BAB 9

41 3 0
                                    

Dah sebulan berlalu begitu saja. Pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Darul Taqwa tetap meneruskan pelajaran mereka seperti biasa. Ada yang prestasinya meningkat, ada yang mendatar dan ada juga yang menurun. Pelajar-pelajar kelas 4 Naim dah mula rindukan mudir mereka yang sudah lama tidak berkunjung ke Maahad itu.

Ustaz Zuhair kata akan datang ke Maahad pada setiap hari Jumaat hingga Ahad. Namun sampai sekarang bayang-bayangnya langsung tak nampak. Lagi parah semangat mereka juga hilang kerana sudah lama tidak bersua muka dengan Zuhair.

Jam sudah pun menginjak pada jam 10 malam. Ada yang masih menghafal malah ada yang sudah beradu ke alam mimpi. Daniel dan kawan-kawannya masih lagi fokus menyelesaikan tugasan mereka. Tiba-Daniel teringatkan sesuatu.

"Geng, korang tak rindu Ustaz Zuhair ke?" Daniel bersuara tiba-tiba. Semua mata terpandang ke arahnya.

"Rindu tu rindu jugalah. Tapi apa yang kita boleh buat? Ustaz pun tak datang sini." balas Hadif pula.

"Sebab tu lah aku tanya." Daniel bangun untuk mengambil sesuatu dalam almari bajunya.

Daniel memandang ke arah sekeliling untuk memastikan tiada warden yang lalu. Setelah memastikan langkahnya selamat, dia mengeluarkan telefon bimbit miliknya senyap-senyap.

"Geng, ni!" selamba Daniel menunjukkan telefon bimbit pada rakan sebiliknya.

"Weh, seriuslah?" melopong Hadif melihatnya.

"Wei, berani gila kau seludup telefon ni dalam dorm. Kalau kantoi naya je." bisik Badri pula.

"Takkan kantoilah kalau tak ada yang bagitahu. Aku sorok baik punya." balas Daniel bangga diri.

"Ni kau nak buat apa ni?" tanya Salman.

"Apa lagi, call Ustaz Zuhair la." balas Daniel.

"Kau gila ke? Kalau dia tahu kau bawa telefon ni sah-sah dia akan report dekat warden weh!" Hadif cuba menghalang.

"Kita cuba je la. Kau orang juga kata rindu dia kan? Apa salahnya? Kau jangan risaulah." balas Daniel. Dia terus mendail nombor Ustaz Zuhair yang selama ini disimpan rapi.

*************************************

Zuhair yang sedang fokus dengan kerjanya di dalam bilik terdengar telefonnya berbunyi. Dia menekan punat hijau di skrin telefonnya. Ada video call yang sedang masuk. Sebaik saja dia menekan punat hijau skrin telefonnya dia terkejut apabila ternampak wajah adik-adik yang sekian lama dirinduinya.

"Assalamualaikum ustaz!!" sapa mereka dahulu.

"Waalaikumussalam. Hei tak tidur lagi ke? Dah 10:30 ni." balas Zuhair semula.

"Ustaz bila nak balik sini? Kami rindulah." tegur Daniel pula.

"Saya sibuk sikit ni. Tak ada masa nak ke sana. Nanti kalau ada kelapangan saya datang ya." balas Zuhair. Rasa sebak yang menerjah dirinya cuba ditahan. Tak mahu airmatanya tumpah di depan adik-adiknya.

"Kau orang berenam je ke? Yang lain mana?"

"Yang lain dah tidur dah."

"Habis tu korang tak tidur lagi kenapa?"

"Kami sibuk menghafal la ustaz. Tiba-tiba kami rasa rindu dekat ustaz tu yang kami call tu." jawab Daniel.

"Hafal apa lewat malam macam ni? Berhenti dulu. Jangan paksa diri. Masa-masa macam ni bukan masa yang sesuai untuk menghafal. Kamu tak ingat ke bila saya kata waktu afdal menghafal ni?" tanya Zuhair.

"Ingat ustaz. Saja je nak hafal malam-malam ni." jawab Hadif pula.

"Ni telefon siapa ni? Siapa pandai-pandai bawa telefon ke Maahad ni?" tanya Zuhair serius.

CERITERA HATI ZUHAIRWhere stories live. Discover now