BAB 23

1K 121 5
                                    


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Jangan lupa selit qunut nazilah untuk rakyat Palestin yang sedang berjuang🤍

"MANA Julian?" Jia Li bercekak pinggang memandang atas bawah rakan model Julian yang turut bernaung di bawah agensi yang sama. Dadanya berombak kencang. Terasa seakan mahu pecah jantungnya menerima panggilan daripada salah seorang rakan Julian tadi.

"He's total blackout," sahut seorang kawan lelaki yang sedang memangku kepala Julian. Jia Li menggeleng-gelengkannya kepalanya seraya menarik nafas tidak percaya.

Adiknya tidak pernah seperti ini ketika bersama Adalee.

"Tolong angkat dia. Bawa masuk kereta I." Jia Li mengarah keras. Terserlah aura peguam Jia Li. Rakan-rakan Julian yang lain segera mengangguk akur dengan arahan kakak Julian.

Mereka tidak pernah tahu Julian ada kakak sehinggalah Jia Li datang ke sini. Setelah melihat depan-depan, benarlah Jia Li kakak kepada Julian kerana wajah mereka berdua seiras benar. Sangkanya selama ini Julian sekadar berbohong.

Dua orang teman baik Julian membantu lelaki itu untuk berdiri. Mereka memapah Julian sehingga ke kereta MyVi milik Jia Li.

"Thanks." Jia Li kerling sekilas wajah teman sahabatnya itu. Mereka berdua balas ucapan terima kasih Jia Li dengan secarik senyuman melekat di bibir.

"Kau orang jangan jadi macam Julian. Balik awal." Sempat Jia Li menitipkan pesan sebelum menghilang dalam perut kereta. Terkebil-kebil mereka berdua berbalas pandangan.

Tangan serentak naik menenyeh mata. Tidak percaya dengan layanan baik yang diberikan oleh kakak Julian.

"Kau nampak apa aku nampak?"

"Tak! Kau saja!" Dia menyiku perut sahabatnya geram. Faham sangat dengan lirikan gatal temannya itu. Kawan kakak sendiri pun nak try ke? Nampak sangat sejenis yang memang suka test market.

•••

KEPALA Jia Li didaratkan di atas stereng kereta. Dalam samar gelapnya kereta dan hanya bertemankan lampu jalan, dia memandang redup wajah si adik yang tidak sedar itu.

"Adalee." Menggeletar hebat bibir Jia Li melihat adiknya yang seolah gila bayang setelah kehilangan Adalee. Gadis itu lesap, tidak tahu dibawa ke mana.

"You kenapa, Julian? Kenapa semangat you macam hilang? Mana Julian I?" Terketar-ketar dia mengucapkan kata itu. Jika adiknya perlu menahan beban sakit yang berat ini apatah lagi dia sebagai kakak yang tidak mampu berbuat apa-apa.

Sejujurnya Jia Li berasa lebih sakit kerana dia mahu membantu tetapi tidak tahu di mana dia perlu membantu. Bila ditanya Julian, lelaki itu akan mengatakan bahawa dia baik-baik sahaja.

"You nak sangat ke I cari Adalee?" soal Jia Li pilu. Nadanya bergetar, menahan esak tangisan. Dia dapat lihat kepala adiknya yang sedikit terangguk. Seolah mendengar dan faham akan soalan yang diajukan secara rawak itu.

"You takkan menyesal kalau benda tu mengecewakan you?" Sebak menghimpit Jia Li. Dia juga rapat dengan Adalee. Adalee sahabat perempuannya yang pertama.

Julian tidak lagi membalas. Lelaki itu nyenyak tidur di bawah pengaruh alkohol. Terkadang dia risau akan karier Julian sebagai model. Acap kali Julian dijumpai mabuk oleh rakan-rakannya.

Secara tiba-tiba, tingkap kereta Myvinya diketuk bertalu-talu. Terperanjat Jia Li yang sedang melayan perasaan itu.

Refleks Jia Li pegang dadanya yang berdegup dengan kencang. Dia mengecilkan matanya cuba mengecam wajah yang mengetuk tingkap keretanya itu.

Langkah PendosaWhere stories live. Discover now