BAB 50

74 1 0
                                    

"Sayang, diam je ni?" sapa Zuhair.

Nadia masih lagi senyap. Dia memeluk tubuhnya. Sepanjang perjalanan mereka dia asyik diam saja dari tadi. Wajah suaminya langsung tak pandang. Dia begitu terasa hati apabila Zuhair melarangnya bercakap masa dalam perbincangan keluarganya tentang Salman pagi tadi.

"Awak suruh saya diam, saya diamlah." balas Nadia. Matanya dihalakan di luar tingkap.

"Tak puas hati pasal pagi tadi?"

Nadia diam lagi. Zuhair tahu itu puncanya. Dia mencapai tangan isterinya lalu digenggam erat.

"Saya tak nak awak beremosi. Awak tu cepat emosi sayang. Mental health awak kena jaga." balas Zuhair.

"Kenapa awak tak bagi kami jumpa Salman? Kenapa nak tunggu sampai dia tamat hafazan dekat situ? Awak tahu tak mummy dan daddy sangat berharap dapat jumpa Salman tu?" Nadia akhirnya meluahkan rasa hatinya.

"Ada sebab saya buat begitu Nadia. Bukan saja-saja. Adik awak ada matlamat yang perlu dia capai untuk orang tuanya. Termasuk mummy dan daddy. Tolong faham, boleh?" balas Zuhair sambil melepaskan keluhannya.

"Tapi boleh je bagi kami jumpa dia sekejapkan? Lepas tu biarlah dia fokus balik pada hafazannya. Apa susah? Awak macam nak halang kami jumpa dia je." balas Nadia lagi.

Zuhair mengurut kepalanya. Dia memandang isterinya tanpa sepatah kata. Sudah dia cakap kenapa dia tak mahu mereka berjumpa dengan Salman buat masa sekarang. Nampaknya Nadia masih nak berjumpa dengan adiknya.

"Saya dengan Salman dan pelajar kelas saya tu Nadia dah hampir tiga tahun tahu? Tiga tahun tempoh maksimum mereka perlu menghabiskan hafazan diorang. Salman tu dia sedang berada di landasan yang betul sekarang ni. Hafalan dia laju dan mantap. Saya tak nak dia terkejut dengan hal ini. Sebab tu saya suruh tunggu sampai dia selesai hafazan dia. Lepas tu ikut suka awaklah nak jumpa dia selama mana pun. Salman tu kuat memberontak orangnya. Saya kenal dia, Nadia. Saya tak nak dia terganggu. Itu je. Kalau awak tak nak faham saya, awak fahami adik awak tu. Mummy daddy pun tak ada kata apa, awak pula lebih-lebih." kata Zuhair. Ada ketinggian pada nada suaranya sedikit.

"Awak boleh fikir tak macam mana kalau dia tahu saya ni abang ipar dia? Lagilah dia marah nanti. Saya dengan dia berapa banyak dah berbalah benda remeh-temeh ni. Dia selalu tak puas hati dengan saya sebab dia selalu jadi sasaran saya. Saya tak berani ambil risiko Nadia. Sekarang waktu getir dia." jelas Zuhair lagi.

"Yang penting sekarang awak dah tahu siapa adik awak dan di mana keberadaan dia. Rumah ibu ayah dia tak jauh dari Maahad tu. Tolong beri dia masa buktikan kemampuan dia, boleh? Saya tak marah awak tau sayang. Saya cuma minta awak faham dia. Tu je." Zuhair memujuk isterinya.

"Lama lagi ke dia nak habis?" tanya Nadia perlahan.

"Insya-Allah tak lama pun. Tengok pada kemampuan dia. Saya target dalam setahun setengah dia boleh settle dah. Buka sekolah nanti saya nak suruh dia habiskan terus je dalam masa dua ke tiga minggu. Lepas tu ulang lagi dan lagi sampai dia selesai semuanya." jelas Zuhair.

Zuhair dan Nadia senyap kembali. Macam-macam perkara yang bermain di fikiran Nadia kini. Sudah tentulah dia banyak memikirkan tentang adiknya, Salman. Kalau boleh sekarang juga dia nak peluk adiknya erat. Sudah lama dia menantikan saat itu. Bila Salman dah ada depan matanya, dia pula perlu berkorban rindu dan jiwa demi adiknya.

"Saya nak wariskan Mega Sakti tu atas nama dia. Saya nak berhenti dari situ." kata Nadia perlahan.

Zuhair memandang ke arah isterinya. Bila dia luahkan hasrat itu Zuhair seakan-akan bimbang. Dia risau Salman pula tak bersetuju. Soal penerimaan Salman terhadap keluarga kandungnya ni pun belum tahu lagi macam mana.

CERITERA HATI ZUHAIRWhere stories live. Discover now