BAB 20

52 1 0
                                    

Sedang asyik ustaz Sabil mengemas daun-daun kering yang gugur di perkarangan Maahad, dia ternampak satu kereta yang masuk. Dia sangatlah mengenali kereta itu. Ya kereta milik Zuhair. Pelik juga dia ada apa Zuhair datang ke sini disaat semua pelajar masih bercuti. Lagipun rasanya tak ada apa-apa urusan yang melibatkan mudir pun pada masa ni.

Ustaz Sabil meletakkan penyapu ke tepi. Kereta sorong yang dipenuhi daun-daun kering juga diletakkan di tepi buat seketika. Dia terus berjalan ke arah Zuhair untuk mendapatkan sahabatnya yang sudah lama tidak ditemuinya.

Keluar saja Zuhair dari kereta, tubuh ustaz Sabil terus dipeluknya. Dia melepaskan tangisan dibahu sahabatnya pula. Saat ini dia memang memerlukan sokongan dan kekuatan dari orang sekelilingnya. Sejujurnya ujian yang ditanggung saat ini agak berat. Ustaz Sabil terkaku apabila tubuhnya dipeluk dengan begitu erat. Dia tahu Zuhair bagai ada masalah yang menimpanya. Kalau tidak ada takkanlah dia datang ke sini pada waktu cuti dan berpakaian pejabat macam ni.

"Enta, kenapa ni?" Zuhair melepaskan pelukannya apabila ustaz Sabil bertanya. Airmatanya dikesan dengan bajunya.

Zuhair terus berlari ke arah sungai yang tenang airnya. Tanpa menunggu lagi dia terus terjun ke dalam sungai dengan berpakaian pejabat sebegitu. Dia menyelamkan mukanya selama mana dia mampu bertahan. Selepas itu dia berenang kuak lentang pula. Ustaz Sabil yang melihatnya hanya mampu menggelengkan kepalanya.

Ustaz Sabil menuju ke rumahnya untuk mengambil tuala. Selepas itu dia kembali ke sungai itu. Dia nampak Zuhair masih lagi rancak bermain air sungai. Wajahnya lebih tenang daripada tadi. Ustaz Sabil terus mencampakkan tuala itu ke arah sahabatnya. Dapat disambut juga oleh Zuhair. Zuhair terus naik dan duduk di batu yang berada di tepi sungai. Fikirannya rasa sedikit tenang ketika ini.

"Anehnya enta ni." tegur ustaz Sabil.

Zuhair yang sedang mengelap rambutnya hanya tersenyum hambar. Bajunya ditanggalkan di situ juga. Badannya yang sasa mula kelihatan. Badannya yang dipenuhi pasir sungai dibiarkan kering.

"Apa yang aneh? Biasa je." jawab Zuhair selamba.

"Apa yang berlaku?" tanya ustaz Sabil.

Zuhair terdiam. Dia masih belum bersedia untuk menceritakan segalanya pada saat ini. Lagipun hal ini melibatkan aib papanya juga. Dia rasa lebih baik dia berdiam diri.

"Tak ada apa. Saja rindu Maahad ni. Ana rasa tenang berada di sini." jawab Zuhair. Rambutnya yang serabai diperbetulkan.

"Sunyi pula rasanya di sini bila pelajar tak ada. Ana rindu mereka semua." luah Zuhair.

Ustaz Sabil berdehem sebelum menjawab.

"Mereka sedang bercutikan. Memanglah sunyi. Guru-guru pun semua bercuti. Ana yang tinggal di pondok kecil tu la yang tolong tengokkan Maahad ni. Memang sunyi la bila budak-budak tu tak ada." balas ustaz Sabil.

"Apa perkembangan Maahad ni?" tanya Zuhair. Dah lama jugalah dia tak ambil tahu pasal Maahad ni setelah segalanya diserahkan pada ustaz Sabil untuk menguruskannya.

"Ada pelajar kita dalam proses mengambil syahadah Insya-Allah." kata ustaz Sabil.

"Wah, MasyaAllah. Berapa orang tu?" tanya Zuhair. Matanya bersinar. Dah lama dia tak lihat pelajar yang bersyahadah sebab masing-masing masih belum mantap bacaan mereka walaupun ada yang sudah selesai khatam hafazan 30 juzuk mereka.

"Dua orang Insya-Allah. Seorang pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan."

"Dah mula dah?"

Ustaz Sabil menggeleng.

"Belum lagi. Buka sekolah nanti baru mereka nak mula tasmik semula hafazan diorang sebelum ambil exam tu." cerita ustaz Sabil.

"Kalau macam tu ana nak uruskan pelajar lelaki tu boleh? Siapa namanya? Dari kelas mana?" tanya Zuhair.

CERITERA HATI ZUHAIRWhere stories live. Discover now