BAB 36

74 1 0
                                    

Selepas makan malam Zuhair dan Sabil melepak di luar rumah. Sementara Nadia dan Maisarah pula duduk berbual di dalam rumah. Nadia gembira apabila dapat bermain dengan anak ustaz Sabil dan Maisarah. Comel betul baby girl sorang ni. Rambut yang diikat tocang menambahkan lagi kegeramannya pada Annur.

"Berapa umur Annur ni Maisarah? Comelnya dia." Nadia mengagah.

"Setahun lebih. Nadia dukunglah dia. Dia memang mesra dengan orang. Tak macam budak-budak lain menangis kalau dengan orang tak kenal." kata Maisarah.

Nadia pula bila dah dapat greenlight dari umi Annur terus dia mendukung Annur. Dibawa keluar untuk melihat bulan dan bintang. Bukan main kuat lagi Annur ketawa. Sesekali dia mencium juga pipi gebu anak ustaz Sabil ni.

"Annur, tu cat. Meow meow...shhhh shhhh..." panggil Nadia.

Makin kuat gelak Annur bila Nadia acah-acah hendak mengejar kucing berwarna oren itu. Ustaz Sabil pula hanya memerhati saja Nadia dari jauh. Begitu juga Zuhair yang sedang memerhati isterinya sendiri. Dia tak sangka Nadia begitu mesra dengan budak-budak. Tak kekok langsung bila dia memegang Annur.

"Tengok isteri enta Zuhair. Pandai dia layan budak-budak. Sebelum ni dia agak diva gitu kan. Untung enta." puji Sabil.

"First time ana tengok dia layan budak-budak." kata Zuhair. Dia tersenyum sendirian bila melihat isterinya dari kejauhan.

"Boleh dah tu enta orang jadi mak bapak budak." Sabil mengusik.

"Ada rezeki adalah. Tapi kena ikut tahap kesediaan Nadia la. Ana tak nak paksa." balas Zuhair.

"Kalau dah macam tu dia layan anak ana rasanya memang dah bersedia dah tu." Sabil memberikan pendapatnya.

Zuhair memerhatikan isterinya lagi. Tangan Annur dia lambaikan ke arah ustaz Sabil dan suaminya. Mereka membalas semula lambaian anak kecil itu.

"Nak bawa baliklah Annur ni ustaz. Geram saya tengok dia. Pipi pau dia alahai..." puji Nadia.

"Ambillah Nadia. Tapi sekali dia meraung satu rumah dengar tu." kata ustaz Sabil sambil gelak.

"Betul ni?" gurau Nadia. Dia menyerahkan semula Annur pada ustaz Sabil.

"Ana balik dululah. Lagipun dah lewat malam ni." pinta Zuhair.

"Ha ye lah. Jumpa esok." balas ustaz Sabil.

**************************************

Zuhair rasa nak bermanja pula dengan isterinya pada malam ini. Nadia yang sedang menggosok baju mereka untuk terus terhenti apabila Zuhair memeluk pinggangnya dari belakang. Zuhair kalau datang manja dia memang makin cairlah hati Nadia. Sedangkan dulu dia kenal suaminya sebagai seorang yang tegas dan garang.

"Sayang, kan butik tu dah siap gosokkan baju kita tu. Kenapa nak gosok lagi?" ujar Zuhair.

"Ada kedut sikit-sikit ni. Saya tak suka tau tengok baju kedut-kedut ni. Nampak selekeh dan tak kemas. Sebab tu setiap staf dekat Mega Sakti tu saya akan pentingkan kekemasan pekerja saya. Sakit mata kalau tengok baju selekeh ni." balas Nadia.

"Macam tu ke? Oh..." balas Zuhair. Dia tak tahu nak balas apa.

"Kalau kerja dengan bos perempuan memang cerewet eh?" tanya Zuhair.

Nadia terus memandang suaminya. Sekarang ni Zuhair nak kata dia cerewet la ni. Nadia terus mencubit hidung suaminya sekuat hati.

"Awak kata saya cerewet ke? Suka hati je eh." marah Nadia.

"Habis tu kalau baju kedut sikit pun tak boleh. Macam mana tu?"

"Bukan macam tu sayang. Kita ni orang berniaga. Nak cari pelanggan or pelabur saham ke apa diorang mesti akan tengok bagaimana syarikat tu punya bos, staf bagai. Kalau staf pun selekeh awak ingat diorang nak kerjasama dengan kita? Memang taklah." jelas Nadia.

CERITERA HATI ZUHAIRWhere stories live. Discover now