BAB 47

77 1 0
                                    

"Awak, kita nak ke mana ni?" tanya Nadia sebaik saja matanya ditutup.

"Adalah. Janji dengan saya awak tak buka penutup mata ni. Kalau tidak rancangan saya tak jadi nanti." balas Zuhair.

Nadia masuk ke dalam kereta. Dari semalam lagi suaminya menghilang. Keluar pagi, petang baru balik. Bila dia tanya Zuhair langsung tak jawab ke mana keberadaan dia. Tapi sebab tak nak berbalah, Nadia hanya diam je la. Lepas tu pagi ni macam-macam Zuhair suruh dia lakukan. Termasuklah menutup mata sepanjang perjalanan.

"Awak lama lagi ke sampai?" tanya Nadia yang sudah mula rimas.

"Sabar boleh tak? Saya tahulah saya nak bawa awak pergi mana. Tak sabar-sabar." balas Zuhair geram. Dari tadi mulut isterinya tak habis-habis membebel.

"Awak ni kan dari semalam saya geram tahu tak? Awak pergi mana semalam? Saya call tak jawab, mesej tak reply. Lepas tu pagi ni macam nak marah-marah orang!" balas Nadia pula.

"Tak habis lagi ke pasal semalam? Saya tak nak jawab, janganlah memaksa. Saya bukan pergi curang bagai pun. Awak nak gelabah sangat kenapa? Tenang boleh?"

"Awak memang tak sayang saya dah kan? Sebab tu hari ni awak asyik nak marah-marah saya je!"

Zuhair mengeluh. Baginya orang perempuan suka sangat fikir yang bukan-bukan. Dia perasan sejak dua menjak ni emosi Nadia memang tak stabil. Kadang-kadang benda kecil pun mereka boleh bergaduh. Pernah juga sesekali Zuhair terasa dirinya dicabar. Namun bila fikir balik mungkin isterinya beremosi kerana bosan terkurung di rumah.

"Asalkan saya cakap sikit awak kata saya marah awak. Sayang, please." keluh Zuhair.

"Malas saya nak layan awak. Saya nak tidurlah!" bentak Nadia.

"Ha tidur je la. Senang sikit saya nak drive. Kalau saya campak awak dalam lombong pun bukan awak sedar!" kata Zuhair.

"Tengok? Siapa yang suka cari gaduh sekarang ni? Awak ke saya?"

"Tidur Nadia, tidur ya intan payung. Nanti dah sampai saya kejut." Zuhair memperlahankan suaranya.

Zuhair mengusap kepala isterinya lembut. Nadia mula mendiamkan dirinya. Zuhair pula kembali fokus pada pemanduannya. Kalau terus berperang mulut dengan Nadia entah bila boleh sampai ke destinasi. Sambil-sambil dia memandu, Zuhair memasang bacaan ayat-ayat Al-Quran di radio.

"Awak perli saya eh?" Nadia memusingkan badannya ke arah Zuhair.

"Astagfirullahaladzim. Saya ingat awak dah ke bulan dah." balas Zuhair sambil mengurut kepalanya.

"Tiba-tiba buka ayat Al-Quran tu. Mesti awak ingat saya kena sampuk kan?" balas Nadia selamba. Tak tahulah dia kenapa sejak dua menjak ni dia suka sangat cari gaduh dengan suaminya.

Zuhair diam. Dia malas dah nak bercakap. Lagi dia balas lagi besar perang mulutnya dengan Nadia. Dia biarkan Nadia dengan dunianya sendiri. Nadia pula bila tengok suaminya dah mula diam, dia pun diam jugalah. Mungkin Zuhair dah malas nak bergaduh dengannya. Nadia mula bosan apabila berada di dalam kereta begitu lama. Tanpa sedar, dia sudah terlelap.

Dua jam kemudian, mereka sudah sampai ke destinasi yang dituju. Zuhair memarkir kereta. Lepas tu dia memandang ke arah isterinya yang masih lena tidur. Nampaknya rancangannya berjaya hari ini. Nadia tak dapat langsung menghidu kejutan yang bakal dia buat pada hari ini.

"Sayang bangun. Sampai dah." Zuhair membuka ikatan mata isterinya.

Nadia membuka matanya perlahan-lahan. Pandangannya agak kabur. Dia menggosok-gosok matanya berkali-kali. Nadia mula membeliakkan matanya. Macam kenal je tempat ni. Benarkah? Dia terus berpaling ke arah suaminya yang sedang memandang skrin telefonnya.

CERITERA HATI ZUHAIRWhere stories live. Discover now