اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Jangan lupa selit qunut nazilah untuk rakyat Palestin yang sedang berjuang🤍MA'WA jeling Aahil tidak puas hati. Dia belum puas berbual dengan Auntie Rossa lagi. Auntie Rossa tersengih melihat wajah geram Ma'wa.
"Nanti kita sambung sembang lagi," kata Auntie Rossa memujuk Ma'wa. Dia tahu gadis itu terlalu banyak persoalan di benak fikirannya.
"Tak payah nak jeling-jeling sangat. Tadi kata nak spaghetti. Aku nak pergi beli ni." Dengar saja perkataan spaghetti, sepasang mata itu terus membulat ceria.
"Aahil! Bawa Adam. Dia pun kalut juga nak keluar dengan hang ni!" jerit Ustazah Asiyah daripada jauh. Terkedek-kedek budak lelaki bernama Adam itu melangkah ke arahnya.
"I nak ambil mask." Kening Aahil bertaut hairan. Kenapa nak pakai pelitup muka? Mereka hanya nak ke kedai sahaja. Kalau takde, barulah Aahil akan memandu ke pekan untuk cari spaghetti Ma'wa.
Almaklumlah, sejak uminya ambil Ma'wa sebagai anak angkat ini. Anak kandung itu dianak tirikan pula.
"I malu. You jangan nak buat-buat tak faham boleh tak? You tak rasa ke orang kampung ni akan tanya I macam-macam?" sembur Ma'wa geram. Lah, Aahil yang diam ini pun dileter oleh Ma'wa.
Adam pandang wajah mencuka abangnya itu. "Abang kena marah.." Jari kecilnya bergerak-gerak ke kanan dan kiri seolah-olah mahu membuktikan bahawa abangnya bersalah dalam hal ini.
Aahil hela nafasnya berat seraya mengangguk. "Pergilah, aku tunggu." Senada Aahil membalas.
Ma'wa yang mendengar jawapan Aahil terus mencicit-cicit berlari untuk mengambil pelitup mukanya. Selendangnya pula cukup sekadar untuk tutup rambutnya.
"Jom Adam." Adam tersengih-sengih melihat wajah Aahil. Aahil balas senyuman nakal Adam itu dengan mencubit geram pipi montel itu.
Adam.. Adam.
Walaupun mereka berdua tiada pertalian darah, Aahil tetap anggap Adam sebagai adiknya. Kasihan Adam. Baru sehari melihat dunia, Adam sudah ditinggalkan di hadapan masjid Pusat Kasih Ar-Rahim.
Akhirnya umi memutuskan untuk mengambil Adam sebagai anak angkat. Mujurlah segala urusan pendaftaran Adam sebagai anak angkat dimudahkan oleh yang Maha Esa.
"Abang! Anash!" kata Adam sedikit kuat. Aahil tersentak dengan jeritan si kecil itu. Cepat-cepat tubuh adik lelakinya berusia lima tahun itu didukung lalu dibawa masuk ke dalam kereta.
Aahil meraup wajahnya. Boleh pula dia mengelamun tentang Adam.
"I dah siap!" ujar Ma'wa ceria. Aahil bulatkan matanya sembari bebola mata itu bergerak ke atas bawah menganalisis baju yang dipakai oleh Ma'wa.
Ini fesyen apa pula ni? Dia ada tertinggal mana-mana bas lagi ke?
"Kau nak pergi kedai runcit Rogayah je tau. Yang kau bersiap macam kita nak pergi KLCC ni kenapa?" Aahil jegilkan matanya tidak percaya. Yang paling dia musykil, cepat betul gadis itu menukar pakaian.
Adam pula ketawa kerana terhibur dengan telatah manusia itu.
"Akak antik!" Thumbs up diangkat lalu ditunjukkan kepada Ma'wa. Ma'wa apa lagi, selepas dipuji, makin kembanglah hidungnya.
"See? Budak kecil ni kata I cantik. You tu je buta fesyen!" cemuh Ma'wa angkuh. Dia lihat biasan cermin kereta yang memantulkan tubuhnya itu.
Hmm.. dia rasa okey je.
Retro skirt off white dipadankan dengan half jacket senada dengannya. Di atas kepalanya pula ada sebuah topi kecil. Wajahnya pula dilitupi dengan sebuah pelitup muka.
YOU ARE READING
Langkah Pendosa
Romance[On-Going] Hidupnya dibelenggu dengan dosa, terlalu mengejar dunia sehingga lupa akan kewujudan akhirat. Benar, Tuhan itu Maha Penyayang. Dia tidak pernah lupa akan hamba-hambaNya yang hanyut dalam lembah dosa. Buktinya, satu peristiwa hitam meni...