BAB 6

1.6K 178 3
                                    

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Jangan lupa selit qunut nazilah untuk rakyat Palestin yang sedang berjuang🤍

ADALEE buang pandangan ke arah ruang tamu rumahnya yang kosong  itu dengan rasa sayu menghimpit  dada. Dia sempat singgah ke pejabat IsFliq tadi untuk meminta cuti. Dia sudah nekad mahu berehat sebentar daripada terlibat dengan mana-mana pertunjukan fesyen buat masa sekarang.

"Tolong rahsiakan perkara ini daripada pihak media. Saya taknak bertemu dengan sesiapa termasuk Julian." Masih terngiang-ngiang permintaannya kepada pengurusnya itu.

Mujurlah dia dikurniakan seorang pengurus dan bos yang memahami situasinya. Tuan Ismat Faleeq sendiri yang turun padang untuk bertemu dua mata dengannya.

Kata lelaki itu, dia tidak kisah seberapa banyak masa yang diambil oleh Adalee untuk membaik pulih dirinya. Baik fizikal, mahupun mental. Adalee tetap diterima kerja olehnya.

"Daddy, kosong macam ni ke you rasa bila you balik rumah tanpa orang yang you sayang?" Tan Sri Ruzain ketap bibir menahan ledakan yang membuak di dalam hati. Ternyata soalan Ma'wa itu berjaya menambahkan lagi luka yang membarah di dalam hati.

Beg jinjing Ma'wa dihempas di tepi tangga sebelum dia berlalu ke ruang tamu. Punggung dilabuhkan betul-betul di hadapan Ma'wa.

"Mek Mah mana?" Sedar yang dirinya diperhati oleh Tan Sri Ruzain, terus dia mengalih topik walaupun hatinya meronta-ronta mahu mengetahui punca kematian mommynya. Bebola matanya bergerak menganalisis sekeliling rumah agam yang sunyi itu. Rumah ini betul-betul seperti tidak berpenghuni.

Tidak macam dahulu.

Jauh berbeza.

"Dia dah berhenti kerja lepas mommy meninggal." Datar suara Tan Sri Ruzain membalas. Hatinya bagai dihempap batu yang besar apabila membuka cerita tentang arwah isterinya kembali.

"Mommy meninggal sebab apa? I nak melawat dia. I rindu dia." Pandangan penuh berharap dilemparkan kepada Tan Sri Ruzain namun hampa soalannya dibiar sepi tidak terjawab.

"Ma'wa, you buat apa selama ini?" Bukan mahu menjawab soalan malah Ma'wa pula diserang dengan soalan 'kepochi' lagak-lagak pakcik bawang itu.

Ma'wa hela nafas berat sebelum dia membuntangkan matanya tidak percaya apabila memori itu kembali menerjah fikirannya.

Isi dalam pipi digigit perlahan seraya dia menundukkan pandangannya ke bawah. Tidak berani mahu berbalas tatapan dengan Tan Sri Ruzain.

"You pregnant?" Angkat sahaja wajahnya, dia disapa dengan wajah tegang Tan Sri Ruzain.

Bergetar bibir Ma'wa mahu membalas kata. Lidahnya terasa kejung sehingga tidak mampu mengucapkan satu patah perkataan sekalipun.

Tan Sri Ruzain tertawa penuh sinis melihat reaksi wajah anak perempuannya. Kini tahulah dia bahawa Ma'wa sudah tahu hal ini lebih awal lagi daripada dia.

Urat-urat yang menegang dibetulkan dengan cara mengurut perlahan tengkuknya. Matanya bersabung tepat merenung wajah terkulat-kulat Ma'wa.

"Jadi you tahu benda ni lagi awal daripada I? Sampai hati you rahsiakan berita kehamilan ni daripada I. Ini cucu pertama I, kita patut raikan." Tan Sri Ruzain bingkas bangun lalu menapak perlahan ke arah kerusi yang menjadi tempat Ma'wa melabuhkan duduk itu.

Gambar ultrasound bayi yang berada di dalam poket seluarnya dikeluarkan laku dicampak kasar tepat-tepat mengena pada wajah Ma'wa.

"D..Daddy.." Tersekat-sekat dia menyeru Tan Sri Ruzain yang semakin menghampiri dirinya. Dia gerun dengan sisi daddy yang satu ini.

"I wonder.. apa dosa daddy sampai banyak kali kena aniaya dengan orang yang I sayang setulus hati." Ma'wa menggelengkan perlahan menyangkal kata-kata daddynya itu. Wajahnya sudah lencun dengan air mata yang tidak henti-hati jatuh membasahi pipi.

