BAB 46

79 1 0
                                    

Zuhair duduk termenung dari tadi di hadapan rumahnya. Kejadian yang berlaku di Maahad hari ini benar-benar membuatkan dia disaluti rasa kecewa. Zuhair mula terfikir di manakah silapnya kali ini sehingga dia berasa gagal begitu sekali. Zuhair jarang merasakan perasaan yang sebegini. Rasa penatnya hanya Allah yang tahu.

"Ustaz Zuhair, ni markah ujian kelas ustaz." sapa Ustaz Ahmad.

Zuhair terus mengambil kertas yang dihulurkan tadi. Dia menyaksikan nak dan markah pelajarnya seorang demi seorang. Dia memandang ke arah Ustaz Ahmad bagai meminta penjelasan.

"Betul ke ni ustaz?" tanya Zuhair. Ada riak kecewa di mukanya.

"Betul ustaz. Diorang macam tak ready pun ya juga. Dah itu je kemampuan mereka saya tak boleh nak bantu banyak sangat." balas Ustaz Ahmad.

"Tak apa ustaz. Saya faham." balas Zuhair ringkas.

"Mereka ada masalah ke ustaz? Saya pun terkejut juga. Mereka level senior di sini. Tapi persembahan hanya takat tu je."

Zuhair terdiam. Dia sendiri berasa malu dengan ustaz Ahmad. Padahal tadi dialah yang jadi pemeriksa dalam kelas Ustaz Ahmad. Tapi mereka semua bagus-bagus belaka walaupun baru berumur 14 tahun. Rata-rata mereka semua dapat markah 80 ke atas.

"Tak apalah ustaz. Ni ustaz punya kelas. Bagus semuanya. Tahniah ustaz Ahmad ya." kata Zuhair.

"Terima kasih ustaz Zuhair. Saya minta diri dululah ya." Zuhair mengangguk.

Lepas ustaz Ahmad keluar, ustaz Sabil pula masuk. Ustaz Sabil terus mendekati Zuhair yang kelihatan sedang termenung saja ketika ini. Dia ingin mengemas-ngemas mejanya sebelum pulang.

"Happy semacam je. Apa yang seronok sangat Sabil?" tanya Zuhair.

"Biasalah Zuhair. Bila pelajar-pelajar ana perform, analah paling happy sekali." balas Zuhair.

"Oh, tahniah." balas Zuhair ringkas. Dia termenung lagi.

"Nah, tengok ni." Zuhair menyerahkan markah pelajarnya pada ustaz Sabil.

Ustaz Sabil juga agak terkejut. Hampir kesemua pelajar 4 Naim yang memperoleh markah 70 kebawah. Dia seolah-olah tidak percaya. Tapi bila teringat balik masa gantikan kelas Zuhair dulu, memang padanlah mereka dapat markah macam ni.

"Eh Zuhair? Biar betul?"

"Betul la tu. Tu ana tak ada mood sekarang ni. Kelas enta, ustaz Ahmad semua perform. Tapi kelas ana? Aduhai..." luah Zuhair.

"Apa susah, masuk esok pagi libas je la sorang-sorang." balas ustaz Sabil senang.

"Malas dah ana Sabil. Hari-hari duk ligan diorang, itu je hasil dibagi dekat ana." balas Zuhair sambil mengeluh.

"Cuba buat ulangan balik. Enta sendiri handle. Tengok macam mana." cadang ustaz Sabil.

"Entahlah. Ana yang tak pandai mengajar agaknya. Kelas korang semua bagus-bagus, tapi kelas ana sebagai mudir, itu je? Oh, tak logik sangat Sabil." balas Zuhair.

"Apa cakap macam tu Zuhair. Sabarlah ya." pujuk Sabil. Zuhair tak memberi sebarang reaksi.

"Sayang..." pelukan Nadia dari belakang mematikan lamunan Zuhair.

Zuhair memandang ke arah isterinya. Dia menghadiahkan senyuman tawar. Nadia perasan sejak petang tadi Zuhair agak diam selepas dia pulang dari Maahad. Dia langsung tak mesra seperti biasa. Nadia berasa curiga dengan suaminya.

"Sayang, are you okay?" tanya Nadia lagi.

"I'm okay yang." balas Zuhair.

"Dari petang tadi asyik diam je. Tak nak kongsi apa-apa dengan saya? Ke saya ada buat silap?" tanya Nadia. Zuhair menggeleng laju.

CERITERA HATI ZUHAIRWhere stories live. Discover now