pula mamat ni. Buat kerja diam-diam tak boleh ke?

"Alergi pula." Wajah juruwang itu seakan terkejut sebelum dia meneutralkan semula wajahnya.

"Jarang-jarang orang alergi coklat, bang." Juruwang itu memberi komen. Aahil sekadar mengangguk mengiyakan.

"Total RM 4.60." Aahil hulurkan not berwarna merah itu sebelum plastik berisi roti jagung dan air mineral itu bertukar tangan.

"Keep the change," tukas Aahil lagi. Juruwang itu terpinga-pinga dengan tindakan Aahil yang tiba-tiba itu. Bukan sikit bakinya, banyak!

"Bang!" Hampa, Aahil telah meloloskan diri daripada kedai serbaneka itu. Akhirnya juruwang itu meletakkan duit not berwarna merah itu tanpa banyak bicara ke dalam mesinnya. Takkan dia nak kejar kut? Ini bukan drama Hindustan!

•••

"Aahil.. banyaknya beli. Nak beri siapa makan?" soal Ustazah Asiyah bernada jengkel. Banyak sangat sampai dua plastik! Melampau betul membelinya.

"Roti jagung, roti coklat lagi. Roti canai takde?" Mula dah masuk lawak level mak-mak ini. Aahil lempar senyuman sebelum memulakan pemanduannya.

"Lapar sungguh Ma'wa. Dua bungkus roti dia telan." Usikan Ustazah Asiyah membuatkan rona pipi Ma'wa memerah.

Aahil pandang Ma'wa yang berselera menikmati roti jagung itu melalui biasan cermin cermin pandang belakang. Betul kata Ma'wa, gadis itu benar-benar alergi kepada coklat. Roti coklat langsung tidak disentuh olehnya.

Senyuman nipis di bibir lelaki itu terlakar jua. Lega walaupun telinganya terpaksa menadah bebelan umi.

—11/11/2023

Maaf lambat update! Happy reading🤍vote and comment for next chapter. Thank you sudi baca🫶🏻🤍

Langkah PendosaWhere stories live. Discover now