اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Jangan lupa selit qunut nazilah untuk rakyat Palestin yang sedang berjuang🤍HARI yang sepatutnya menjadi titik pertemuan antara Adalee dan Julian bertukar tragedi tatkala berita Adalee terlibat dalam kemalangan tersebar luas di media sosial.
Julian pandang skrin telefon pintar yang sudah bertukar gelap itu. Meseg yang dikirim kepada Adalee langsung tidak berbalas sejak Adalee dimasukkan ke hospital.
Tangan naik memicit kepalanya yang terasa pening itu. Adalee tidak pernah berkelakuan begini. Kebiasaannya, Adaleelah manusia paling cepat balas segala mesegnya.
"Julian." Dia angkat kepala tatkala namanya diseru oleh seseorang. Lantas dia berdiri lalu menghadiahkan senyuman kecil kepada Tuan Ismat Faleeq.
Jarang-jarang bos besar mahu turun padang. Jantungnya berdegup kencang menunggu bicara kata Tuan Ismat Faleeq.
"Awak yakin awak boleh buat malam ni?" Wajah Julian bertukar kelat mendengar soalan itu. Tangannya yang menggigil sedikit itu dicuba dikawal sehabis boleh.
"Boleh. Jangan risau." Bohong. Dia tidak pernah berdiri di atas pentas tanpa Adalee di sisi. Dia tidak yakin jikalau dia mampu lakukannya hari ini.
"Good. Keep it up. Adalee will comeback soon. Give her some space," kata Tuan Ismat Faleeq tanpa mengesyaki penipuan yang dicipta oleh Julian itu. Sempat bahu lelaki berbangsa Cina itu ditepuk lembut sebelum dia berpamitan pergi.
Julian henyak punggungnya di atas kerusi kayu itu. Fikirannya menerawang jauh. Dia benci keramaian. Andai Adalee tiada dahulu, mungkin nama Julian Li tidak akan disegani di persada dunia sekarang ini.
Mungkin dia masih kekal menjadi anak yang tidak berguna kepada orang tuanya.
"Julian. Runway dah nak start." Pintu itu dikuak sedikit menonjolkan kepala pengurusnya.
Julian hela nafas berat. D..dia tak mampu.
"Zyn.." Zyn angkat keningnya ke atas sambil mata memerhati lagak Julian yang seperti anak ayam kehilangan ibu itu.
"Jangan marah. Dengar elok-elok, okay?" Zyn angguk mengiyakan permintaan Julian itu. Kerusi ditarik lalu dia melabuhkan duduk berhadapan dengan Julian. Tangan disilangkan ke dada lalu muka Julian menjadi titik fokusnya. Dia bersedia mahu mendengar bicara Julian.
"Aku rasa aku tak boleh buat runway malam ni. A..aku takut." Buat pertama kalinya, Zyn mendengar luahan hati mamat paling kerek di agensi mereka ini. Bagai tidak percaya, model berpengalaman seperti Julian berasa takut.
Bukankah cahaya kamera dan pandangan orang ramai sudah tidak asing lagi buat mereka? Kedua-dua itu seperti makanan sahaja buat mereka. Apa yang Julian takutkan?
"Kenapa? Kau tak sihat?" Tangannya pantas dilekapkan di dahi bersih Julian. Pantas Julian menepis tanda tidak suka dahinya disentuh tanpa izin. Zyn berdecit kecil lalu tangan dijatuhkan kembali.
"I need my Adalee. I cannot do it alone," luah Julian ikhlas daripada tangkal hatinya. Dia benar-benar memaksudkan setiap kata-katanya.
"Selama ni kau okay je. Kenapa sekarang, Julian Li?" tanya Zyn penuh curiga. Jangan kata Julian mahu makan gaji buta. Memang awal-awal dia hempuk kepala mamat kerek ni dengan kamera besar itu.
"Selama ni sebab dia ada. Aku nampak dia depan mata aku. It's difficult to explain, but I find peace in her. Ketenangan yang aku tak pernah dapat sebelum ni." Nada suara Julian semakin mengendur. Sudahlah dia dilarang untuk melawat Adalee, kini Adalee pula hilang daripada radar.
Silap hari bulan, dia boleh jadi gila memikirkan perihal Adalee.
Zyn hela nafas lemah mendengar luahan Julian. Dia tidak boleh kata apa-apa, dia tidak berada di tempat Julian.
