BAB 19

1.2K 143 17
                                    

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Jangan lupa selit qunut nazilah untuk rakyat Palestin yang sedang berjuang🤍

"ABANG..." Adam mengongoi perlahan di bahu Aahil. Penumbuk kecilnya dihala ke arah belakang badan seolah-olah mahu memukul tubuh itu. Sebelah lagi tangan kecilnya pula melilit tengkuk Aahil.

Aahil hembus nafasnya lemah lalu membetulkan kedudukan Adam di atas ribanya itu. Masa dia sedang membacalah si Albab sibuk datang ke mari. Dia yakin lagi pasti Adam datang ke sini kerana mahukan sesuatu.

"Awat ni?" tanya Encik Musyrif yang kebetulan lalu di hadapan mereka. Riak wajahnya hairan melihat dua beranak itu. Aahil yang ralit dengan bahan bacaannya dan Adam berada dalam dukungan lelaki itu.

Lihat wajah tersebik-sebik Adam, Encik Musyrif sudah dapat meneka. Pasti Aahil ada menabur janji kepada Adam. Budak itu bukan boleh kira. Sampai tujuh keturunan pun dia ingat gamaknya.

"Hang janji apa lagi ke budak tu, Rafiqi?" Abi menggeleng-gelengkan kepalanya lalu beredar. Malas mahu masuk campur hal dua anak lelakinya itu. Masalah itu biar Aahil yang selesaikan.

Aahil teguk liurnya kasar. Kalau abi dah panggil menggunakan nama kedua itu bermaksud abi tidak mahu masuk campur.

"Adam nak apa?" Lembut Aahil menyoal. Budak berusia lima tahun ni kalau sampai dia punya masa nak tantrum, ada juga. Jangan diingat Ahmad Adam Albab ini sentiasa baik budaknya.

"Aiskrim..." Adam menjawab. Daripada semalam dia mengidam nak makan aiskrim di tepi gerai Kak Leha.

"Kan Adam baru makan kelmarin." Bahan bacaan itu sudah lagi tidak menarik perhatiannya. Aahil letakkan buku itu di atas meja kopi lalu tubuh Adam didukung dibawa ke luar.

"Kelmarin kelmarin la. Ini harini." Amboi mulut dia kalau menjawab serahkan saja pada Ahmad Adam Albab. Dia memang pro bab-bab begini.

"Abang dah janji!" Adam mencerlung tajam wajah Aahil. Aahil tahan ketawa melihat muka Adam yang penuh dengan air mata itu.

Sapu tangan daripada kocek seluarnya digapai lalu digunakan untuk mengelap muka Adam yang basah dengan air mata.

"Ye ke?" Sengaja mahu menguji anak kecil itu. Aahil tertawa jahat dalam hatinya apabila wajah Adam semakin merah kerana geram.

"Ya! Abang kata nak belanja Adam aiskrim kalau berjaya pujuk akak cantik!" Bersemangat dia menjawab. Membuntang luas mata Aahil kerana terkejut. Refleks tangan besarnya mengatup mulut becok itu.

Adam meronta-ronta mahu melepaskan diri daripada dukungan si abang. Aahil mengalah. Akhirnya tubuh kecil Adam dibawa turun.

"Err.. sejak bila?" Belakang tengkuknya digaru. Pandangan mata dililaukan ke sekeliling Pusat Kasih Ar-Rahim. Risau jika ada orang memasang telinga mendengar perbualannya dengan Ahmad Adam Albab.

"Haritu! Abang yang suruh Adam pujuk akak cantik!" jawab Adam geram dengan soalan polos si abang. Dia suruh kita alih-alih dia pula tidak tahu?

"Adam dah pujuk! Siap peluk!" kata Adam bersungguh-sungguh. Aahil menjegil matanya tidak percaya selepas mendengar perkataan peluk itu.

Amboi! Dia suruh pujuk saja bukan peluk. Tersimpang jauh Adam dengan arahannya.

"Itu kan rahsia kita, Adam. Adam patutnya sabar." Lembut Aahil menegur mahu mengajar Adam erti sabar.

"Tapi.. Adam tak sabar nak makan aiskrim." Wajah itu sudah kembali mendung. Sudah dua malam dia tidur bermimpikan aiskrim itu.

"Satu lagi.. abang tak suruh Adam pujuk pun. Abang kata kalau akak tu nangis panggil umi. Bukannya pujuk!" Aahil turut duduk bertinggung di hadapan Adam. Mata sengaja digarangkan semasa merenung muka Adam yang tidak bersalah.

Langkah PendosaWhere stories live. Discover now