BAB 13

1.7K 177 24
                                    

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Jangan lupa selit qunut nazilah untuk rakyat Palestin yang sedang berjuang🤍

BEBOLA mata Ma'wa bergerak memerhatikan tangan Aahil yang tidak duduk diam sedari tadi. Lelaki itu sempat membersihkan stabel kuda peliharaannya sebelum dia memberi kuda itu makan.

"Kau nak tolong?" Aahil bawa sebungkus chaff itu mendekat ke arah Ma'wa. Ma'wa serentak berundur ke belakang lalu wajah geli ditayang kepada lelaki itu.

Aahil jungkitkan bahunya ke atas lalu berpaling semula ke arah Einar dan Tuan Chempaka. Puncak kepala kuda itu dielus lembut menyalurkan rasa kasihnya.

"Makan banyak-banyak tau Einar sayang. Nanti kita boleh lari sama-sama kat pantai," bisiknya penuh kasih lalu puncak kepala Tuan Chempaka pula dibelai.

"Einar? Itu nama kuda you? Tuan Chempaka? Weirdo guy," komen Ma'wa sinis sambil berpeluk tubuh. Jengkel melihat lelaki ini yang terlalu mencintai haiwan. Haiwan je pun. Perlu ke sampai nak bersayang-sayang bagai?

"Kau cemburu ke sebab takde siapa nak panggil  kau sayang?" Aahil pulangkan kembali buah paku keras kepada Ma'wa membuatkan tubuh gadis itu sedikit menggigil dek kerana geram. Kalau kepalanya boleh keluarkan asap, rasanya memang dah lama keluar.

'Julian pernah panggil aku lebih dari tu!' omel Ma'wa dalam hatinya. Tak puas hati dengan Aahil. See my level lah kalau nak cemburu dengan binatang pun.

"Kenapa dengan muka kau?" Baru hari ini dia berkesempatan untuk bertanya gadis itu tentang wajahnya yang melecur itu. Bercakap macam gadis itu dah duduk dengan mereka setahun. Padahal baru semalam Ma'wa jejakkan kakinya ke sini.

"Jangan sibuklah," tukas Ma'wa lalu membalikkan tubuhnya. Tubuh dibawa menjauh daripada stabel kuda peliharaan Aahil.

Iris matanya tidak henti menatap langit pagi itu. Warnanya seperti keorenan dan dalam masa yang sama seperti ada campuran warna softpink dan kuning. Sangat cantik!

Ma'wa berpeluk tubuh sambil lepaskan keluhan nafas berat. Kepalanya terasa memberat memikirkan nasibnya selepas ini. Dimana dia mahu cari duit? Sara anak yang dikandung itu?

Kos perubatan untuk mukanya? Tak usah dibahas lagi, rasanya seperti tiada harapan. Tangannya naik mengelus lembut wajahnya yang melecur tahap dua itu. Sangat-sangat terseksa lagi-lagi ketika dia mahu mandi. Tadi dia ambil wuduk pun dengan cara bertayamum.

Itu pun Ustazah Asiyah yang ajar. Kalau ikut kata hatinya, dia lebih rela menghabiskan masa di atas katil berbanding mengerjakan kewajipan umat Islam itu.

"Jauh termenung." Aahil hampiri Ma'wa lalu menyandarkan tubuhnya di penghadang gelanggang latihan kuda itu.

"Sorry." Aahil jadi resah bila Ma'wa langsung tidak merespon kepadanya. Adakah soalan dia terlalu menyentuh sensitivi gadis itu.

"Aahil, Ma'wa! Mari makan!" Laungan suara Ustazah Asiyah menyentakkan kedua-duanya. Laju sahaja Ma'wa membuka langkah menuju ke arah rumah kayu moden itu.

Aahil beriak biasa. Sempat belakang tubuh wanita itu dikerling sugul. Mungkin pembawaan hormon wanita yang sedang bendera merah.

Lama-lama dia okaylah tu.

•••

HARUMAN aroma masakan Ustazah Asiyah sudah boleh dihidu dari luar rumah lagi. Betul-betul membuka selera Aahil di pagi hari.

Ma'wa turut sama melangkah masuk ke dalam rumah itu sambil menjengketkan kakinya geli. Semalam pun dia berjalan macam ni, takkan bila perut dia dah memboyot nanti pun dia perlu jalan macam ni?

Langkah PendosaWhere stories live. Discover now