Sudah pasti rasa sakitnya berbeza. Sedangkan dia yang bekerja sebagai pengurus Adalee pun turut terpalit rasa sedihnya, apatah lagi Julian yang seperti belangkas dengan Adalee itu.
Pasti situasinya lebih teruk berbanding dia.
"Aku panggil momma kau. Aku tahu perkara ni akan terjadi juga malam ni. Kita bukan kenal 5 hari, kita dah kenal 5 tahun. Aku kenal gaya kau, Julian. So aku awal-awal lagi dah panggil momma incase anak teruna sorang dia ni nak buat hal," ujar Zyn automatik membuatkan badan Julian mengejung.
Zyn panggil momma?
Julian teguk liurnya kasar tatkala mata menangkap tombol pintu bilik peribadinya yang dipusingkan ke kiri.
"Hai, my Julian!"
•••
MA'WA merungut kesal tatkala memorinya tidak habis-habis mengimbau perkara yang berlaku petang tadi. Dia menyepak kasar batu-batu kecil yang berada di jalanan untuk melepaskan rasa marahnya.
Macamlah batu itu yang buat dia.
"Aduh!" Cepat-cepat langkah dibawa menuju ke stesen bas berhampiran. Terasa pejal ibu jarinya yang terkena batu besar itu. Tidak sedar pula dia sudah sepak batu besar. Ingatkan batu kecil je.
"Tak guna punya batu! Sama macam daddy. Kalau batu keras, daddy punya kepala lagi keras! Kalah kau!" Ma'wa mengomel perlahan sambil ditiup-tiup ibu kakinya yang terasa sengal itu.
"Daddy ingat aku tak boleh berdikari ke? Hello?! Ini Adalee okay?! Adalee!" Ulang Ma'wa buat kesekian kali.
Berkali-kali dia ingatkan bahawa dia bukan perempuan lemah! Perkataan itu langsung tidak kena dengan jiwanya. Tapi entah kenapa, dia rasakan perkataan itu sesuai untuk jiwanya yang sedang rapuh sekarang ini.
Ma'wa pandang langit yang kian menggelap itu. Jujur dia berasa takut duduk di sini seorang diri. Kalau ada penculik bersiri macam mana? Ma'wa telan liurnya kasar sambil mengusir keluar fikirannya yang negatif itu.
Ting!
Notifikasi yang masuk daripada SMS itu membuatkan Ma'wa berkerut seribu. Jarang-jarang SMS masuk melainkan ketika dia melakukan transaksi wang.
Jangan-jangan..
Cepat-cepat jarinya menekan layar skrin memaparkan teks meseg yang diterima melalui SMS itu. Ma'wa cemas sendiri apabila membaca setiap teks itu.
Your CatBank has been successfully transferred RM150,000 to Turtle Bank.
Jatuh terus telefon pintar itu daripada pegangannya. Ma'wa ketap bibir menahan rasa marah yang meluap-luap di dalam hati. Tak lain tak bukan, ini mesti kerja si kepala batu itu!
Terketar-ketar tangannya mencapai kembali telefon pintar yang jatuh itu. Separuh hatinya menidakkan apa yang dia baca ini, sebaliknya berkata lain.
Tidak mungkin daddy sekejam itu.
Bruk!
Kini perutnya pula berkeroncong dengan hebat. Tangan laju melekap di perutnya yang masih kempis. Tanpa sebarang kata, jatuh mutiara jernih membasahi pipi yang melecur sedikit itu.
Sejujurnya ketika Tan Sri Ruzain menghalaunya, dia tidak berasa terlalu terkesan memandangkan dia masih ada wang di dalam bank. Kini fikirannya laju bertukar arah.
Dia tidak boleh bertahan hidup di sini tanpa wang. Bagaimana dia mahu menyara dirinya?
Ma'wa genggam penumbuk bersama dengan linangan air mata yang tidak henti-henti keluar. Wajahnya yang terasa pedih diabaikan sebaik mungkin. Pedih di muka tidak sama rasanya seperti pedih di hati.
Sampai hati daddy..
—20/10/2023
SMS dari bank tu memang kelakar HAHAHA. Happy reading💌 vote and comment for next chapter!
YOU ARE READING
Langkah Pendosa
Romance[On-Going] Hidupnya dibelenggu dengan dosa, terlalu mengejar dunia sehingga lupa akan kewujudan akhirat. Benar, Tuhan itu Maha Penyayang. Dia tidak pernah lupa akan hamba-hambaNya yang hanyut dalam lembah dosa. Buktinya, satu peristiwa hitam meni...