BAB 28

567 56 4
                                        



اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Jangan lupa selit qunut nazilah untuk rakyat Palestin yang sedang berjuang🤍

"JIA LI.. you dah buat research fasal tempat untuk saluran bantuan syarikat kita hujung bulan ni?" Seorang rakan sepejabat Jia Li datang menyapa Jia Li yang ralit menyiapkan kertas kerjanya.

"Oh dah! I dah jumpa tempat tu. Cuma.. you rasa bos approve ke?" Sejujurnya ini kali pertama Jia Li ditugaskan dalam bidang ini. Sebelum ini kak Aqilah yang selalu buat kerja-kerja begini namun apakah daya, Kak Aqilah sudah berhenti kerja.

Air muka Yaya berubah risau. Bibir diketap rapat. Janganlah Jia Li buat hal pula.

"Kenapa?" tanya Yaya sedikit risau. Bercampur-baur gelora dalam hatinya tika ini. Manakan tidak, Jia Li di bawah tanggungjawabnya. Jika Jia Li melakukan kesilapan, nama dia pasti turut naik.

"Tempat yang I jumpa tu dekat Kedah. Syarikat kita tak pernah lagi kan beri bantuan dekat negeri belah utara?" Jia Li menyoal mentornya, Yaya. Yaya menggangguk laju, mengiyakan soalan perempuan muda berbangsa Cina itu.

"Jauh juga you cari. I ingat you cari area sini je." Setahunya sepanjang dia bekerja di sini, jaranglah syarikatnya untuk memberi bantuan kepada negeri yang jauh untuk mengelakkan masalah pengangkutan dan sebagainya.

"Apa nama tempat tu?" soal Yaya penuh minat. Jika diluluskan, rezeki mereka dapat melihat negeri orang. Jemu matanya memandang bangunan pencakar langit setiap hari.

Alangkah indahnya jika paginya dibentangkan dengan padi yang sedang meliang-liuk ditiup angin. Yaya memejamkan matanya membayangkan keindahan ciptaan Tuhan itu.

"Pusat Kasih Ar-Rahim."

•••

PELUH yang merintik-rintik di dahinya diseka lembut dengan tuala yang elok tergantung di lehernya. Kerjanya tidaklah begitu sukar seperti yang dia bayangkan. Sekadar menyiram pokok bunga Ustazah Asiyah dan mencabut rumput-rumput liar yang tumbuh.

Itu pun sudah diberi amaran oleh Ustazah Asiyah.

"Hang kalau tak larat jangan nak memandai wat kerja!" Penuh tegas Ustazah Asiyah memberi amaran sebelum dia keluar pagi tadi.

Kecut liur Ma'wa mendengar suara garang Ustazah Asiyah pagi tadi.

"Umi dapat tau hang buat kerja berat, siap hang. Pasnih hang rehat ja." Bahu Ma'wa sempat diusap lembut sebelum Ustazah Asiyah berlalu pergi.

"Ada apa-apa, hang panggilah Aahil atau Albab tu." Tak sempat Ma'wa menghembus nafasnya lega, Ustazah Asiyah berpaling lalu meninggalkan pesan yang terakhir.

"Okay."

"Acemekom akak cantik!" Terpaksalah Ma'wa mengecilkan sedikit matanya cuba melawan teriknya mentari hari ini. Ahmad Adam Albab bersama Al-Quran di tangannya menyapa Ma'wa.

"Waalaikumussalam." Ma'wa menjawab panjang lalu kepala dikalihkan melihat gerangan yang memberi salam itu.

"Oh, Adam." Tak bernada Ma'wa membalas. Bukan apa, dia betul-betul penat berjemur di bawah matahari yang seolah terpacak betul-betul di atas kepalanya.

Langkah PendosaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang