BAB 12

44 2 0
                                    

Zuhair tiba di KLIA sambil ditemani oleh papa dan mamanya. Pekerja yang lain pun nampaknya sudah tiba di KLIA bersama keluarga masing-masing. Sebelum bergerak ke balai pelepasan Zuhair bersalam dahulu dengan mama dan papanya untuk memohon restu. Berharap agar ada berita gembira untuk Anjakan Paradigma sebaik saja dia pulang ke Kuala Lumpur.

Apa yang diajar oleh papanya juga sudah dipraktikkan dalam kertas kerjanya yang bakal dibawa ke Jepun. Banyak benda baru yang dia belajar dalam projek mega yang bakal direbutnya nanti. Besar harapannya agar AP dapat bersama-sama menjayakan projek mega dengan syarikat terkemuka di Jepun nanti.

"Doakan Zuhair papa, mama. Moga-moga bila Zuhair balik nanti ada berita gembira untuk papa." kata Zuhair lembut.

"Papa sentiasa doakan kamu. Papa tahu Zuhair boleh banggakan papa suatu hari nanti. Papa percaya pada Zuhair." balas Datuk Zahari ikhlas. Zuhair tersenyum mengangguk.

"Terima kasih papa. Papa, mama jaga diri ya." pesan Zuhair sebelum berlalu.

"Baiklah. Zuhair pun jaga diri dekat tempat orang ya nak." pesan Datin Hasnah pula. Zuhair mengangguk lagi. Dia akan ingat pesan mama dan papanya.

"Assalamualaikum." Zuhair melambai kedua-dua orang tuanya. Rasa sebak pula bila perlu merantau jauh macam ni. Inilah kali pertama dia berjauhan beribu-ribu batu dengan mama dan papa.

Zuhair berjalan ke arah staf AP yang akan dibawa bersamanya. Lepas dia kira semua dah mencukupi mereka bergerak ke balai pelepasan pula. Perjalanan selama beberapa jam juga diharap baik-baik saja dan mereka selamat sampai di tempat yang dituju. Zuhair juga mengetuai bacaan doa sebelum mereka berlepas.

"Dah ada semua ya? Tak ada yang tinggalkan?" tanya Zubair untuk kepastian.

"Tak ada bos. Insya-Allah." balas Azri.

"Kalau macam tu, jomlah. Takut lambat pula." balas Zuhair.

Keempat-empat mereka mengekori Zuhair dari belakang. Sempat juga mereka mengutuk Zuhair sesama sendiri. Zuhair yang hanya memakai kurta, seluar slack yang hanya paras buku lali dan berkopiah pun jadi bualan hangat mereka. Zuhair yang hanya mendengar di hujung telinga hanya tersenyum sinis. Pakaian aku pun boleh jadi isu!

"Apa yang peliknya dekat saya ni Bella?" tanya Zuhair yang sudah pandang ke belakang.

"Errr...errrrr...tak ada apa bos." balas Bella tergagap-gagap. Nampaknya bosnya mendengar kutukannya tadi.

"Tak ada apa yang kamu perlu pelik. Ni salah satu pakaian sunnah. Memakai seluar atas buku lali. Biar nampak kekampungan tapi besar pahala dan ganjaran di sisiNya. Kamu nak tahu satu kisah tak?" tanya Zuhair.

Mereka teragak-agak untuk mengangguk. Tapi sebenarnya nak juga tahu apa yang bakal diceritakan oleh bos mereka.

"Dikisahkan oleh Ubaid bin Al-Muharibi ketika ditegur oleh Rasulullah untuk menaikkan pakaiannya. Apa yang nabi kata? Nabi tanya padanya apakah engkau tidak ingin meneladaniku? Aku pun memerhatikan sarung beliau ternyata sampai di pertengahan betis. Hadis riwayat At-Tirmidzi. Jadi tak ada apa yang pelikkan?" tanya Zuhair sebaik saja tazkirah ringkas pada stafnya.

"Jadi yang lelaki ni cubalah ikut sunnah nabi. Jangan ikut bab poligami je sedangkan banyak juga sunnah nabi yang lain. Yang perempuan pun boleh ikut juga. Mana tahu sebab kita amalkan sunnah nabi, nanti di sana kita dapat syafaatnya kan? Siapa yang tak nak betul tak?" tanya Zuhair. Yang lain hanya mengangguk mengiyakan.

"Betul tu bos." balas mereka serentak. Padahal mereka sendiri tak tahu nak beri reaksi macam mana. Tak pasal-pasal kena dengar tazkirah tengah-tengah lapangan terbang ni.

**************************************

Sepanjang perjalanan Zuhair begitu ralit dengan Al-Qurannya. Perkara itu juga disedari oleh stafnya. Azri yang duduk di sebelah Zuhair asyik memerhatikan bosnya tanpa berkelip mata. Dia begitu terpegun melihat Zuhair yang sedang kusyuk dengan Al-Quran. Tak cukup dengan itu malah Zuhair juga sedang mencatat sesuatu dari helaian demi helaian Al-Quran. Terdetik di hatinya untuk bertanya pada Zuhair.

CERITERA HATI ZUHAIRWhere stories live. Discover now