اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
TERGESA-GESA Julian memandu sejurus sahaja menerima khabar bahawa Adalee ditimpa kemalangan itu. Hatinya tidak tenang selagi tidak bertentang mata dengan Adalee. Mahu luruh saja nyawanya saat mendengar berita yang diulas oleh pembaca berita itu.
Kakinya diayun laju menuju ke kaunter kecemasan. Jururawat yang bertugas di situ tergamam sebentar sebelum ukir senyuman tipis.
"Cari cik Adalee ya?" Seperti tahu-tahu saja Julian datang ke sini kerana Adalee. Padahal lelaki itulah paling anti dengan hospital.
Julian angguk bersama dengan mulut yang terbuka cuba mencari nafas. Mengah rasanya!
"Cik Adalee ada di bilik 211," beritahu jururawat itu sambil menyelak helaian kertas-kertas yang berisi nama pesakit itu.
"Terima kasih," balas Julian sambil memaniskan wajahnya. Bebola mata bergerak-gerak mencari lif untuk ke wad pesakit. Dia perlu berjumpa dengan Adalee segera. Rasa kesalnya semakin membuak-buak tatkala menjejakkan kaki ke sini. Dia perlu lihat wajah cantik itu demi hilangkan resah yang berkabung di hati.
•••
WAJAH beku lelaki tua yang sedang berjaga di hadapan bilik Adalee dipandang dengan pandangan tidak puas hati. Tangan naik menyilang di dada sambil mata tidak lepas merenung wajah bersahaja lelaki tua itu.
"Who are you?" Terletus tawa Tan Sri Ruzain mendengar soalan kurang cerdik daripada lelaki muda itu. Bukankah sepatutnya dia tanya soalan itu kepada lelaki mentah ini?
"Bukan aku ke patut tanya soalan tu?" Wajah Julian bertukar kelat apabila suara garau itu menyapa gegendang telinganya.
"Ini bilik Adalee kan? I am her partner. So boleh beri laluan ya? Aku nak masuk." Mahu melangkah masuk ke dalam bilik malah laju dihalang oleh tangan sasa lelaki itu.
"Stay." Keras dan dingin arahan lelaki itu membuatkan Julian automatik menurut. Dia berdecit geram sebelum berundur setapak ke belakang.
"Aku ayah Adalee. Adalee tak pernah beritahu kau?" Terasa berpasir kerongkongnya tika ini. Adalee ada ayah? Mengapa sebelum ini Adalee mengatakan dia sebatang kara?
Bebola mata naik membalas tatapan sinis lelaki yang menggelarkan dirinya sebagai ayah Adalee. Wajah lelaki itu tampak tenang seolah tidak terusik langsung dengan budak mentah sepertinya.
"Adalee okay kan?" Bukan mahu menjawab pertanyaan itu malah Tan Sri Ruzain masih meneruskan sesi suai kenal.
"Aku Tan Sri Ruzain. Siapa nama kau, budak mentah?" Tangan disua ke arah Julian. Melihat tiada tanda-tanda Julian akan membalas salamannya, tangan kembali dijatuhkan.
Julian benar-benar terkejut dengan pernyataan yang baru diterimanya itu. Tan Sri Ruzain? Pemegang saham utama di IsFliq?
Jadi di sebalik nama gah Adalee, ada susuk Tan Sri Ruzain yang menyokongnya? Mengapa Adalee perlu sorokkan perkara penting itu selama ini?
"Kenapa? Terkejut sebab aku pemegang saham utama IsFliq?" Wajah Julian seperti tertelan cicak itu membuatkan Tan Sri Ruzain mahu menghamburkan tawanya kuat.
Kita bukan selevel, Julian Li.
"Berambus. Aku taknak kau berjumpa dengan Adalee lagi," kata Tan Sri Ruzain serius. Dia benar-benar memaksudkan setiap tutur katanya itu. Julian rasa seperti dihempap batu besar dengan arahan diktator itu.
YOU ARE READING
Langkah Pendosa
Romance[On-Going] Hidupnya dibelenggu dengan dosa, terlalu mengejar dunia sehingga lupa akan kewujudan akhirat. Benar, Tuhan itu Maha Penyayang. Dia tidak pernah lupa akan hamba-hambaNya yang hanyut dalam lembah dosa. Buktinya, satu peristiwa hitam meni...