BAB 6

57 2 0
                                    

Semua mata memandang ke arah seorang lelaki itu. Pemakaiannya yang begitu segak mengenakan kemeja biru laut, tali leher berwarna biru tua dan juga seluar slack hitam yang digosok kemas. Zuhair dapat dengar suara pekerja Anjakan Paradigma yang sayup-sayup kedengaran bercakap tentangnya. Cermin mata hitamnya menutup jelingan matanya yang rancak memandang ke arah mereka.

"Setiausaha Datuk Zahari mana?" tanya Zuhair serius.

"Saya encik." balas seorang pekerja wanita di situ.

"Ikut saya!" Zuhair terus berlalu pergi. Wanita itu terus mengekori langkah Zuhair selaku bos barunya.

Zuhair menolak pintu bilik pejabat yang selama ini didiami oleh papanya. Zuhair membuka kotnya lalu diletakkan di kerusi. Rasa tak selesa pula berpakaian sebegini. Tali lehernya juga dibuka dan dicampak ke sofa tepi.

Pekerja wanita itu menunduk dari terus memandang bos barunya. Nampak kerek pada pemikirannya. Tak senyum langsung. Malah matanya juga tidak memandang langsung ke arahnya. Dia mula rasa berdebar-debar.

"Kamu setiausaha Datuk Zahari selama ni?" tanya Zuhair sekali lagi.

"Ya encik." balas wanita itu.

"Kamu tahukan saya yang akan gantikan tempatnya selepas ni?"

"Ya saya tahu. Datuk ada maklumkan pada saya tempoh hari." balas wanita itu lagi.

"Nama kamu siapa?"

"Sally." jawab Sally ringkas.

"Sally? Nama penuh awak apa?" tanya Zuhair seakan tak berpuas hati.

"Siti Saleha." balas Sally.

"Nama sedap. Tapi bahasakan diri Sally. Entah apa-apa je." kutuk Zuhair selamba.

Rasa panas pula hati Sally apabila dikutuk depan-depan oleh bos barunya. Selama ni orang panggil nama samarannya elok saja. Kenapa tiba-tiba bosnya yang baru ni nak pertikai? Sally mula rasa tak puas hati.

"Kamu tahu apa makna nama kamu?" tanya Zuhair lagi.

"Tak tahu encik." jawab Sally jujur.

"Maksud nama sendiri pun tak tahu? Kamu tak tanya ibu ayah kamu ke?" tembak Zuhair lagi.

Sally menggeleng. Memang dia tak pernah tanyakan pun maksud namanya. Dah tentulah namanya mempunyai makna yang baik-baik. Kalau tidak takkanlah ibu ayahnya letak nama ni kan? Kerek betul bos ni!

"Maksud nama kamu adalah benar. Kebenaran. Kamu percaya Allah?" terkejut Sally dengan soalan yang diajukan.

"Mestilah saya percaya. Saya Islamkan? Nama pun Siti Saleha!" balas Sally geram.

"Tapi kenapa pakaian kamu tak melambangkan kamu percaya Allah itu wujud?" Zuhair memandang ke arah lain. Tak sanggup nak lihat pakaian Sally yang begitu mencolok matanya.

"Encik ni masih baru lagi tau! Tak perlu nak pertikai pasal pakaian saya semua ni. Datuk pun tak pernah nak pertikai pasal saya. Kenapa encik pula nak cakap pasal semua ni?" Sally mula naik angin. Tak kiralah bos ke tidak dia balas saja.

"Itu dulu. Sekarang saya bos kamu. Kamu kena ikut kehendak saya sebagai ketua kamu. Kalau rasa kamu nak kerja di sini lebih lama mulai esok kamu ubah penampilan kamu dengan lebih sopan. Nanti kumpulkan semua staf Anjakan Paradigma ni. Jam tiga petang semua wajib ada dalam bilik mesyuarat. Faham?" tegas suara Zuhair mengarah.

Sally angguk acuh tak acuh. Dia terus meluru keluar dari bilik Zuhair. Airmatanya yang laju mengalir terus disapu. Dia terus berlari ke tandas untuk menenangkan diri. Sepanjang dia berada di sini tak pernah sekalipun orang pertikai dengan cara pemakaiannya. Kenapa masuk saja bos baru tiba-tiba dia kena ubah semua ni? Teruk sangatkah aku?

CERITERA HATI ZUHAIRWhere stories live. Discover now