BAB 17

47 1 0
                                    

Hari ni hari terakhir mereka di bumi Jepun. Malam ni mereka akan pulang ke Malaysia. Zuhair pula tak sabar nak pulang ke tanah kelahirannya. Rindu semua. Rindu mama dan papanya, rindu Haura yang akan balik hari ini, rindu Maahad dan mungkin rindukan Anjakan Paradigma pula? Zuhair pun tak dapat pastikan perasannya ketika ini.

Mereka berjalan-jalan di sekitar kota Nigiita. Indah. Dia berjalan bersama Azri. Yusuf pula hanya berehat di hotel. Mujur dia bangun pagi ini keadaannya bertambah baik. Panas badannya pun mula berkurang. Jadi Zuhair hanya pinta dia berehat di bilik saja. Cuaca di luar pun agak sejuk. Tak mahulah demam Yusuf datang menyerang balik.

Zuhair dan Azri duduk di kerusi yang memang disediakan di kawasan permainan luncur ais. Ramai orang yang sedang menunggu peluang mereka untuk menyertai aktiviti itu. Dia lihat ramai pelancong yang hadir ke situ. Dari Eropah pun ada berdasarkan kulit muka mereka. Zuhair pula tak berminat nak main permainan itu. Begitu juga dengan Azri. Jadi mereka hanya menjadi pemerhati dari jauh untuk Bella dan Ain saja.

"Tengoklah budak berdua tu, seronok betul dapat ke sini. Macam budak-budak." sempat Zuhair mengutuk staf perempuannya itu.

Azri tergelak. Itulah. Macam budak-budak. Dari semalam lagi rancak main luncur ais tu. Tapi hari ini diorang nak main lagi. Jadi Zuhair hanya biarkan sajalah memandangkan mereka akan masuk kerja seperti biasa pada hari Isnin ini.

"Bos bila nak sambung cerita pasal diri bos tu?" tanya Azri setelah lama mereka berdua mendiamkan diri.

"Nak tahu juga ke? Kisah hidup saya tak menarik pun Azri. Lebih banyak suka dari duka." ujar Zuhair. Kalau ikutkan dia malas nak cerita. Tapi Azri yang beria-ia hendak tahu, dia cerita jugalah.

"Mestilah nak bos." balas Azri.

"Begini, tawaran papa saya untuk ambil alih AP tu dah lama dah. Boleh katakan dia ambil masa bertahun untuk pujuk saya ke AP." Zuhair memulakan ceritanya.

"Lama tu." balas Azri ringkas.

"Lamakan? Tapi tu lah kehendak orang tua kita tak boleh nak tolak. Lama juga saya ambil keputusan untuk ke AP. Sebab jiwa saya dah sebati dengan Maahad Tahfiz tu." ujar Zuhair pula.

"Lepas tu?" Azri semakin berminat hendak tahu.

"Setiap malam saya bangun tengah malam buat istikharah. Saya tak sukakan dunia perniagaan. Saya sukakan bidang lain. Sebenarnya Azri, saya mula jatuh cinta dengan bidang agama ni sejak dibangku sekolah rendah lagi. Saya minta papa saya masukkan saya ke sekolah pondok. Saya tak nak sekolah tempat lain. Segala tawaran MRSM, SBP saya tolak mentah-mentah. Tapi bila saya memberontak akhirnya papa saya setuju untuk hantar saya ke sekolah pondok tu. Saya suka hidup bersederhana. Saya tak suka hidup dalam kemewahan. Saya tak suka dianggap anak orang kaya. Saya jijik dengan perkataan tu. Saya pun tak tahu kenapa. Tapi itulah diri saya yang sebenarnya.

Bila saya dah berjaya masuk sekolah pondok tu, saya perlu habiskan hafazan Al-Quran saya sesingkat yang mungkin. Sebab tu dalam masa dua tahun je saya hafal Al-Quran tu. Lepas tu saya ambil fokus pada akademik pula. Saya pindah ke Maahad Tahfiz yang ada bidang akademik. Saya belajar di situlah. Saya ambil aliran agama. Tapi papa saya pula tak setuju sebab saya tak ada ambil subjek yang boleh mewarisi perniagaan dia. Selain subjek agama, saya ambil juga subjek yang menjurus ke arah perniagaan ni untuk puaskan hati dia. Alhamdulillah SPM saya cemerlang." Zuhair berhenti sejenak untuk meneguk air.

"Lepas tu saya ambil keputusan untuk sambung diploma dalam bidang Al-Quran la. Sekali lagi papa saya menentang sebab dia nak saya sambung bidang perniagaan. Saya janji dengan dia saya akan sambung bidang bisnes untuk peringkat degree. Dia pun bersetuju. Hidup saya ni Azri, asyik belajar saja. Saya habiskan masa remaja saya dengan belajar je. Saya tak fokus pada benda lain. Habis je ijazah saya mula perancangan saya nak tubuhkan sekolah tahfiz. Alhamdulillah saya dapat capai dengan bantuan papa saya. Sekarang Maahad Tahfiz saya dah maju. Syukur Alhamdulillah. Tapi sebab janji saya dengan papa saya untuk AP dan balas segala jasanya, saya akur untuk ke Anjakan Paradigma tu. Itulah diri saya Azri. Bosankan hidup saya?" Zuhair menyudahkan ceritanya.

CERITERA HATI ZUHAIRWhere stories live. Discover now