BAB 25

65 1 0
                                    

"Bagus Badri. Kamu salah seorang pelajar dalam kelas ni yang dah melangkah jauh. Yang lain masih bawah sepuluh kamu dah melangkaui ke juzuk 20. Dalam tahun ni awak boleh cuba habiskan sampai 30. Cuma satu je masalah kamu, kamu tak serius dan banyak main." beritahu Zuhair beserta dengan pujian untuk Zuhair.

"Banyak tu ustaz. Takut tak boleh sampai target je." keluh Badri. Dia memang teringin nak habiskan hafazannya secepat mungkin.

"Boleh je. Tiada yang mustahil kalau kamu ada kesungguhan."

"Kalau tak mampu nak habiskan tahun ni?" tanya Badri.

"Sambung tahun depan. Kalau tak boleh habis tahun ni dalam bulan tiga tahun depan boleh tamat dah. Lepas tu ulang balik. Tahun depannya lagi kamu boleh bersedia untuk syahadah pula." cadang Zuhair.

Badri mengangguk faham. Badri memang menanamkan keazamannya untuk menghabiskan hafalan Al-Qurannya secepat mungkin. Bukan rasa tak gembira duduk di sini cuma dia sendiri dah ada perancangan untuk masa depannya.

"Terima kasih ustaz." ucapnya. Zuhair mengangguk.

Zuhair bangun dari tempat duduknya lalu menulis sesuatu di papan putih. Semua pelajar yang sedang menghafal Al-Quran sudah mengalihkan perhatian mereka ke arah ustaz Zuhair di hadapan. Mereka membaca satu persatu apa yang ditulis.

"Tengok depan ni. Ni jangkaan untuk kamu habiskan hafazan kamu. Nilailah berdasarkan kebolehan kamu. Jangan paksa diri, ini hanya cadangan. Tapi kalau awak rasa mampu untuk ikut step ni, awak boleh cuba. Kalau tidak, teruskan seperti biasa." jelas Zuhair.

"Yang juzuk awal pun kalau ada kesungguhan next year boleh settle." tambah Zuhair lagi.

Tipulah kalau dia kata dia tak kecewa dengan prestasi semasa pelajarnya. Zuhair sendiri mati akal bagaimana hendak membantu pelajarnya menghabiskan hafazan secepat mungkin. Bukan apa dia tak mahu pelajar-pelajarnya keluar dari sini tanpa menghabiskan hafazan mereka. Maahad ni pun telah menetapkan had umur sehingga 23 tahun saja. Sekarang mereka sudahpun menginjak umur 16 tahun.

"Dalam kelas korang ni hanya Badri saja yang mencapai juzuk 20. Apa yang saya katakan tadi, tahun ni dia boleh settle. So, korang tak nak challenge dia ke?" tanya Zuhair lagi.

"Payah nak challenge Badri ni ustaz. Dia laju. Ingatan kuat. Kami nak hafal satu mukasurat pun dah barai." keluh pelajar lain.

Zuhair faham kebimbangan mereka. Dia pun pernah ada dalam situasi yang sama. Selagi tak dapat habis selagi tu lah hatinya rasa tak tenang. Tapi kalau tak letak jangkaan mereka tetap akan buat sambilewa dan melambat-lambatkan.

"Saya cabar setiap seorang daripada kamu selesaikan dua juzuk dalam masa satu bulan. So, saya nak tengok siapa yang berjaya sahut cabaran ni. Amacam?" Zuhair menjongketkan keningnya.

"Huish payah tu. Kalau tak boleh mesti kami juga yang kenakan?" sampuk Daniel pula.

Zuhair menggelengkan kepalanya.

"Macam saya cakap tadi ini hanya cabaran. Kalau tak boleh, buat seperti biasa. Tapi nanti yang rugikan masa kamu, diri sendiri juga."

"Kenapa ustaz tiba-tiba terfikir nak buat cabaran ni? Tak masuk akal pula tu cabarannya. Otak kami kena bekerja keras la ni." komen Salman pula.

"Sebab kamu lambat sangat. Kalau batch lain biasanya seumur kamu ni mereka dah selesaikan hafazan diorang. Kamu masih merangkak macam pelajar yang baru masuk. Tak bolehlah begitu. Sebab perjalanan kamu masih panjang. Sudah tentunya kamu nak sambung belajar di luar pulakan? Takkan sampai tua nak duduk sini?" balas Zuhair. Akhirnya terluah juga rasa hatinya.

CERITERA HATI ZUHAIRWhere stories live. Discover now