BAB 7

52 3 0
                                    

"Weh aku tak boleh tahanlah dengan bos baru tu. Asal dia macam tu eh?"

"Itulah beb. Korang tengoklah apa jadi dekat kita sekarang. Dia suruh pakai macam ni. Kau rasa?"

Keluh Muna dan yang lain. Mereka menyaksikan Sally yang hanya diam dari tadi. Sally lagilah sejak CEO baru tu ambil alih AP dia ni terus jadi pendiam. Berbeza sungguh perwatakannya dengan yang lain. Mereka merasakan mesti ada sesuatu yang tidak kena pada Sally.

"Sally, kau kenapa ni? Diam je?" tanya Bella pula.

"Kau orang untunglah sebab jarang menghadap dengan dia. Kerja kau bukan dengan dia. Aku ni yang kena hadap muka dia hari-hari tahu tak?" balas Sally pula sambil meraup wajahnya.

"Sabar je la beb. Dah memang kerja kau dekat dengan bos tu. Nak buat camana..." pujuk Muna pula.

"Aku rasa nak berhenti je sekarang ni." luah Sally tiba-tiba.

Yang berada di situ semua terkejut dengan apa yang diluahkan oleh Sally tadi. Bagi Sally memang dia tak berapa nak ngam dengan bos baru mereka. Dahlah kerek semacam lepas tu tegas tak bertempat pula tu. Dengan Datuk Zahari dulu tak adalah dia rasa tertekan macam ni.

"Hei beb! Kau gila ke? Kau dah lama kot dengan AP ni. Takkan nak berhenti?" balas Bella pula.

"Dah itu pilihan yang aku ada. Aku nak cari kerja lainlah beb. Aku rela kerja pasaraya bagai tu dari kena mengadap muka dia. Sakit kepala aku tahu tak?" balas Sally tanpa berperasaan.

Dari kejauhan lagi mereka nampak Zuhair masuk ke pejabatnya. Kali ni dia tidak lagi mengenakan kaca mata hitamnya seperti hari-hari yang lepas. Cuma muka ketatnya menambahkan kegerunan kepada semua stafnya.

"Beb, bos beb. Bangunlah wish good morning." kata Muna. Dengan terpaksa Sally bangun juga.

"Siapa yang saya dengar nak berhenti kerja tadi tu?" tanya Zuhair serius.

"Ha? Eh..eh...tak adalah bos! Siapa pula nak berhenti kerja ni? Bos salah dengar kot!" balas Muna yang cuba berpihak pada Sally.

"Morning bos!" ucap Sally dalam keterpaksaan.

"Assalamualaikum." balas Zuhair sambil menyindir. Dia terus masuk ke dalam biliknya.

"Errrr...errr waalaikumussalam." jawab Sally tergagap-gagap.

"Oh beb! Aku nak hantar surat resign sekarang juga rasanya!" Sally terduduk. Penat rasanya hari-hari kena smash dengan bos barunya.

************************************

"Sally, come here!" kata Zuhair sambil menekan butang interkom.

Sally yang sedang fokus pada kerjanya terus mengambil buku notanya untuk dibawa bersama. Kalau lambat nanti sah-sah dia kena bebel lagi. Sepanjang empat hari mereka dengan CEO baru AP, bosnya pantang betul dengan pekerja yang tak menepati masa. Tanpa lihat kiri kanan, Sally terus berlari ke bilik bosnya.

Pintu diketuk. Zuhair diintainya dibalik cermin. Tiada tindak balas. Pintunya diketuk lagi. Namun Sally masih lagi hampa kerana masih belum dapat isyarat untuk masuk. Tanpa berlengah lagi dia terus meredah masuk saja bilik Zuhair. Zuhair terkejut lalu memandang ke arah Sally.

"Hei apa ni? Memang tak reti ketuk pintu ke? Masuk bilik saya bagai perompak lagaknya!" komplen Zuhair.

"Saya dah ketuk banyak kali dah. Tapi encik Zuhair buat diam je. Saya masuk je lah. Berapa lama encik Zuhair nak sidai saya di luar tu?" balas Sally dengan nada geram.

"Oh, pandai melawan bos dah eh? And now you inform me my schedule today." arah Zuhair.

"Today you have appointment with Datuk Rashid, CEO Puncak Gemilang. Perbincangan hari ni melibatkan projek perumahan di Klang yang didirikan dengan Puncak Gemilang tu. Ha, itu je lah untuk hari ni." balas Sally.

CERITERA HATI ZUHAIRWhere stories live. Discover now