BAB 40

82 1 0
                                    

Awal-awal pagi lagi Nadia sudah memulakan tugasnya sebagai seorang isteri. Dia membuat sarapan, menggosok baju suaminya, mengemas rumah dan macam-macam lagi. Zuhair macam biasalah, pagi-pagi lagi dia dah berkurung dalam bilik untuk mengulang hafazannya.

Tak lama kemudian Zuhair mencari isterinya di sekitar rumah. Dia nampak Nadia sedang membuat air di dapur. Zuhair terus mendekati isterinya lalu dipeluk dari belakang. Dagunya disangkut pada bahu Nadia.

"Awalnya sayang bangun. Awak macam mana hari ni? Sakit lagi?" tanya Zuhair. Dia agak risaukan keadaan isterinya semalam semasa Nadia mengerang kesakitan senggugutnya.

"Kurang dah lepas telan Panadol Menstrual semalam. Terima kasih sayang. Gigih awak keluar malam-malam cari ubat untuk saya." ucap Nadia.

"Anything for you dear." balas Zuhair. Pipi isterinya dicium.

"Baju awak saya dah siapkan tu. Ada gantung belakang pintu bilik." kata Nadia.

Zuhair terus melepaskan isterinya. Dia mahu bersiap-siap untuk ke Maahad. Hari ini dia akan mula bekerja balik setelah bercuti selama satu minggu. Rasa rindu pula pada pelajar-pelajarnya. Entah apa khabar mereka ketika ini.

Zuhair masuk ke bilik. Dia mengambil jubah yang telahpun digosok oleh isterinya. Sekarang bila nak pergi kerja semuanya isteri yang siapkan. Masa dia bujang dulu semua benda kena buat sendiri. Dia bersyukur sangat kerana dikurniakan isteri yang begitu rajin seperti Nadia.

Dia ke dapur pula untuk menjamu selera. Bila terbaukan masakan mihun goreng isterinya, perutnya terus terasa lapar. Lepas memakai jubahnya Zuhair terus terpacak di meja makan.

"Eh awak tak siap lagi ke?" tanya Nadia.

"Dah siap dah ni." balas Zuhair.

"Kopiah awak tak pakai lagi tu. Nanti karang lupa." balas Nadia.

"Takpa. Karang saya ambil ya. Awak duduk sini makan sekali." pelawa Zuhair.

Nadia mengambil tempat duduk di sebelah Zuhair. Dia membantu suaminya mencedok mihun ke dalam piring. Dia melihat suaminya makan dengan begitu berselera sekali. Seronok pula dia tengok suaminya makan.

"Sayang, saya dah contact penjual kambing tu. Nanti Sabtu pagi dia hantar. Jadi awak sembelihkan ya? Insya-Allah Ahad saya nak masakkan budak-budak tu beriyani kambing." ujar Nadia.

"Saya dah lama tak sembelih ni sayang. Rasa takut pula tiba-tiba." kata Zuhair sambil tergelak.

"Takut apa? Mengada la awak ni. Sambil-sambil tu awak bolehlah ajar pelajar-pelajar awak tu cara sembelihan. Kan nak sembelih haiwan ni ada cara-caranya. Bukan main buat gitu je. Terseksa haiwan tu nanti." kata Nadia. Sekali lagi Zuhair berasa kagum dengan isterinya.

"Awak tahu ya bab-bab sembelihan ni. Bagus. Bagus."

"Awak Ingat saya bodoh sangat ke sayang? Benda ni dah belajar kot masa dekat sekolah dulu." kata Nadia.

"Bahan-bahan nak masak ada dah?" tanya Zuhair.

"Mana ada. Nanti kita pergi belilah ya." balas Nadia. Zuhair mengangguk.

Lagi lima minit jam hendak menunjukkan pukul 8 pagi. Kelas setiap hari memang akan bermula 8 pagi. Zuhair dah merasakan dirinya lambat. Dia terus keluar dari rumahnya dengan tergesa-gesa.

"Sayang, awak lupa eh?" jerit Nadia dari dalam rumah.

"Apa sayang?"

"Kopiah awak ni la."

Zuhair masuk ke dalam rumah kembali. Nadia memakaikan kopiah di kepala suaminya. Bila nampak kemas tangan suaminya terus dicapai untuk bersalam. Zuhair tersenyum. Dia bagai lupa dia ada isteri sekarang. Zuhair mencium dahi isterinya sebelum keluar rumah.

CERITERA HATI ZUHAIRWhere stories live. Discover now