BAB 14

46 1 0
                                    

Zuhair sudah tiba di bangunan syarikat yang diberi nama Obayashi Corporation. Syarikat ini terletak di Minato, Tokyo yang hanya terletak beberapa kilometer dari tempat penginapan mereka. Syarikat ini ialah salah satu daripada lima syarikat pembinaan Jepun utama bersama dengan Shimizu Corporation, Takaneka Corporation, Kajima Corporation dan Taisei Corporation. Syarikat ini juga disenaraikan dalam Bursa Saham Tokyo dan merupakan salah satu syarikat Nikkei 225. Pada tahun 2018 Obayashi berada di kedudukan 15 dalam senarai ENR Top 250 Global Contractors yang juga kedudukan tertinggi di kalangan kontraktor Jepun. Jadi senanglah untuk AP berkerjasama dengan Obayashi Corporation sekiranya mereka terpilih nanti.

Kenji Hasuwa juga merupakan CEO dan juga presiden untuk Obayashi Corporation. Antara perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat ini yang telah menarik minat Zuhair untuk bekerjasama adalah rekaan seni bina, rekaan kejuruteraan sivil, pembinaan, kejuruteraan dan juga hartanah selaras dengan perkhidmatan yang disediakan oleh Anjakan Paradigma.

Zuhair menuju ke kaunter utama ditemani oleh stafnya yang lain. Dia teragak-agak untuk bertanyakan orang di situ memandangkan dia masih belum biasa ke syarikat yang besar begini. Namun dia cuba memberanikan diri juga untuk bertanya pekerja di situ.

"Hello, I'm Zuhair from Anjakan Paradigma, Malaysia. Can't I meet CEO Obayashi Corporation?" sapa Zuhair ramah.

"Hye. Yes of course. Anjakan Paradigma interested in working together for the mega project, right?" tanya salah seorang penjaga kaunter di situ.

Laju Zuhair mengangguk. Nampaknya dia sudah dimaklumkan tentang kedatangan mereka pada hari ini. Tak perlulah Zuhair jelaskan lagi tujuan mereka datang ke sini. Mungkin akan memakan masa nanti.

"Wait. I went to get permission from Mr. Kenji." Zuhair mengangguk. Mereka menunggu di luar buat seketika.

Tak lama kemudian wanita tadi keluar mendapatkan Zuhair yang sudah duduk di kerusi menunggu. Nampak saja wanita itu meluru ke arahnya, Zuhair terus bangun. Dia dah bersiap sedia untuk berjumpa dengan CEO Obayashi Corporation untuk menjayakan hasratnya demi Anjakan Paradigma. Zuhair berharap semuanya akan berjalan lancar seperti yang mereka rancang.

"You can enter now. Anyway, good luck to you." sempat wanita itu memberi ucapan pada Zuhair. Zuhair hanya tersenyum menunduk. Dia mengucapkan terima kasih.

"Saya dan Azri masuk dulu. Jadi kamu bertiga tunggu di luar dululah ya. Nanti ada apa-apa saya beritahu kamu terus." pesan Zuhair. Yusuf, Bella dan Ain hanya mengangguk tanda faham.

"Good luck bos! You can do it!" Ain dan Bella masing-masing memberi semangat pada bos mereka. Zuhair hanya tersenyum. Dia juga berharap perkara yang sama.

**************************************

Zuhair mengekori wanita tadi untuk dibawa ke bilik CEO Obayashi Corporation iaitu Mr Kenji Hasuwa. Zuhair mula berasa gementar. Rasa nak terkucil pun ya juga. Dia mengomel sendirian sambil menunggu pintu lif terbuka. Setelah pintu lif terbuka mereka terus melangkah keluar. Dari jauh Zuhair dah nampak bilik yang tertera nama Kenji Hasuwa. Lagi bertambah gementarnya dia saat ini.

"Please come in Mr Zuhair." suruh wanita itu. Zuhair mengangguk.

Zuhair mendekati Mr Kenji Hasuwa. Dia dan Azri berjabat mesra dengan CEO ternama dunia itu. Mr Kenji menjemput mereka duduk. Zuhair sempat menjeling ke arah bilik CEO Obayashi Corporation yang kelihatan gah itu. Besarnya bukan kepalang lagi. Ibarat satu rumah pun ya juga. Zuhair mula kagum. Pasti perniagaan Obayashi Corporation sangat maju. Zuhair mengalihkan pandangannya ke arah Mr Kenji semula.

"So, you from Malaysia? Anjakan Paradigma right?" soal Mr Kenji.

"Yes Mr Kenji. This is my proposal. You can check. I hope this paper can charm Mr. Kenji's heart." Zuhair menyerahkan sebuah fail kepada Mr Kenji.

CERITERA HATI ZUHAIRWhere stories live. Discover now