BAB 17

1.3K 137 7
                                    


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Jangan lupa selit qunut nazilah untuk rakyat Palestin yang sedang berjuang🤍

"TAN SRI, kita dah sampai," maklum Josh seraya menarik handbreak kereta mewah itu. Melalui cermin pandang belakang, dia dapat lihat dengan jelas wajah muram Tan Sri Ruzain.

"Tan Sri?" Josh memanggil Tan Sri Ruzain yang sedang hanyut dalam dunianya sendiri. Perbuatan itu berjaya menyedarkan Tan Sri Ruzain daripada lamunannya.

"Okay." Ringkas jawapan Tan Sri Ruzain. Mata ditebarkan melihat kawasan perkuburan Ar-Rahman itu.

Josh segera keluar daripada perut kereta lalu membukakan pintu kepada Tan Sri Ruzain. Dia menunduk separa hormat apabila kaki Tan Sri Ruzain menapak keluar daripada perut kenderaan mewah itu.

"Tinggalkan aku di sini. Kau boleh pulang." Tan Sri Ruzain mengarah. Kot yang membalut tubuhnya ditanggalkan lalu diserahkan kepada Josh.

Josh terpinga-pinga dengan arahan Tan Sri Ruzain. Namun tangan masih menyambut baik kot itu. Kini terpampanglah tubuh Tan Sri Ruzain yang hanya berbalut dengan kemeja putih serta seluar slack berwarna biru tua.

"Saya boleh tunggu tan sri di sini," jawab Josh meyakinkan Tan Sri Ruzain bahawa dia tidak kisah menunggu. Kawasan perkuburan yang menjadi santapan matanya dipandang sekilas.

"Tak perlu. Aku nak bersendirian," bidas Tan Sri Ruzain mendatar mematikan niat Josh yang setia mahu menunggu itu. Jambangan bunga Mawar Juliet yang dibeli khas itu dibawa merapat ke dadanya.

Tersebar luas bau haruman Mawar Juliet yang begitu wangi itu. Dibeli khas untuk Puan Sri Kaysa.

"With my wife," sambung Tan Sri Ruzain membuatkan liur yang ditelan oleh Josh terasa kelat. Janganlah si tan sri ni buat kerja gila pula! Itulah doanya sambil matanya tidak lepas memerhati susuk tubuh Tan Sri Ruzain yang semakin menjauh.

•••

"ASSALAMUALAIKUM wife." Tan Sri Ruzain menghampar tikar bersebelahan dengan pusara arwah isterinya. Batu nisan yang tertera nama isterinya itu diusap lembut seakan-akan jari jemarinya sedang mengusap wajah Puan Sri Kaysa.

"Rindu I tak?" Terlepas tawa kecil apabila tersedar bahawa dia sedang bercakap dengan jasad yang sudah tiada rohnya.

"It's okay, I tahu you sentiasa rindu I. I pun rindu you." Yasin yang dibawa daripada rumah itu diambil lalu tangannya mula menyelak helaian demi helaian.

Saat kalimah suci itu dibaca, tak semena-mena air mata terasa murah untuk mengalir. Tan Sri Ruzain gagahkan jua dirinya untuk menghabiskan bacaan yasin.

Walaupun suaranya seakan-akan tersekat di kerongkong kerana menahan peritnya tangisan, tetap jua dia usahakan untuk habiskan apa yang dia sudah mula.

"Aamiin." Tangannya meraup wajah sendiri apabila bacaan doa untuk arwah isterinya sudah selesai. Dia menyelesakan duduk di atas tikar itu  untuk berbual dengan arwah isterinya.

"Kaysa.. berbulan telah berlalu. Dan I masih disini." Dia tundukkan kepalanya sembari mengerdipkan matanya beberapa kali untuk menahan mutiara jernih itu daripada jatuh mengalir lagi.

"I cintakan you." Kata-kata keramat yang selalu meniti di bibir Tan Sri Ruzain diucapkan lagi di hadapan pusara isterinya. Mungkin sekarang pokok-pokok pula menjadi saksi bait-bait cintanya.

Beruntungnya Kaysa. Walaupun sudah meninggalkan alam yang fana ini, masih ada insan yang mengungkapkan kata-kata itu kepadanya.

Tan Sri Ruzain hembus nafasnya berat. Bebola matanya tidak lepas menatap pusara Puan Sri Kaysa.  Jambangan bunga Mawar Juliet itu diambil lalu diletakkan di atas pusara arwah isterinya. Tidak lupa daun-daun kering dan rumput yang tumbuh di atas kubur isterinya dicabut.

Langkah PendosaWhere stories live. Discover now