BAB 2

1.9K 166 11
                                    

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

UDARA pagi yang dingin membuatkan dua tubuh tanpa seurat benang itu nyenyak diulit mimpi. Langsung tidak terusik dengan azan subuh yang sedang berkumandang.

Bunyi deringan telefon pintar yang berada di atas meja kecil bersebelahan dengan katil mereka itu membuatkan Julian tersedar daripada tidur. Kantuk yang menguasai pada mulanya beransur hilang tatkala melihat nama pemanggil.

"Habis aku.." Kepala Adalee yang elok berbaring di atas lengannya itu diangkat lalu diletakkan di atas bantal. Duvet tebal ditarik menutupi tubuh Adalee yang kosong tanpa sebarang pakaian itu.

"Hello." Takut-takut dia menyapa si pemanggil.

"Julian Li! You pergi mana semalam? You janji dengan momma nak balik untuk makan malam sempena birthday datuk. Mereka tunggu you." Julian hela nafas lemah apabila gegendang telinganya disapa dengan amukan si ibu.

"Jangan kata you minum lagi semalam? Dengan perempuan tu ke?" Soalan ibunya tepat mengena pada sasaran. Julian teguk liuarnya payau. Belakang tengkuk yang tidak gatal digaru.

"Mana ada. Julian tak minum. Kan Julian ada runway minggu ni. Jadinya, Julian tidur hotel," dalih Julian sambil anak matanya memerhati Adalee yang sedang menggeliat kecil itu.

Mata cantik gadis itu sudah terbuka sedikit. Mungkin sudah sedar kerana terganggu dengan suaranya yang sedang menjawab panggilan itu.

"Julian?" Momma yang mendengar suara perempuan di sebalik panggilan telefon anaknya itu membulatkan matanya tidak percaya. Telinga dia tidak salah dengar kan? Dia dengar suara perempuan,bukan?

"Perempuan mana pula you heret masuk bilik ni, Julian?!" Dadanya diurut perlahan cuba meredakan amarahnya. Pagi-pagi lagi Julian sudah membantunya menaikkan darah tinggi.

"Bye momma. I love you."

TET

Panggilan diputuskan oleh Julian tanpa sempat membalas pertanyaan ibunya. Pandangannya beralih pula pada wajah Adalee yang sudah segar-bugar itu.

"I ganggu ke?" Dia kembali berbaring lalu tubuh Adalee dirangkul kemas. Terasa rapat sungguh tubuh Adalee yang melekat di dada bidangnya itu.

"Tak. Momma call?" Tubuh dibalikkan menghadap Julian. Jarinya bermain-main di dada bidang yang kosong tanpa sebarang baju itu.

"Macam biasalah," balas Julian sebal. Aroma tubuh Adalee dihirup semahu-mahunya.

"You wangi," puji Julian sambil hidungnya masih tidak beralih daripada rambut beralun milik Adalee.
Adalee cebikkan bibirnya menyampah.

"I sentiasa wangi," tambah Adalee lalu rahang tajam milik Julian dikucup ringkas.

"Nakal. Ingat sikit kita ada runway lagi malam ni." Hidung Adalee dicuit manja.

"I tahu!"

•••

KEADAAN studio yang kosong itu membuatkan Adalee resah. Dia menggigit bibirnya kuat sambil matanya tidak henti-henti melilau sekeliling studio itu.

Mana mereka semua? Sudahlah dia ada sesi penggambaran yang lain pada pukul 10 pagi. Jam sudah menunjukkan pukul 8 pagi namun ketibaan orang-orang yang dinanti masih belum kunjung tiba.

"Diorang kata diorang tersekat dalam trafik jam." Suara Julian dari arah belakang menyentakkan Adalee yang sedang hanyut dalam pemikiran negatifnya itu.

Langkah PendosaWhere stories live. Discover now