BAB 24

57 0 0
                                    

Nadia bangun awal-awal lagi. Dia memang disuruh untuk tidur di dalam pondok tetamu. Tapi dia tak kisah pun tidur di mana-mana. Asalkan dia rasa dekat dengan Zuhair.

Semasa solat Subuh berjemaah, hampir menitis airmatanya mendengar bacaan Al-Quran yang sungguh merdu dari ustaz Zuhair. Dia rasa tenang berada di Maahad ini. Telinganya sentiasa disajikan dengan bacaan ayat-ayat Al-Quran setiap masa walau di mana. Dia sedar hidupnya selama ini penuh dengan maksiat dan melupakan Allah. Nadia berasa betapa besarnya dosa yang dia perlu tanggung.

Selepas itu Nadia cepat-cepat ke kantin Maahad. Dia melihat ada beberapa orang mak cik kantin yang sudah bersiap-siap bahan untuk memasak sarapan pagi kepada seluruh pelajar. Jadi dia ingat mak bantulah. Mana tahu dia berpeluang untuk menunjukkan bakat memasaknya pada pagi ini.

"Assalamualaikum mak cik. Awal ya datang. Baru jam 6:30 pagi." sapa Nadia ramah.

"Waalaikumussalam. Eh, kamu bukan tetamu ke? Mak cik tak masak lagi. Kamu lapar ya?" tanya mak cik kantin yang lebih dikenali sebagai Mak Yati.

Nadia tersenyum seraya menggeleng. Dia terus mendekati Mak Yati dan menyatakan hasratnya masuk ke kantin pada pagi ini. Mak Yati terkejut dengan permintaan Nadia.

"Kamu serius ke? Kamu pandai ke masak?" tanya Mak Yati lagi.

"Mak Yati ingat saya tak pandai masak ke? Bagi saya masak boleh? Lepas tu Mak Yati orang pertama yang rasa. Nak?" Nadia sudah menjongketkan keningnya.

"Boleh ke Mak Yati? Mak Yati macam tak yakin je dengan saya? Niat saya baiklah Mak Yati." rayu Nadia. Dia teringin sangat nak ustaz Zuhair rasa masakannya.

Mak Yati berfikir sejenak. Bila lihat cara Nadia memotong bawang, dia yakin wanita muda ini boleh memasak. Jadi dia izinkan je la. Senang kerjanya pagi ni bila ada orang yang menolongnya. Biasanya dia sorang je la yang uruskan makanan untuk pelajar Maahad ni.

"Kalau tengok bahan-bahan ni kan Mak Yati, Mak Yati nak masak Nasi Lemak kan" teka Nadia yakin.

Laju Mak Yati mengangguk. Pandai Nadia teka berdasarkan bahan-bahan yang sudah disediakan di atas meja.

"Kalau macam tu, Mak Yati rehat je. Biar saya masak. Masakan tengah hari nanti pun saya tolong masakkan ya." kata Nadia.

"Tak menyusahkan kamu ke?" balas Mak Yati. Dia risau akan menyusahkan Nadia pula.

"Saya duduk sini pun bukannya ada buat apa Mak Yati. Duduk dalam bilik je bosan juga. Jadi bila saya dapat tolong Mak Yati ni tak adalah saya buang masakan?"

"Habis tu kamu datang sini buat apa?"

"Adalah kerja saya Mak Yati." balas Nadia.

Tangannya ligat memasukkan bahan-bahan ke dalam kuali. Macam cef profesional dah gayanya. Mak Yati kagum dengan kebolehan Nadia yang beraksi di dapur. Memang nampak dia seorang yang rajin masuk dapur. Tak kekok langsung.

"Ada bau tak Mak Yati? Sedapkan?" tanya Nadia teruja. Aroma bau sambal bilisnya memang boleh memikat hati.

"Sedapnya bau Nadia. Lain dari yang lain baunya." puji Mak Yati.

"Kan? Nanti Mak Yati rasalah eh lepas nasi tu masak. Rasanya sambal dah nak masak ni." kata Nadia.

"Biasa diorang makan telur rebus ke telur mata Mak Yati?" tanya Nadia. Lepas ni cadangnya dia nak masak telur pula.

"Biasa Mak Yati buatkan telur rebus je."

"Kalau macam tu saya gorengkan telur mata la ya. Sesekali selera mereka kena ubah juga."

"Diorang dekat sini bukan selalu makan nasi lemak Nadia. Kat sini menu bertukar-tukar." terang Mak Yati.

"Ooo. Dekat sini ada berapa orang pelajar Mak Yati? Senang saya nak anggarkan telur tu."

CERITERA HATI ZUHAIRWhere stories live. Discover now