BAB 35

74 1 0
                                    

Kereta yang dipandu Zuhair sudah masuk ke perkarangan rumah guru-guru Maahad Tahfiz Darul Taqwa. Dekat sini bukan hanya dia dan Sabil saja yang menetap, ada juga beberapa orang guru lain. Tapi bangunan rumah agak jauh sikitlah dari asrama dan tempat belajar pelajar di sini. Jadi pelajar-pelajarnya pun takkan tahulah dia dah balik ke Maahad ni. Kalau tidak mahu kena serbu nanti.

Ustaz Sabil sudah menunggunya. Zuhair menuruni keretanya. Dia membuka pintu untuk Nadia. Ustaz Sabil yang melihat pasangan pengantin baru tu sudah tersengih-sengih. Zuhair pula yang malu.

"Sayang nak pegang tangan boleh?" pinta Nadia.

"Mestilah. Sayang tengok orang tu, dia dari tadi pandang kitakan? Dia tu siapa?" Zuhair acah-acah tak kenal Sabil. Sabil membuat muka meluatnya. Mentang-mentang dah ada isteri, dia dilupakan.

"Sayang, you tak nak kenalkan I dengan kawan you tu ke?" tanya Nadia. Memang dia dah berpakat dengan Zuhair nak kenakan ustaz Sabil.

"Sayang, I kenalkan you dengan kawan I ni. Nama dia Sabil." kata Zuhair.

"Hai Sabil. Oh ni kawan you sayang?" tanya Nadia manja.

"Ye la sayang. Ni kawan I."

"Tapi hensem lagi you sayang dari dia." Nadia merangkul lengan suaminya.

"Memanglah. Kalau tidak tak ada you terpikat sayang." balas Zuhair manja.

"Ha driver, please take my beg ya?" arah Zuhair pada Sabil.

Sabil tanpa menunggu lagi dia membawa semua barang-barang Zuhair dan isterinya turun dari kereta. Lagaknya macam orang suruhan dah.

"Oh thanks." balas Zuhair berlagak.

"Dah-dahlah tu. Amboi mentang-mentang dah kahwin dia buat kita macam driver dia pula. Padahal sebelum ni apa-apa semua cari ana dulu. Sejak dah beristeri ni berubah ya." sindir ustaz Sabil.

"Sayang, dia marah youlah." ngadu Nadia.

"Tak apa. Nanti I debik muka dia ya." balas Zuhair.

Zuhair mendekati ustaz Sabil. Dia terus tergelak bila Sabil buat muka menyampahnya. Cepat-cepat dia memeluk sahabatnya. Sabil juga turut tergelak selepas itu.

"Takkan ana nak lupa sahabat ana seorang ni." kata Zuhair.

"Mentang-mentang dah kahwin selamba enta bermesra depan ana ya?"

"Ana gurau je." balas Zuhair.

"Ustaz...." tegur Nadia sopan.

Sabil hanya mengangguk.

"Terima kasih sebab siapkan suami saya semalam. Dia nampak hensem sangat semalam." puji Nadia. Memang ustaz Sabillah yang menyiapkan suaminya semalam.

"Sama-sama Nadia. Macam mana malam pertama korang? Seronok?" tanya ustaz Sabil selamba.

"Sibuk je nak tahu. Nah ni baju enta untuk esok. Esok pengapit pun kena nampak kemas tau!" kata Zuhair.

"Oh, itu benda senang je." balas ustaz Sabil.

"Ana masuk dululah. Rasa nak mandi dulu ni." kata Zuhair. Ustaz Sabil juga sudah pulang ke rumahnya.

*************************************

"Welcome to my home sayang. Saya harap awak tak kisahlah kena duduk rumah macam ni dengan saya." kata Zuhair dengan penuh pengharapan.

Nadia memandang sekeliling rumahnya. Walaupun agak kecil, cukuplah untuk mereka hidup berdua. Lagipun suasana di sini pun aman je. Jauh dari kesibukan bandar seperti yang dia alami di sini. Sebab tu la sebelum ni dia suka duduk di Maahad tu.

CERITERA HATI ZUHAIRWhere stories live. Discover now