اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Jangan lupa selit qunut nazilah untuk rakyat Palestin yang sedang berjuang🤍"NICE shot, tan sri." Tan Sri Ruzain tersenyum penuh sinis mendengar pujian Josh itu. Picu pistol Glock 19 ditarik sambil mata melirik sekilas ke arah Josh yang sedang berpeluk tubuh melihatnya.
Bang!
Bergema bilik latihan menembak itu apabila peluru Tan Sri Ruzain tepat-tepat mengena pada sebuah objek pegun di situ.
Tan Sri Ruzain tarik headset di kepalanya lalu disua ke arah Josh yang setia menunggu itu. Peluh yang merintik-rintik keluar diseka dengan tuala kecil.
"Makin hebat skill tan sri." Tersungging naik bibir Tan Sri Ruzain mendengar pujian Josh yang melambung-lambung itu. Sedikit hairan mengapa Josh terlalu memujinya. Padahal ini bukan kali pertama lelaki itu menemaninya ke latihan menembak.
"Cut it off. Straight to the point." Teguran daripada Tan Sri Ruzain membuatkan Josh menggulingkan biji matanya ke atas. Segala barangan keperluan majikannya dikemas terlebih dahulu sebelum dia melangkah kembali ke arah Tan Sri Ruzain yang sedang rakus meneguk air kosong itu.
"No fun lah tan sri ni." Menjegil besar mata Tan Sri Ruzain. Wow dah boleh bawa bergurau selepas beberapa tahun bekerja dengannya.
"Yes I am. Now bagitahu apa yang kau nak bagitahu aku." Tidak betah menunggu lebih lama. Dia sudah tidak sabar mahu tahu tentang perkembangan anaknya. Di mana gadis itu tidur? Selamatkah?
"Raudhah Ma'wa sekarang berada di Kedah." Hampir-hampir saja Tan Sri Ruzain tersedak mendengar nama negeri yang sangat familiar dengannya itu.
"Dia duduk di Pusat Kasih Ar-Rahim," tambah Josh membuatkan botol air mineral yang sudah kosong itu digenggam kuat sehingga renyuk. Josh telan liurnya kasar melihat perubahan emosi Tan Sri Ruzain yang mendadak itu.
"Sama macam arwah isteri Tan Sri." Berhati-hati Josh menyambung kata-katanya. Takut jika ada hati yang terguris.
Tan Sri Ruzain melongo tidak percaya. Pusat Kasih Ar-Rahim? Tak semena dia ketawa besar mendengar nama tempat yang terbit daripada bibir Josh itu.
Josh kerutkan dahinya melihat reaksi majikannya. Ini bukan reaksi yang dia bayangkan tadi. Terasa bergema tawa Tan Sri Ruzain dalam ruangan itu.
"Betul ke kau siasat ni? Tempat tu? Dalam banyak-banyak tempat... kenapa tempat itu juga?" Dalam sibuk dia tertawa tanpa sedar matanya kian memerah kerana menahan empangan air mata yang boleh roboh bila-bila masa sahaja.
"Ya, tan sri." Tan Sri Ruzain pejam matanya rapat saat mendengar jawapan Josh itu. Tak sangka sejauh itu anaknya merantau.
"Tan Sri okay?" tanya Josh sedikit panik. Dia nampak mata Tan Sri Ruzain yang memerah itu. Cepat betul perubahan emosi lelaki itu berlaku.
Tan Sri Ruzain anggukkan kepalanya sembari bangkit daripada duduk. Dia menghela nafas berat sebelum wajah Josh menjadi santapan matanya.
"Well, I guess she loves her mom so much." Semakin berkerut wajah Josh mendengar bicara Tan Sri Ruzain. Apa maksudnya?
"One day you will understand. One fine day..." Tan Sri Ruzain tepuk bahu Josh yang jelas sedang terpinga-pinga dengan ayat kiasannya itu.
"Hantar aku ke kelab Golf. I have meeting with Dato' Eysof." Josh angguk akur lalu langkah dilajukan untuk mengambil kereta yang diparkir tidak jauh daripada pusat latihan menembak ini.
YOU ARE READING
Langkah Pendosa
Romance[On-Going] Hidupnya dibelenggu dengan dosa, terlalu mengejar dunia sehingga lupa akan kewujudan akhirat. Benar, Tuhan itu Maha Penyayang. Dia tidak pernah lupa akan hamba-hambaNya yang hanyut dalam lembah dosa. Buktinya, satu peristiwa hitam meni...