اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Jangan lupa selit qunut nazilah untuk rakyat Palestin yang sedang berjuang🤍"UMI." Ustazah Asiyah yang baru sahaja mahu lelapkan mata kembali mencelikkan matanya. Wajah gusar anak terunanya dipandang daripada sisi tepi.
"Kenapa?" tanya Ustazah Asiyah sayup-sayup di sebalik bunyi dj radio yang sedang mendominasi ruang dalam kereta itu. Penat menguasai dirinya sekarang memandangkan mereka baru sahaja pulang dari majlis selawat perdana yang diadakan di Kuala Lumpur. Kini mereka dalam perjalanan pulang ke Kedah semula.
"Umi nampak tak apa yang Aahil nampak?" Soalan Aahil membuatkan wajah Ustazah Asiyah berubah cuak. Apa pula yang Aahil nampak tengah-tengah malam buta ini?
"Kamu nampak apa? Jangan tegur benda tu," pesan Ustazah Asiyah keras sebelum pandangannya terhala pada kelibat seseorang di stesen bas itu. Liur diteguk payau. Erat tangannya menggenggam tali pinggang keledar itu cuba meredakan rasa gemuruh yang menyerang di dada.
Aahil hanya endahkan pesanan uminya lalu memarkirkan kereta berjenama Kia Sorento itu di hadapan stesen bas itu. Tali pinggang dibuka daripada terus melilit batang tubuhnya.
"Kenapa berhenti? Jalan cepat!" gesa Ustazah Asiyah membantutkan pergerakan Aahil yang baru sahaja mahu keluar daripada perut kereta itu.
"Aahil nak tengok." Ringkas dan padat jawapan Aahil berikan pada uminya sebelum dia melangkah keluar.
Ustazah Asiyah hela nafasnya perlahan sebelum tali pinggang itu turut dibuka. Dia gagahkan juga untuk keluar walaupun hatinya berbelah bahagi.
Kalau bukan manusia, memang dia pecut lari tinggalkan Aahil seorang diri di situ.
"Umi, akak ponti ke tu?" Elok sahaja Aahil halakan jari telunjuknya ke arah sekujur tubuh yang sedang lelapkan mata itu. Badannya sudah dibawa menyorok di belakang tubuh Ustazah Asiyah.
Dek kerana geram, laju sahaja tangan Ustazah Asiyah mencubit kuat pinggang anak lelakinya.
"Sakitlah, umi. Umi kejutlah dia. Aahil nak duduk sana," balas Aahil sambil tangan tidak henti-henti mengusap pinggangnya yang dicubit tadi. Sakit!
"Cik?" Bahu gadis itu digoncang perlahan oleh Ustazah Asiyah. Mata gadis itu yang tadinya terpejam rapat perlahan-lahan dibuka setelah mendengar suaranya. Berkerut-kerut dahi si gadis itu mencerna wajahnya.
"Cik okay tak? Kenapa duduk sini? Dah nak tengah malam,"
•••
MA'WA capai tisu yang dihulur oleh wanita tua itu lalu dia mengelap seluruh mukanya daripada kesan air mata tadi.
Ustazah Asiyah hanya lemparkan senyuman kecil sebelum matanya kembali terhala ke arah anak terunanya. Sudah hampir setengah jam Aahil terpaksa berdiri untuk memberi laluan kepadanya bersama gadis itu.
"Kamu nak pergi mana? Biar makcik hantarkan," pelawa Ustazah Asiyah lembut. Memandangkan hari sudah lewat, dia tidak mahulah membazir masa di sini lama-lama.
Dia bantu ini pun atas rasa ihsan kepada sesama manusia.
Ma'wa hanya diam tidak membalas. Dia sendiri tidak tahu hendak ke mana. Kalau pergi rumah Jia Li, mesti dia akan bertembung dengan Julian. Takkan dia mahu pulang semula ke rumah Tan Sri Ruzain?
Memang mencabar kemarahan orang tua itulah jawabnya.
"I takde tempat nak pergi." Senafas Ma'wa menjawab. Perasaan malunya sudah tidak dapat dibendung lagi.
YOU ARE READING
Langkah Pendosa
Romance[On-Going] Hidupnya dibelenggu dengan dosa, terlalu mengejar dunia sehingga lupa akan kewujudan akhirat. Benar, Tuhan itu Maha Penyayang. Dia tidak pernah lupa akan hamba-hambaNya yang hanyut dalam lembah dosa. Buktinya, satu peristiwa hitam meni...