اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
KOMEN yang ditinggalkan oleh netizen di laman Instagramnya itu dibaca berulang kali. Tidak sangka hanya kerana kesalahan kecil, dia menjadi bahan kecaman para netizen yang tiada kerja.
Gelas arak itu diteguk rakus. Tangan naik mencengkan rambutnya yang berserabai itu sambil ibu jari tidak henti-henti menekan layar telefon pintar. Tanpa sedar, terbit keluhan kecil daripada bibir mungil itu.
Gelas yang sudah kosong itu diletakkan kasar di atas permukaan bar kelab itu. Matanya melilau ke arah ruang kelab yang semakin dikunjungi ramai orang itu. Malangnya, kesemua rakannya tidak dapat hadir kerana sibuk dengan hal kerja termasuklah Julian. Lelaki itu perlu menghadiri majlis makan malam bersama keluarga besarnya.
"Stress ke? Ini ada orang belanja." Gelas kaca berisi Vodka itu disua kepada Adalee. Adalee berkerut pelik. Orang belanja? Jarang-jarang berlaku.
"Siapa? Baik betul hati dia belanja aku, Karen." Gadis yang bernama Karen itu hanya mengulum senyum mendengar soalan cepumas Adalee. Dia sendiri tidak tahu siapa gerangan yang membelanja Adalee. Dia hanga ditugaskan untuk menghantar air ini kepada gadis itu.
"Tak tahulah, Adalee. Yang aku tahu dia belanja semua orang kat kelab ni! Memang orang berduit! Entah-entah peminat kau!" balas Karen teruja. Jari digerakkan ala-ala sedang mengira wang yang banyak.
Adalee jeling Karen jelek. Mata duitan betul.
"Cakap kat dia thanks belanja model yang baru je kena gosip kat media sosial ni." Adalee tinggalkan pesanan bernada sarkastik sebelum meneguk rakus Vodka itu.
"Slow down, Adalee! You gonna kill yourself." Mata Karen membuntang tidak percaya melihat Adalee yang meneguk Vodka itu sekaligus. Perempuan ini memang gila! Air yang meleleh di pinggir bibirnya dilap kasar sebelum dia angkat punggung mahu keluar dari kelab itu.
"Aku balik dulu, Karen. Penat otak, penat badan. Silap hari bulan, kau jumpa aku dekat Tanjung Rambutan." Karen sambut jenaka Adalee dengan tawa yang tidak dapat dibendung lagi.
"Itu silap-silap aku masuk sekali teman kau!" Adalee balas lawak hambar Karen dengan senyuman tipisnya. Langkah dibawa keluar daripada kelab malam yang semakin beransur sibuk itu. Semakin hampir waktu fajar, semakin ramai orang berpusu-pusu datang ke sini.
Pakaian tak usah dikata, memang haram wa jaddah!
Macam kau, Adalee!
•••
KERETA berjenama Cadillac CT5-V Blackwing itu dipandu laju membelah jalan raya yang lenggang. Tak lama lagi, fajar akan menyingsing. Matahari akan muncul memancarkan sinar cahayanya kepada manusia untuk meneruskan kegiatan hidup seperti biasa.
Hari baru bermakna harapan dan sinar azamnya juga turut diperbaharui untuk melalui hari-hari yang mendatang.
Adalee geleng kepalanya perlahan tatkala menyedari matanya yang hampir terkatup itu. Penglihatannya juga semakin samar-samar membuatkan dia sukar menfokuskan diri terhadap pemanduannya.
Mulutnya terbuka cuba mencari nafas. Pandangan di sekelilingnya terasa kabur. Bebola matanya terasa memberat seperti ada beban yang sedang menghempap matanya supaya terus tertutup.
"Wake up, Adalee." Suaranya dikuatkan cuba menyedarkan dirinya yang hampir hanyut itu. Tangannnya terketar-ketar menggenggam stereng kereta itu.
Walaupun suhu penghawa dingin telah dinaikkan, dia masih lagi terasa panas yang melampau. Badannya berpeluh-peluh seperti orang yang baru habis berlari 10KM.
"Yang paling penting, jangan lupa Allah." Nasihat Mek Mah lima tahun lepas kembali menerjah mindanya. Adalee seolah-olah nampak bayangan Mek Mah di atas jalan raya itu.
