EPILOG

163 3 0
                                    

Zuhair duduk di tepi bersama isterinya. Mereka menikmati hari-hari yang indah bersama. Dia teringat dulu, lepas saja selesai majlis persandingannya, dia terus membawa Nadia datang ke sini. Kali ni setelah dua tahun usia perkahwinan mereka, Zuhair datang lagi ke tempat yang sama dengan isteri dan anaknya.

"Tak pernah abang bayangkan hidup abang sekarang ni Allah takdirkan begini. Dengan kehadiran Nadia dan juga Alif. Abang rasa lengkap sayang." ujar Zuhair.

"Nadia pun tak sangka bang. Dipertemukan dengan abang membuatkan Nadia berubah sampai macam ni. Nadia tak pernah terfikir pun akan dapat semua ni. Tak pernah terjangkau dek akal." kata Nadia pula.

Zuhair dan Nadia memandang anaknya yang sedang tidur. Alif Izzuddin dah semakin membesar. Dah boleh jalan dah pun. Kadang-kadang letih juga mereka nak mengejarnya. Asal lepas ke tanah , Alif lari saja ke mana dia nak pergi. Zuhair mengusap rambut anaknya. Dipandang wajah Alif dengan penuh kasih.

Anjakan Paradigma. Satu syarikat yang berjaya memporak-perandakan hidup Zuhair satu ketika dulu. Di sini juga menjadi tempat pertemuan semulanya bersama Nadia. Kini Anjakan Paradigma berjaya digahkan semula hasil usaha oleh sepupunya Shariq. Projek di Jepun pun dikhabarkan akan siap sepenuhnya dalam masa setahun lagi. Shariq ada juga mengajak dia ke sana, tapi Zuhair memilih untuk tidak ke sana. Dia lebih suka ada disamping isteri dan anaknya.

Hubungan Zuhair dan papanya juga sudah pulih sepenuhnya. Dia tidak lagi dipaksa kembali ke AP setelah papanya melihat sendiri kesusahan dan kepayahan Shariq mengusahakan syarikat itu. Zuhair kini lebih tenang meneruskan tugasnya di Maahad Tahfiz Darul Taqwa. Hasil kerjasama dengan AP dan juga Mega Sakti, dua buah cawangan lain akan dibuka di dua buah negeri lain iaitu Terengganu dan juga Johor. Zuhair sangat berterima kasih kepada Shariq dan juga isterinya sendiri yang telah merealisasikan impiannya itu sejak sekian lama.

Berbalik pula cerita pada Salman, adik iparnya. Salman lebih memilih untuk melanjutkan pelajarannya di kelas alim. Walaupun daddynya lebih mencadangkan dia mengambil bidang akademik, dia menolak secara baik. Bagi Salman, itu bukan lagi jiwanya. Dia tahu itu adalah persediaan untuk dia mengambil alih Mega Sakti suatu hari nanti. Namun dia tahu dia takkan layak untuk mengambil tempat yang pernah diduduki oleh kakaknya sebelum ini. Salman bersyukur niat hatinya diterima oleh daddy. Nadia menyokong penuh keputusan yang dibuat oleh Salman. Salman berhak menentukan hala tuju hidupnya sendiri selepas ini.

"Abang termenung apa tu?" tanya Nadia.

"Abang teringatkan Salman." balasnya.

"Kenapa?" Nadia mengerutkan dahinya.

"Walaupun dah setahun dia kembali ke pangkuan keluarga kandung dia, dan saya abang iparnya, dia tetap panggil saya ustaz sampai ke sudah. Berkali-kali saya suruh dia panggil abang. Tak mahu sungguh dia." Zuhair tergelak.

"Dia memang macam tu kot bang. Hadirnya dia kembali, bertambah meriah keluarga kita. MasyaAllah." balas Nadia.

"Alhamdulillah. Cantik aturan Allah." kata Zuhair.

"Tengok Alif. Agak-agak dia ikut muka siapa?" tanya Nadia pula.

Zuhair memandang ke arah anaknya semula. Zuhair pun tak tahulah muka siapa yang Alif ikut. Kalau dikatanya ikut muka dia nanti merajuk pula isterinya. Akhir sekali Zuhair menggeleng tanda tak tahu.

"Tak kisah pun dia ikut muka siapa. Jangan ikut muka jiran sebelah sudahlah." Zuhair tergelak.

"Mengada ya abang!" Nadia terus mengetuk topi yang dipakai oleh suaminya.

"Kenapa abang bawa saya datang sini? Kan kita dah datang sini masa baru-baru kahwin dulu." tanya Nadia.

"Saja. Abang suka tempat ni. Nak jalan-jalan, Alif tidur pula. Jadi kita sembang kosong je la." balas Zuhair.

CERITERA HATI ZUHAIRWhere stories live. Discover now