BAB 28

66 1 0
                                    

Pelajar-pelajar 4 Naim Maahad Tahfiz Darul Taqwa agak pelik pada hari ini. Mereka diminta untuk kemaskan dewan terbuka. Kerusi juga perlu disusun elok-elok. Siap ada meja lagi untuk barisan paling hadapan. Ustaz Sabillah yang membantu mereka menguruskan semua ini. Mereka masih tak tahu lagi apa program pada malam nanti. Biasanya kalau ada ceramah agama bagai mereka dah diberitahu awal-awal. Tapi sekarang memang mereka tak diberitahu apa-apa.

"Ustaz kita ada apa sebenarnya malam ni? Kenapa kelas kami yang kena kemaskan dewan ni pula?" tanya Daniel.

"Buat je la. Ni pun atas arahan ustaz Zuhair juga." balas ustaz Sabil.

"Ye la. Tapi program apa? Mana ustaz Zuhair? Hari ni kami tak nampak dia langsung." tanya Badri pula.

"Dia ada kerja sikit." rasa penat pula ustaz Sabil nak melayan soalan pelajar Zuhair ni.

Mereka memandang di atas pentas. Sudah disiapkan dengan sebuah kerusi dan meja yang dihiasi bunga-bunga lagi sekelilingnya. Mereka semakin tertanya-tanya. Namun bila tanya ustaz Sabil, dia tak mahu jawab pula. Apa yang dibalasnya, disuruh tunggu saja malam ini.

"Ada pelajar nak bersyahadah ke ustaz? Kenapa buat malam? Biasakan siang?" tanya Daniel lagi.

Setahu Daniel ada dua orang pelajar sini akan bersyahadah. Tapi tidaklah dalam masa terdekat. Rasanya berbulan juga nanti. Tapi kerusi dan meja atas pentas tu untuk siapa? Ustaz Sabil pula sibuk menguruskan sound system di tepi dewan.

"Tengok je lah nanti. Kamu semua mesti terkejut nanti. Ustaz Zuhair kata ni surprise untuk kamu semualah." balas ustaz Sabil.

"Lain macam ustaz ni. Kalau ditebuknya hafazan kita depan orang ramai mau gelabah kita guys! Ustaz Zuhair ni memang suka buat kejutan bukan-bukan." balas Daniel. Yang lain sudah melopong.

"Betul ke ustaz? Jangan macam-macam ustaz! Hafazan kami pun tersangkut-sangkut lagi. Karang tak dapat ingat tak pasal-pasal ustaz Zuhair tu rotan kami depan orang ramai. Malulah nanti!" balas Badri pula.

"Betul la tu! Sebab ustaz Zuhair selalu cakap kamu ni bermasalah. Memang dia nak kamu tasmik bacaan kamu depan ustaz dari luar." ustaz Sabil sengaja hendak mengenakan mereka.

"Seriuslah ustaz? Mati kita guys!" sampuk pelajar 4 Naim yang lain. Ustaz Sabil tergelak. Takut betul kalau si Zuhair tu buat macam tu.

"Saya tipu je la. Tunggu je la malam nanti. Jangan banyak tanya dah. Nanti kerja tak jalan." kata ustaz Sabil serius.

"Laaaa! Ustaz ni bikin suspen je!"

Mereka semua fokus pada kerja masing-masing seperti yang diarahkan pada awal-awal tadi. Lagipun saat inilah mereka tunggu pun. Bila ada kerja macam ni mereka bebas sikit dari menghafal Al-Quran. Kalau tidak setiap saat dan waktu mereka dengan Al-Quran.

*************************************

"Semoga berjaya Zuhair. Ana doakan yang terbaik untuk enta." ucap ustaz Sabil.

"Terima kasih Sabil. Rasa nervous pula tiba-tiba." balas Zuhair. Hatinya mula berdebar-debar. Majlis malam ini agak penting padanya.

"Normal la tu. Ana harap ingatan ana kuat pada malam ni. Moga Allah permudahkan segalanya." ustaz Sabil terus memeluk Zuhair.

Guru-guru lain pun sudah datang menghampiri Zuhair untuk mengucapkan semoga berjaya. Mereka pun baru tahu selama majlis hari ini adalah majlis sempena perkahwinan mudir mereka yang bakal berlangsung tak lama lagi.

"Semoga berjaya ustaz Zuhair." ucap ustaz Ahmad yang merupakan ustaz paling senior di situ.

"Terima kasih ustaz. Doakan saya ya."

CERITERA HATI ZUHAIRWhere stories live. Discover now