BAB 23

55 0 0
                                    

"Sekarang dah tahukan sebab ana kembali ke sini?" balas Zuhair setelah menyudahkan ceritanya.

Ustaz Sabil terlopong. Tak sangka begitu sekali ujian dan dugaan yang dilalui oleh teman baiknya saat ini. Patutlah Zuhair mengunci saja mulutnya sebelum ni dari bercerita apa-apa. Rupanya ada masalah yang cuba dia pendam. Sejak kehadiran Nadia, barulah Zuhair buka cerita satu persatu selepas ustaz Sabil sendiri mendengar perbualan mereka tadi.

Ustaz Sabil memandang ke seluruh Maahad ini. Tempat keramat dan juga tempat yang disayanginya. Sama seperti Zuhair. Dia anggap Maahad ini bagaikan nyawanya sendiri. Dia dan Zuhairlah yang berpakat untuk bina Maahad ini masa mereka sama-sama belajar peringkat diploma dulu. Cuma rezeki Zuhair dapat realisasikan impian mereka setelah dana penubuhan Maahad ini diberikan oleh Yayasan AP pada ketika itu. Memang hasil pembinaan Maahad ini juga ada kena mengena dengan papa Zuhair.

"Bila ana dapat tahu, ana terlalu kecewa. Sebab tu bila ana balik ke sini hari tu ana terus peluk enta. Sebab melalui enta ana dapat kekuatan tu. Maahad ni hasil kerja keras kita Sabil. Tak mungkin ana sanggup jual Maahad ni pada orang." luah Zuhair pula.

"Dulu masa ana sambung ijazah, enta la yang uruskan Maahad ni 100%. Maahad kita maju ni pun hasil kerja keras enta juga." ujar Zuhair.

"Tapi Zuhair, enta tak rasakah AP akan terbeban dengan projek semasa masa bawah kelolaan enta?" tanya ustaz Sabil. Dia tak mahu Zuhair terburu-buru meninggalkan AP. Risau akan menyusahkan banyak pihak.

Zuhair tersenyum. Itu tak jadi masalah pun. Sebenarnya dia masih cuba menguruskan projek Puncak Gemilang dari jauh saja. Dia harap inilah khidmat bakti terakhirnya buat AP. Walaupun jasadnya tidak wujud di sana, namun kerjasamanya dengan Puncak Gemilang untuk projek kerajaan tetap berjalan seperti biasa. Ini pun dah dapat persetujuan dari papanya. Jadi tak adalah tugasnya tergantung saja.

"Itu enta tak perlu risau. Ana takkan bebankan mereka." balas Zuhair. Lega ustaz Sabil mendengarnya.

"Tapikan Zuhair..."

Zuhair memandang ke arah ustaz Sabil yang teragak-agak mahu meneruskan kata-katanya.

"Tapi apa?"

"Ana nampak Nadia tu macam berkenan dengan enta. Dari pandangan matanya pada enta ana tahu ada sesuatu rasa yang dia pendam pada enta." kata ustaz Sabil. Memang dia perhati saja gadis itu sepanjang dia berbual dengan Zuhair tadi.

Zuhair tergelak. Ada-ada sajalah Sabil ni. Tak habis-habis nak kenenkan dia dengan mana-mana perempuan. Dari zaman mereka belajar lagi. Tahulah dia dah berumahtangga.

"Ada-ada je la Sabil. Jangan merapulah." Zuhair terus menafikan. Baginya perasaan itu pada Nadia takkan pernah wujud pun. Mustahil untuk wujud. Tambah-tambah dia langsung tak mengenali wanita itu.

"Orang tua-tua kata jangan benci sangat Zuhair. Takut nanti mandi tak kenyang, tidur tak basah baru tau!" rancak ustaz Sabil mengenakan sahabatnya.

"Mula dah merapu tu. Benda tu takkan berlakulah. Ana kalau boleh nak cari yang sepadan dengan ana." ujar Zuhair lagi. Rasa geram pada Sabil pun tak habis lagi.

"Nadia pun sepadan apa. Banyak perubahan dia sejak mula-mula dia datang sini dulu. Sekarang pakaiannya lebih sopan. Tertutup dari atas sampai bawah. Tak ketat sampai menampakkan bentuk tubuh badannya. Cuma tudung saja agak singkat sikit. Tapi perlu dibimbinglah Zuhair. Dia CEO, dan enta bekas CEO dan anak CEO, sepadan sangatlah tu!"

"Eh...eh...enta ni! Jauh pergi ya?" balas Zuhair geram.

"Cubalah eh? Mana tahu itu jodoh. Dapatlah ana makan nasi minyak mudir Maahad Tahfiz Darul Taqwa ni. Auchh, lapar pula eh!" ustaz Sabil terus menerus mengenakan Zuhair.

CERITERA HATI ZUHAIRWhere stories live. Discover now