اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Jangan lupa selit qunut nazilah untuk rakyat Palestin yang sedang berjuang🤍
MA'WA dan Adam sekadar menadah telinga mendengar leteran Ustazah Asiyah. Kedua-duanya diam membisu. Pandangan mata masing-masing dihalakan ke arah lantai.
"Dengar tak umi pesan?" Buat kali yang terakhir Ustazah Asiyah menyoal. Langsung kedua-dua insan itu menganggukkan kepala mereka laju.
"I nak ambil angin kat luarlah," pamit Ma'wa selepas Ustazah Asiyah habis berbicara. Ustazah Asiyah yang baru sahaja mahu capai kaca matanya menjeling Ma'wa tajam.
"Eloklah tu berembun malam-malam ni. Nanti ada cik ponti baru tau," kata Ustazah Asiyah lalu kaca mata itu dipakaikan di wajahnya. Sebuah buku bertajuk Tanda Tanda Iman di Dada diambil lalu dihelak helaian demi helaian.
"Kalau Adam teman confirm cik ponti lari." Adam berseloroh mengundang tawa semua di situ.
•••
KELUHAN kasar terbit daripada bibir halusnya. Kepala otaknya menjadi berselirat kerana terlalu banyak berfikir tentang Tan Sri Ruzain dan Julian Li. Apa khabar kedua-dua lelaki itu?
"Nah." Hampir saja Ma'wa melatah kuat selepas dikejutkan dengan suara garau Aahil. Dia jeling Aahil tajam yang selamba menayang wajah tidak bersalah itu.
"Apa you ni?!" Aahil angkat bahu tidak tahu lalu sekotar plaster diserahkan kepada Ma'wa. Terkebil-kebil mata wanita itu cuba mencerna sekotar plaster tu.
"You nak suruh I buka kedai plaster ke apa?" sindir Ma'wa halus. Lama tidak bersua muka dengan lelaki ini, keluar terus perangai luar alam dia itu.
Eh, maksud Ma'wa tidak bertukar sepatah kata dengan lelaki ini. Kalau bertembung dan bersua muka itu selalu sangat!
"Kau ni pura-pura tak sedar atau sengaja?" Perkataan sengaja itu ditekan kuat oleh Aahil. Dia masih berdiri seperti hantu galah di situ sementara Ma'wa elok berembun di pangkin berhampiran dengan bendang sawah padi itu.
Ma'wa berdecit perlahan. Tahulah dia bahawa Aahil sedang sindir dia secara terang-terangan. Bebola mata Ma'wa sekaligus memerhatikan luka yang penuh di tangan dan mukanya.
"I tak sangka you ni seorang yang thoughtful juga." Ma'wa mengesot ke tepi seolah memberi ruang kepada Aahil untuk turut sama duduk di pangkin itu.
"Macam mana nak tahu kalau kau ni asyik bersangka buruk dengan aku?" Iya tak ya juga, Ma'wa kan selalu bersangka buruk dengan Aahil. Jangan salahkan Ma'wa. Aahil yang suka pancing kesabarannya yang jelas-jelas lebih nipis daripada kulit bawang.
"Anyway.. kalau you buat ni sebab you bersimpati dengan I. I taknak ambil." Sayup-sayup suara Ma'wa tenggelam dalam angin malam.
"Apa? Aku tak dengar!" Memanglah tak dengar jika dia dan Ma'wa bersembang seperti seorang di Utara dan seorang lagi di Selatan. Jauh betul penjarakan sosial mereka.
"I tak perlukan simpati sesiapa!" jerit Ma'wa kuat. Dasar telinga gajah! Aahil kerutkan wajahnya. Pandangan mata dihalakan ke arah sekotar plaster itu sekejap sebelum wajah Ma'wa kembali ditenung olehnya.
"Perempuan gila.." bisik Aahil cukup sekadar telinganya saja yang dengar.
"Simpati? Ni umi suruh belikanlah." Aahil tahan tawanya yang hampir meletus itu selepas melihat muka kelat Ma'wa. Ma'wa dapat rasakan mukanya sedang panas menahan malu.
ANDA SEDANG MEMBACA
Langkah Pendosa
Romance[On-Going] UPDATE SETIAP HARI JUMAAT Hidupnya dibelenggu dengan dosa, terlalu mengejar dunia sehingga lupa akan kewujudan akhirat. Benar, Tuhan itu Maha Penyayang. Dia tidak pernah lupa akan hamba-hambaNya yang hanyut dalam lembah dosa. Buktinya...
