BAB 26

50 0 0
                                    

"Lepas ni jumpa saya di office ya." pinta Zuhair pada Nadia.

Nadia hanya mengangguk. Dia masih sibuk membantu Mak Yati membersihkan kantin. Selepas siap-siap saja kerjanya, Nadia terus ke biliknya untuk membersihkan diri. Lagipun dari pagi lagi dah bersilat di dapur sudah pastilah badannya pun rasa melekit bagai. Nanti risau Zuhair tak selesa pula.

Dia tahu tujuan Zuhair memanggilnya ke pejabat. Mesti nak bincangkan pasal kemajuan yang dia mahu buat untuk Maahad ni. Jauh di sudut hatinya dia berharap sangat agar Zuhair terima ideanya sebagai tanda minta maafnya. Lagipun niatnya baik. Bukan ada apa-apa pun. Kalau untuk keselesaan pelajar di sini rasanya tak ada masalah kot.

"Sabil jom teman ana. Ana ada sesuatu yang nak dibincangkan dengan Nadia. Kalau berdua tak elok pula. Lebih baik enta ada sekali." pinta Zuhair.

"Bila tu?" tanya ustaz Sabil yang masih sibuk dengan pelajarnya.

"Kalau boleh sekaranglah. Ana tak mahu tangguh." balas Zuhair pula.

Ustaz Sabil sudah mengemas barang-barangnya untuk keluar dari kelas. Walaupun masanya belum tamat tapi terpaksalah keluar juga atas arahan Zuhair sendiri.

"Teruskan menghafal ya. Nanti ada masa lagi kita sambung. Kalau tidak kita sambung esok saja. Jangan buang masa dengan perkara yang sia-sia." pesan ustaz Sabil pada pelajarnya sebelum keluar dari situ.

"Baik ustaz!" jawab mereka serentak.

Laju saja langkah ustaz Sabil mengejar Zuhair yang sudah berjalan jauh ke depan.

**************************************

"Jadi boleh awak jelaskan balik apa tujuan awak ke sini Nadia?" arah Zuhair.

Ustaz Sabil hanya menjadi pemerhati saja. Lagaknya dah macam inspektor polis menyoal siasat penjenayah dah. Padahal mereka nak berbincang je pun. Bila lihat muka Zuhair yang betul-betul serius, matanya dilirikkan pula ke arah Nadia. Nadia sudah mula mengeluarkan beberapa dokumen dari failnya.

"So, ni adalah penyata kewangan yang yayasan kami sediakan khas untuk Maahad ni. Jadi ni sebagai dana untuk kita bangunkan lagi Maahad ni." balas Nadia dengan penuh keyakinan.

"RM250 000. Banyak ni. Sebenarnya bukan apa, kami rasa dah tak ada apa-apa yang perlu dibangunkan di sini. Jadi awak simpan je la duit tu. Beri pada Maahad tahfiz lain yang masih memerlukan." Zuhair menolak perlahan penyata kewangan tadi. Dia takkan terima sesen pun bantuan dari yayasan Mega Sakti. Lagipun yayasan AP sendiri masih menyalurkan bantuan mereka ke sini.

Nadia menolak balik penyata itu pada Zuhair. Lagipun bantuan ni memang khas untuk Maahad Tahfiz Darul Taqwa ni. Untuk Maahad Tahfiz lain mereka dah sediakan bantuan yang lain. Jadi tak ada sebab untuk Zuhair menolak pemberiannya.

"Ni memang untuk Maahad ni. Pusat tahfiz lain kami beri yang lain pula. Kalau ustaz risau tentang hubungan Maahad ni dengan AP, rasanya tak perlu kot. Sebab saya dah selesaikan semuanya dengan Datuk Zahari CEO di situ. Dia dah bersetuju pun dan tak ada masalah." jelas Nadia. Dia nampak Zuhair masih termenung memikirkan sesuatu.

"Bukan kami tak nak terima. Tapi banyak sangat ni. Kurangkan sikit sudahlah." balas Zuhair yang masih enggan.

Nadia menggeleng. Tetap tak boleh dikurangkan. Sebab kalau dikurangkan banyak proses lain yang perlu dia uruskan. Kan dah membuang masa dia di situ. Takkan Zuhair tak faham lagi sedangkan yayasan AP sendiri pun ada memberi bantuan pada tahfiz lain?

"Okay sekarang beritahu saya apa yang awak nak buat di sini dengan duit banyak tu? Kalau saya setuju saya boleh terima. Kalau tidak, saya minta maaf saya terpaksa tolak." ujar Zuhair.

CERITERA HATI ZUHAIRWhere stories live. Discover now