BAB 44

64 2 0
                                    

"Sayang, ni dah masuk tiga round kita pusing dekat sini. Awak tak ada nak beli apa-apa ke?" tanya Zuhair.

Nadia berfikir buat seketika. Dia pun tak tahu kedai mana yang dia nak masuk. Tak ada satu pun yang berkenan dihatinya setakat ni. Pertanyaan Zuhair tak diendahkan. Dia sendiri tak tahu nak beli apa.

"Entahlah yang. Setakat ni tak ada yang berkenan." jawab Nadia.

"Takkan satu pun tak ada yang berkenan? Seriuslah awak ni?" tanya Zuhair lagi.

Sebenarnya ada je. Cuma Nadia malu. Dia sendiri tak tahu sama ada Zuhair benarkan dia masuk ke kedai menjual alat solek atau tidak. Zuhair memang takkan bagi dia bersolek berlebihan. Nak keluar pun cuma pakai bedak dan lipstick je. Tu pun tak boleh terlalu pekat warnanya.

"Jom sini." Zuhair menarik tangan isterinya untuk masuk ke suatu kedai.

"Pilih mana awak nak." pesan Zuhair. Nadia melopong. Dia tak sangka Zuhair menarik tangannya ke dalam kedai yang menjual alat solek ni.

"Saya tahu awak suka." kata Zuhair yang turut membelek apa yang ada di situ.

"Tapi awak bukan bagi saya make up pun." balas Nadia.

"Siapa tak bagi? Saya cuma tak bagi awak make up berlebihan di luar rumah. Cukuplah sekadar make up untuk saya je. Bagi suami awak tengok dah cukup. Orang lain tak perlu tengok pun kecantikan isteri saya." balas Zuhair.

"Tak apalah. Dekat rumah tu banyak lagi. Bukan selalu saya guna pun. Kalau dulu ye la sebab saya hari-hari ke pejabat. Lepas tu jumpa ramai orang."

"Awak tak sudilah ni? Tak sudi make upkan diri awak untuk saya?" balas Zuhair seakan-akan merajuk.

Nadia mengeluh. Akhirnya dia terus mencapai bakul kecil lalu diambil saja alat solek yang dia berkenan. Tu pun tak banyak. Cukup sekadar yang murah-murah je. Zuhair terus tersenyum lebar. Senang nak memaksa isterinya. Buat ayat sedih sikit cairlah dia nanti.

"Saya nak ke toilet kejap tau." pesan. Zuhair. Nadia mengangguk.

Nadia menunggu di kerusi yang disediakan. Baru saja nak membuka telefonnya, Nadia ternampak satu kedai yang agak menarik minatnya. Dia terus bangun lalu menuju ke arah kedai itu.

Nadia membelek-belek baju yang ada di situ. Kedai ni hanya menjual baju-baju muslimah saja. Terutamanya pakaian untuk wanita. Nadia melihat baju-baju itu satu persatu. Lepas tu dia pergi ke arah tudung pula. Tudung-tudung yang dijual pun semua labuh-labuh. Nadia bergerak pula ke arah niqab yang turut digantung bersebelahan dengan tudung.

Nadia memerhati satu persatu. Dia suka sangat tengok pelajar-pelajar perempuan di Maahad Tahfiz Darul Taqwa mengenakan niqab mereka. Kata Zuhair dia tak mahu pelajar-pelajar lelaki di situ bebas memandang pelajar perempuan sesuka hati. Tambah-tambah dia sangat faham jiwa remaja yang sedang hangat bercinta ketika itu.

Nadia tak perasan langsung yang Zuhair sudah memerhatikan dirinya sejak tadi lagi. Matanya masih rancak memerhati pakaian yang dijual di dalam butik itu. Dia bukan berminat nak beli sangat pun. Cuma nak cuci mata je.

"Sayang. Ada yang berminat nak beli ke?" sapa Zuhair. Nadia mengurut dadanya kerana terkejut.

"Errrr..tak adalah. Saja tengok-tengok." balas Nadia.

"Saya tak akan paksa awak untuk berniqab bagai ni. Orang zaman sekarang suka jadikan niqab ni sebagai trend. Tapi tetap nampak untuk menggoda mata-mata yang memandang mereka. Sedangkan tujuan niqab ni untuk menutup muka dari pandangan orang. Bukan nak tarik minat orang lagi." Zuhair memberikan pendapatnya.

"Tapi kalau awak dah bersedia, saya tak akan halang pun. Tapi niat kena betullah." pesan Zuhair.

Nadia mengangguk perlahan. Kalau nak mengenakan niqab dalam waktu terdekat ni memang dia belum bersedia. Tapi sejak berkahwin dengan Zuhair, Nadia pernah menyimpan hasrat itu. Nadia mengekori suaminya dari belakang. Zuhair dilihatnya sedang membelek-belek kain serban yang baru.

CERITERA HATI ZUHAIRWhere stories live. Discover now