"Mek Mah," serunya dalam nada yang tertahan. Kepalanya menunduk cuba menahan empangan air mata daripada turun membasahi pipi mulusnya.
Nafasnya semakin menjadi sesak. Kotak fikirannya kembai mengimbau kenangan lalu. Pandangannya semakin berbalam-balam dengan air mata yang berkumpul di pelupuk mata.
"Ma'wa sayang Mek Mah melebihi segala-galanya." Ayat itu pernah diungkapkan sewaktu dia hendak mengejar impian yang sedang dia miliki ini. Sekarang semua kata-kata itu hanyalah omongan kosong semata.
Matanya membulat besar tatkala iris matanya menangkap cahaya yang datang dari arah bertentangannya. Tanpa sempat mengelak, keretanya telah selamat berlanggar dengan kereta itu. Terpusing-pusing kereta yang dipandu Adalee sebelum akhirnya melanggar penghadang jalan.
"Allah!" Akhirnya lafaz suci yang sudah lama tidak meniti di bibirnya itu terungkap jua. Pandangannya semakin berbalam-balam melihat darah yang tidak henti-henti mengalir daripada dahinya.
Nafas yang berombak laju itu cuba diatur. Tanpa dipinta, air mata laju merembes keluar. Matanya ligat mencari jalan keluar kerana risau melihat tumpahan minyak yang banyak itu.
Terkial-kial tangan yang tersangkut di antara pintu itu cuba membuka tali pinggangnya. Segala usaha dan ilmu yang telah dipelajari semasa di sekolah dahulu cuba diaplikasikan namun tiada satu pun yang berjaya.
"Please," rayunya. Dia benar-benar perlu keluar daripada kereta itu sebelum ia meletup.
"Need help?" Adalee yang mendengar suara orang daripada luar itu segera menjerit kuat. Segala tenaga yang tersisa digunakan sehabis mungkin.
"Help me! I'm stuck. This car gonna explode!" Suaranya ditinggikan sehabis boleh supaya orang di luar dapat membantunya.
"Sorry my darling. It's gonna explode now. See you!" Adalee meraung sekuat hati melihat tapak kaki gerangan itu yang semakin menjauh.
"J-Julian.."
BUM!
•••
"MODEL terkenal yang sedang mencanak naik sekarang ini, Adalee dikatakan terlibat dalam kemalangan pagi tadi. Keadaan mangsa masih belum diketahui." Berita sekilas lalu itu berjaya membuatkan selera Julian mati.
Sudu yang dipegang olehnya terlepas jatuh daripada tangan. Ahli keluarga Julian yang lain turut memberi fokus terhadap berita yang disiarkan itu tadi.
"Adalee accident?" Suara momma memecahkan keheningan suasana meja makan itu. Wajah kaku anak lelakinya dipandang tidak lepas.
Jia Li yang baru tiba itu turut terkejut dengan pernyataan yang keluar daripada mulut mommanya.
"Adalee?"
"I need to go now, momma. Please momma," rayunya dengan nada yang separuh menahan sebak. Dia terkilan kerana tidak berada di samping Adalee malam semalam.
Momma menghela nafas berat sebelum mengangguk separa terpaksa. Itu rakan baik anaknya, mana mungkin dia mahu menghalang.
"Find her. Make sure she's safe. She's your soulmate, right?" Tidak sempat mahu bersedia, tubuhnya sudah dipeluk oleh Julian daripada tepi.
"Thanks momma. I love you." Momma menghantar pemergian anak lelakinya dengan ekor mata sebelum kembali menyuap makanannya.
Kebahagian anaknya, kebahagian dia.
—29/09/2023
Vote and comment for next chapter🤍
Thank you sudi baca!
YOU ARE READING
Langkah Pendosa
Romance[On-Going] Hidupnya dibelenggu dengan dosa, terlalu mengejar dunia sehingga lupa akan kewujudan akhirat. Benar, Tuhan itu Maha Penyayang. Dia tidak pernah lupa akan hamba-hambaNya yang hanyut dalam lembah dosa. Buktinya, satu peristiwa hitam meni...