BAB 48

66 1 0
                                    

Zuhair mengurut-ngurut kepalanya sejak tadi. Pelajarnya pun dia tak dapat fokus. Berkali-kali jugalah Zuhair ulang-alik ke tandas kerana rasa mual. Bila pelajarnya tanya Zuhair enggan menjawab. Dia cuma kata yang dirinya okay saja.

"Okay, next cepat." kata Zuhair.

Bila datang saja Arif ke depan, Zuhair bangun lagi. Dia berlari ke tandas buat kali kelima berturut-turut. Semua pelajar 4 Naim mula memandang pelik ke arah Zuhair. Tak sampai lima minit, Zuhair masuk ke kelasnya semula. Kali ni serban dan kopiahnya semua ditanggalkan. Dia meletakkan minyak angin di keseluruhan kepala dan lehernya.

"Ustaz demam ke?" tanya Daniel prihatin.

"Tak, saya okay je." balas Zuhair ringkas. Kepalanya ditundukkan untuk menahan rasa mual yang kembali menyerang lehernya.

"Kamu baca la cepat Arif. Yang lain dah settle tu marilah tolong urutkan saya jap." Zuhair rasa tak tahan lagi. Akhirnya dia meminta tolong juga dari pelajarnya.

Laju je Daniel menawarkan dirinya. Daniel terus mengambil minyak angin lalu dituangkan sedikit ke kepala Zuhair. Kepala ustaznya diurut lembut. Zuhair rasa sedikit lega. Seterusnya tangan Daniel mengurut ke arah leher Zuhair pula. Bila terasa kepala dan lehernya yang berangin, Zuhair rasa okay sedikit berbanding tadi.

"Sedap kamu urut ni. Rasa lega kejap saya. Terima kasih Daniel." kata Zuhair.

"Ustaz okay ke? Hari tu seminggu ustaz tak datang. Ingatkan dah sembuh. Tapi tak sembuh lagi ya? Ustaz tak pergi klinik ke?" tanya Daniel prihatin.

"Tak pun. Ni nanti okay sendirilah tu." balas Zuhair.

"Semua dah kan?" tanya Zuhair. Semua pelajar 4 Naim mengangguk.

"So, Badri, satu juzuk je lagi tak settlekan? So, saya cadangkan awak untuk habiskan esok juga. Sebab juzuk 30 tu surah-surah lazim je. Saya tahu dah tentu awak dah hafal semua. Kalau dah selesai semuanya nanti awak ulang balik semua tanpa salah sekurang-kurangnya dua kali. Kalau tak yakin boleh tiga kali. Terpulang pada kemahiran awaklah. Lepas tu baru saya boleh lepaskan awak keluar. Kalau awak rasa nak ke bidang akademik pula ikutlah ya. Lepas tu kalau awak nak syahadah, ulang lagi dan lagi. Tu je la." jelas Zuhair.

"Syahadah tak wajib ke ustaz?" tanya Daniel tiba-tiba.

"Tak. Tak semua orang mampu nak buat syahadah tu Daniel. Kalau mental awak kuat boleh proceed lepas awak dah ulang hafazan tu berkali-kali. Untuk Badri, dia boleh fikir dah dia nak buat apa lepas ni." balas Zuhair.

"Begitu ya ustaz? Macam panjang lagi perjalanan kami ni." jawab Daniel.

"Awak juzuk 21 dah kan? Susah apanya, teruskan je la macam biasa." balas Zuhair selamba.

"Awak ada dua cabang lepas ni, bidang akademik ataupun teruskan dengan belajar agama yang lebih mendalam. Terpulanglah pada awak semua." kata Zuhair.

"Kalau ustaz, ustaz cadang yang mana?" tanya Badri.

"Saya tak mahu cadangkan mana-mana. Terpulang pada awak. Kalau akademik, awak boleh buat calon persendirian macam saya dulu untuk SPM. Kalau tak nak SPM, belajarlah kelas agama tu pula. Begitu je la." jelas Zuhair.

Badri terfikir. Masa cuti sekolah tiga minggu lepas dia sudah berbincang dengan ibu ayahnya tentang hal ini. Namun ibu dan ayahnya tidak memaksa tentang hala tujunya lepas ini. Sebab itulah Badri mahu tanya pendapat ustaz Zuhair sendiri.

"Ustaz, saya nak teruskan dengan syahadah je la nanti. Dan saya tak berminat nak sambung akademik. Senang cerita untuk ambil SPM. Jadi pendapat ustaz apa?" tanya Badri semula.

"Awak boleh sambung kelas alim lebih kurang empat tahun. Adalah peluang nak sambung belajar di negara timur tengah tu. Kalau ambil SPM, awak boleh sambung STPM atau STAM, lepas tu sambung degree, master or PHD. Banyaklah cabangnya. Fikir baik-baiklah. Tanya pendapat mak ayah awak. Tapi tadi awak kata nak buat syahadah kan? Okay kasi settle tu dulu. Nanti dah habis semua saya cuba cari jalan untuk awak." jelas Zuhair panjang lebar.

CERITERA HATI ZUHAIRWhere stories live. Discover now