اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Jangan lupa selit qunut nazilah untuk rakyat Palestin yang sedang berjuang🤍"ABANG!" Aahil yang sedang ralit berbual dengan lelaki seusia abinya terkejut dengan jeritan nyaring Adam. Dia menoleh sekilas ke arah Adam yang sedang berlari kencang menghampirinya.
"Ada apa?" Lembut Aahil menyoal. Dia kulum senyuman kecil kepada kawan-kawan abinya sebelum berpamitan pergi. Tangan Adam dibawa menjauh supaya tidak mengganggu perbualan orang tua. Takut-takut jika mereka tidak selesa walhal tiada apa pun yang hendak dirisaukan.
"Kakak..." Terbata-bata nama kakak meniti di bibir Adam. Aahil garu puncak hidungnya yang tidak gatal sembari cuba mencerna ayat Adam yang tidak habis. Dia menunduk untuk menyamai ketinggian Adam yang separas lututnya sahaja.
"Kenapa dengan dia?" Aahil menyoal tenang. Dia nampak tubir mata adiknya berair. Mahu bertanya, risau jika budak itu semakin meraung kuat.
"Kakak dah takde!" Serentak dengan itu, raungan kuat Adam meletus keluar. Air mata adik lelakinya jatuh bercucuran membasahi pipi montel itu.
Aahil hilang kata mahu membalas. Dah takde? Jika kita mendalami maksud itu, ia bermaksud sudah meninggal dunia, bukan?
Wajah Aahil menegang. Dia pegang bahu adik lelakinya erat. "Beritahu abang betul-betul. Apa yang dah takde?" Aahil menyoal serius.
Tatapan matanya tajam menikam ke dalam anak mata adik lelakinya yang sedang berair. Sekejap-sekejap dia gigit bibir, resah.
Dia paling tidak suka jika Adam bergurau mengenai perkara sebegini. Tidak kelakar.
"T..Tadi umi suruh Adam tengok kakak cantik. Lepastu A..Adam dengar bunyi buk!" Adam menceritakan kembali apa yang dia dengar semasa Ma'wa sedang berada dalam bilik air. Walau dia sekadar duduk di luar, bunyi hentakan itu jelas menghentam masuk sehingga ke telinganya.
"Kakak jatuh?" Aahil meneka. Mendapat anggukan daripada Adam, terasa hilang sedikit bebannya. Jatuh saja, ingatkan apalah sangat. Itu yang difikir Aahil sebelum keresahan kembali merasukinya.
"Tapi.." Tidak sampai sesaat dia menghembus nafas lega, aksara Adam mematikan segalanya.
"Kakak tak buka pintu sampai sekarang." Mutiara jernih Adam kembali memuntahi di pipinya. Dia menjatuhkan kepala pada lutut Aahil. Mata bundarnya pula terkelip-kelip merenung Aahil.
"Abang.. tolong kakak," rayu Adam sambil mendongak melihat Aahil yang tercengang. Mungkin tidak percaya dengan ceritanya.
"Adam tolong panggil umi, okay? Abang nak pergi selamatkan kakak." Aahil menitip pesan kepada Adam. Dia cuba berlagak tenang walau hatinya sedang gundah tidak kena tempat.
•••
"MA'WA!" Aahil terkesima melihat Ma'wa yang sedang bersandar di dinding tandas itu. Lantai bilik air itu juga dipenuhi dengan darah yang entah keluar dari mana, Aahil tidak pasti.
Mata Aahil jatuh pula pada Ma'wa yang sedang lembik itu. Bibir gadis itu pucat dan kering. Wajahnya pula pucat tidak berdarah.
Kalut Aahil menghampiri Ma'wa yang tidak bermaya itu. Tidak lama selepas itu, jeritan umi pula mengejutkan Aahil.
YOU ARE READING
Langkah Pendosa
Romance[On-Going] Hidupnya dibelenggu dengan dosa, terlalu mengejar dunia sehingga lupa akan kewujudan akhirat. Benar, Tuhan itu Maha Penyayang. Dia tidak pernah lupa akan hamba-hambaNya yang hanyut dalam lembah dosa. Buktinya, satu peristiwa hitam meni...