BAB 34

79 1 0
                                    

Nadia selesai memasak menu sarapan pagi untuk suaminya. Hari ni dia masak ringkas-ringkas je. Mi goreng. Dia juga turut menghidang teh o panas untuk Zuhair. Zuhair yang sudah menunggu bersama mentuanya sudah tidak sabar untuk menjamah masakan isterinya lagi. Masa Nadia tinggal di Maahad dulu tak pernah sekalipun dia tak rasa masakan Nadia. Setiap menu yang dimasak semua memujinya.

"Mummy daddy nak tahu tak, masa Nadia dekat Maahad dulu setiap hari dia masakkan untuk pelajar dekat situ. Semua puji masakan dia." beritahu Zuhair bangga.

"Ye ke?" tanya Datuk Awang. Dia macam tak percaya je Nadia rajin masak.

"Kenapa daddy?"

"Isteri kamu tu bukannya selalu masak pun sebelum kahwin dulu. Sebab dia nak pikat kamu je dia rajin masak. Tapi kalau sekali dia masak memang sedap pun." kutukan dan pujian diberikan oleh Datuk Awang kepada anaknya. Zuhair tergelak.

"Ni Zuhair, malam tadi mummy tengok kamu berdua keluar pukul 3 pagi. Ke mana?" tanya Datin Mahani pula.

"Abang Zuhair demam mummy. Tiba-tiba menggigil malam-malam buta." sampuk Nadia yang sedang mencedok mi ke dalam mangkuk.

"Apa yang Nadia buat sampai kamu demi Zuhair?" terkejut Nadia apabila daddynya bertanya soalan begitu.

"Tak ada apalah daddy. Mungkin penat kot." jawab Zuhair. Nadia lega. Mujur Zuhair tak buka cerita sebenar. Kalau tidak dia yang malu.

Nadia meletakkan mi goreng di atas meja makan. Dia mencedok mi ke dalam pinggan suaminya terlebih dahulu. Manakala mummynya mencedok mi untuk daddynya. Seperti biasa kalau dah kahwin dengan pak ustaz ni dah tentulah kena baca doa dulu. Zuhair membaca doa makan terlebih dahulu sebelum mereka sekeluarga menjamu selera.

"Sedap sayang?" tanya Nadia. Dia tunggu je suaminya rasa dulu.

"Kalau dah isteri saya masak takkan tak sedap. Thanks sayang." dengan spontan Zuhair menyuap isterinya.

Mereka tidak sedang bahawa mereka sedang diperhatikan oleh Datuk Awang dan Datin Mahani. Mereka gembira melihat kebahagiaan anak dan menantu mereka. Tak pernah mereka lihat Nadia gembira sebegini. Lepas kahwin memang terpancar cahaya kebahagiaan di wajah anaknya.

"Kalau hari-hari awak masak macam ni rasanya gemuk saya." seloroh Zuhair.

"Nadia ni ikut perangai mummy dialah. Suka memasak. Sebab tu daddy pun mengembang dengan jayanya sekarang. Padahal dulu daddy lagi hensem dari kamu tau." gurau Datuk Awang pula. Zuhair tergelak sama.

"Yelah tu daddy. Daddy ni sejak dapat menantu happy lain macam ya." kata Nadia pula.

"Tu baru menantu. Belum cucu lagi." kata Datuk Awang perlahan.

Nadia tersedak. Cepat-cepat Zuhair menepuk belakang isterinya. Air dihulurkan. Daddy pun baru sehari kahwin dah sebut pasal cucu! Zuhair pula tersipu-sipu malu.

"Insya-Allah daddy. Daddy mummy doakan ya. Kami tak rancang pun. Kalau ada syukur Alhamdulillah." balas Zuhair.

"Kamu kena kerja keraslah Zuhair." seloroh Datuk Awang lagi. Zuhair menjeling ke arah isterinya. Merah padam muka Nadia.

"Daddy ni!" marah Nadia. Boleh pula masa makan bapa menantu ni cerita pasal anak!

"Ni Zuhair, jam berapa nak balik Maahad tu? Balik kereta asing-asing ke?" tanya Datuk Awang.

"Lepas Jumaat Insya-Allah. Kami balik satu kereta je." jawab Zuhair.

"Memanglah satu kereta. Dah awak ambil lesen saya." marah Nadia.

"Dah kenapa pula?" tanya Datin Mahani dan Datuk Awang serentak.

Nadia diam. Kalau dia beritahu dah tentu dia yang kena marah. Zuhair pun diam juga. Dia mahu Nadia yang mengaku sendiri pada daddy dan mummynya.

CERITERA HATI ZUHAIRWhere stories live. Discover now