BAB 39

60 1 0
                                    

Zuhair memimpin tangan isterinya yang ditutup matanya. Nadia yang hanya nampak suasana gelap di hadapan hanya ikut saja langkah Zuhair ke mana-mana. Malam ni malam terakhir mereka di Langkawi ni. Lusa pula Zuhair akan menyambung kerjanya seperti biasa. Dia pun akan memulakan kerja dari rumah dalam menguruskan Mega Sakti.

"Sayang, nak bawa saya ke mana ni? Kenapa nak kena tutup mata?" keluh Nadia.

"Saya nak tolak awak dalam laut." gurau Zuhair.

Langkah Nadia terhenti. Bagaimana kalau suaminya betul-betul tolak dia ke dalam laut malam-malam macam ni? Bila dengar saja ketawa Zuhair Nadia berasa geram. Dia tarik tangan Zuhair kerana tak nak teruskan perjalanan.

"Jomlah." ajak Zuhair lembut. Nadia masih membatu.

"Tak naklah. Nanti awak tolak saya ke laut." kata Nadia. Mulutnya dimuncungkan.

"Puan CEO ni nama je CEO. Tapi lurus tak dibuat-buat ya? Takkan saya nak tolak awak ke laut." sindir Zuhair.

"Awak ni bukan boleh percaya. Dahlah duk tutup muka orang macam nak kena hukuman gantung je. Agak-agaklah sayang!" bentak Nadia.

"Sebab awak ni dah buat jenayah besar."

"Jenayah apa pula? Saya buat apa?"

"Sebab awak curi hati saya. Awak ganggu saya dalam mimpi. Macam-macam awak buat saya angau dekat awak! Faham ke Nurul Nadia?" balas Zuhair serius.

Nadia tersipu-sipu malu. Zuhair terus menarik tangannya. Nadia duduk bila disuruh duduk.

"Jangan buka selagi awak tak dengar suara saya." balas Zuhair.

Nadia patuh. Dia menanti penuh sabar. Entah apalah yang Zuhair nak buat malam ni. Zuhair mengambil gitar yang sudah sedia di tepinya. Nadia terdengar petikan gitar yang perlahan. Tapi suara Zuhair tak pula kedengaran. Terpaksalah dia memakai lagi penutup muka tu.

Ditetapkan hari ini kau ku miliki
Digenggam erat tangan jangan kau lepasi
Dan tiba masanya untuk kita
Melangkah bersama-sama

Nadia terus membuka topengnya. Dia melihat Zuhair yang sedang duduk di hadapannya sambil memetik gitar sambil mengalunkan lagu dengan penuh romantis. Sekali lagi Zuhair membuat isterinya jatuh cinta.

Di hari ini kau ku cintai
Moga kan selamanya abadi sejati
Di hari ini aku lelaki
Di samping wanita yang ku gelar isteri

Ditatap erat wajah jangan kau tangisi
Dan tiba masanya untuk kita
Melangkah bersama-sama

Di hari ini kau ku cintai
Moga kan selamanya abadi sejati
Di hari ini aku lelaki
Di samping wanita yang ku gelar isteri

Hingga ke hari ini selamanya
Biar sampai ke hujung usia

Di hari ini kau ku cintai
Moga kan selamanya abadi sejati
Di hari ini aku lelaki
Di samping wanita yang ku gelar isteri

Kan ku gelar isteri
Janji ku pada mu
Hari ini kau milik ku

Nadia akhirnya tak dapat menahan rasa sebaknya. Zuhair pula menghadiahkan senyuman yang paling manis buat isterinya yang tercinta. Zuhair menyeka airmata isterinya dengan penuh kasih. Lepas tu dia mengusap lembut kepala Nadia. Zuhair kelihatan sungguh romantik pada malam ini. Dengan baju t-shirt putih yang disertai dengan baju bunga-bunga di luarnya. Malam ni penampilan suaminya tak nampak langsung sebagai seorang ustaz.

"Janganlah nangis. Awak ni saya baru je nak romantik-romantik tapi awak nangis pula. Hilanglah cantik awak nanti." pandangan Zuhair padanya ketika ini membuatkan Nadia terasa malu.

CERITERA HATI ZUHAIRWhere stories live. Discover now