BAB 5

1.6K 156 1
                                    

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

KELUAR sahaja Tan Sri Ruzain daripada wad peribadi anaknya itu, terus kornea matanya disapa dengan kehadiran seorang doktor perempuan.

Dia ukir senyuman tipis sebelum pintu wad itu ditutup perlahan. Ma'wa sudah tertidur akibat ubat penenang yang diberikan oleh doktor tadi.

"Boleh saya bercakap dengan tan sri?" Tan Sri Ruzain mengangguk pantas lalu mengekori langkah doktor itu ke biliknya.

"Jemput duduk." Sempat ucapan terima kasih meniti di bibir Tan Sri Ruzain sebelum dia melabuhkan duduk berhadapan dengan doktor perempuan itu.

Tag nama yang tergantung di tudung doktor perempuan dibaca sekilas.

Doktor Fatini.

"Sebenarnya ada satu perkara penting tentang Raudhah Ma'wa yang tan sri perlu tahu." Diksi yang terbit daripada doktor Fatini itu membuatkan Tan Sri Ruzain berkerut tidak faham.

"Maksud doktor?" Doktor Fatini itu senyum nipis sebelum menghulurkan satu gambar ultrasound bayi.

Terketar-ketar tangan Tan Sri Ruzain mencapai gambar itu. Wajahnya usah dikata, cuak sangat. Bebola matanya merenung lama gambar ultrasound bayi itu.

12 weeks.

Sudah tiga bulan?

"I-ini apa?" Dia tahu gambar yang dipegang olehnya merupakan ultrasound bayi namun mengapa firasat hatinya mengatakan sesuatu yang buruk bakal berlaku nanti?

Persoalan yang berlegar-legar dalam kepalanya akhirnya menemui jawapan.

"Ultrasound ini milik anak tan sri, Raudhah Ma'wa. Boleh saya berjumpa dengan suami dia?" Dunia Tan Sri Ruzain seakan berhenti berputar. Menggigil hebat tangannya dek kerana berita yang baru diterima itu.

Anaknya mengandung?

"Alhamdulilah kandungan anak tan sri berjaya diselamatkan. Walaupun kalau ikutkan secara logik akalnya, kandungan itu takkan berjaya diselamatkan selepas kemalangan teruk itu. Tapi takdir Allah, bukan? Siapa kita hendak menolak?" sambung doktor Fatini itu lagi.

Melihat Tan Sri Ruzain seperti diam menyepi membuatkan hati doktor Fatini terusik sikit. Ayahnya tak gembira ke anaknya bakal menimang cahaya mata?

"Dia tak pernah berkahwin. Itu anak haram!" Mengucap panjang doktor Fatini mendengar respon Tan Sri Ruzain itu.

"Tolong rahsiakan ini daripada pihak media. Sekali kau buka mulut, keluarga dan pekerjaan kau dalam genggaman aku. Faham tak?!" Tan Sri Ruzain menempik kuat seraya meja kayu itu dihentak sebelum bangkit daripada duduk.

"Ini anak aku punya kan? Jadi aku boleh ambil?" Gambar ultrasound itu diambil kasar daripada meja kayu itu. Doktor Fatini menghela nafas lemah dengan mata yang terpejam saat mendengar bunyi pintu bilik rawatannya berdentum kuat akibat hempasan Tan Sri Ruzain.

•••

WAJAH monyok Julian dipandang tidak lepas oleh momma. Jam di dinding dilirik sekilas. Tak sampai sejam Julian sudah pulang ke rumah. Keadaan Adalee kritikal ke sehingga anaknya tidak dibenarkan melawat?

"Julian, you kenapa? Bukan you kata nak melawat Adalee? Dia kritikal ke?" Julian buang pandangan ke laman rumahnya yang penuh dengan pokok-pokok momma.

"Momma.." serunya perlahan tapi cukup membuatkan naluri keibuan momma memahami keadaan anak terunanya.

"You ada masalah dengan Adalee?" Rambut kehitaman pekat anaknya diusap lembut.

Langkah PendosaWhere stories live. Discover now