"Stop crying, Ma'wa. I didn't do anything yet." Penuh keras arahan Tan Sri Ruzain menyebabkan Ma'wa mengesat kasar cecair jernih itu dengan pantas.

"You ungrateful brat. Daddy jaga you daripada you hanya muat dalam dukungan daddy. Dan ini cara Ma'wa balas jasa daddy?" soal Tan Sri Ruzain sarkastik.

"Tak daddy. I salah. Ini semua salah I. Maafkan I.." Teresak-esak dia mengucapkan kata maaf itu. Tan Sri Ruzain hanya hiraukan permohonan maaf itu sebelum dia menepis kasar tangan Ma'wa yang cuba berpaut pada lengannya itu.

"Anak siapa?" Ma'wa gelengkan kepalanya tanda tidak tahu. Tan Sri Ruzain berdecit sebal sambil menggelengkan kepalanya tanda tidak suka akan tingkah laku Ma'wa sekarang ini.

"I tanya anak siapa?!" jerkah Tan Sri Ruzain kuat membuatkan mata bundar itu terkelip-kelip memandangnya.

"You sayang I kan? I tanya jantan mana yang mengandungkan kau, Raudhah Ma'wa! Soalan mudah pun kau tak boleh nak jawab?" Diheret kasar tangan Ma'wa ke arah pintu utama rumah agam itu.

"Daddy! A..anak Julian. Ini anak Julian." Senafas Ma'wa memberitahu membuatkan wajah Tan Sri Ruzain semakin mengetat. Ma'wa pandang dada daddynya yang turun naik akibat rasa marah yang berpunca daripada dirinya itu.

"Daddy.. maafkan I. Tolong jangan buang I. I dah takde sesiapa." Dia jatuh melutut di hadapan Tan Sri Ruzain lalu kedua belah kaki daddynya itu dipeluk kuat.

"You ada I sebelum ni tapi you pilih untuk buang I. The table has turned now." Ungkapan yang keluar daripada Tan Sri Ruzain itu membuatkan Ma'wa memandang wajah Tan Sri Ruzain tidak percaya.

Daddy sanggup mahu membuangnya?

"I.."Hilang diksi mahu berbalas kata dengan Tan Sri Ruzain.

"I sayang you tapi kenapa you perlu conteng arang pada muka I? Kita bukan sedarah tapi I sayang you macam I sayang nyawa I sendiri! I kecewa, Raudhah Ma'wa." Emosinya juga turut terluka. Tidak dapat menahan tangisan lagi, akhirnya air mata yang lama ditahan itu turun jua.

Terbuka kecil mulut Ma'wa kerana terkejut. Daddy mengalirkan air mata untuknya?

"You keluar, Ma'wa. Jangan tunjuk muka you depan I. You pergilah mana-mana you mahu asalkan bukan depan I. Pergi, Ma'wa!" halau Tan Sri Ruzain tanpa menoleh sedikitpun ke arah Ma'wa.

"Daddy.." Tangan berkedut daddynya mahu disalam tapi pantas ditepis oleh Tan Sri Ruzain. Ma'wa ketap bibir menahan rasa yang berkecemuk dalam hati.

"Pergi." Senada dia menghalau Ma'wa. Ma'wa kemam bibirnya rapat cuba menahan esakan yang mahu keluar. Dia sudah terlalu banyak membebankan daddynya.

"I harap you tak menyesal buang I. I anak kandung you." Tan Sri Ruzain jeling sekilas wajah anaknya.

"I janji I takkan menyesal. You yang akan menyesal bila tahu kebenaran yang bakal tersingkap nanti." Beg jinjing milik Ma'wa disua ke arah anaknya. Cekap sahaja tangan itu menyambut beg yang dihulur oleh daddynya.

"Kebenaran itu pahit. Tapi you tahu apa yang lagi pahit?" Sengaja Ma'wa cuba memancing Tan Sri Ruzain. Tan Sri Ruzain jongket bahunya ke atas tanda tidak tahu bersama dengan senyuman mengejeknya.

"Lagi pahit bila you menolak takdir Tuhan. You tahu sesuatu kebenaran itu dan you masih tetap mahu menolak."

—13/10/2023

Bab ni memang penuh Ma'w dan Tan Sri Ruzain. Next chapter kita jumpa male lead ya! Thank you sudi baca🤍 komen and vote for next chapter!

Langkah PendosaWhere stories live. Discover now