BAB 53

90 1 0
                                    

Setahun kemudian...

"Mummy, daddy duduk sini ya. Tengok je majlis ni berjalan. Nanti Zuhair bawa Salman datang sini lepas dia celebrate dengan ibu ayah dan kawan-kawan dia." pesan Zuhair kepada mentuanya.

Mereka semua mengangguk. Wajah isterinya dipandang. Zuhair tahu, dah lama Nadia nantikan saat ini. Sekarang Salman sudahpun selesai syahadahnya dengan penuh cemerlang. Zuhair sebagai seorang guru sudah tentulah bangga dengan kejayaan anak muridnya yang sekian lama berjuang untuk kalam Allah ini.

"Hanifah, Aini!" panggil Datuk Awang dna Datin Mahani. Masa ini Salman sedang rancak berbual dengan kawan-kawannya.

Encik Hanifah dan Puan Aini sudah berlari ke arah Datuk Awang dan Datin Mahani. Mereka berpelukan setelah lama tidak berjumpa. Mereka tak sangka akhirnya berjumpa semula selepas 17 tahun pasangan suami isteri itu menghilangkan diri.

"Sihat Hanifah?" tanya Datuk Awang.

"Saya sihat Awang. Alhamdulillah hari ni Salman akan jumpa balik dengan ibu dan ayah kandungnya." balas Encik Hanifah.

"Terima kasih Hanifah, Aini sebab jaga Salman elok-elok. Tak sangka sekarang Salman dah bergelar sebagai seorang hafiz Al-Quran. Banyak jasa Hanifah dengan Aini pada Salman." ujar Datin Mahani. Datuk Awang menyokong kata-kata isterinya.

"Alhamdulillah. Kami didik Salman sekadar yang termampu saja. Lepas ni kalau Salman mahu kembali pada keluarga kandung dia pun kami tak kisah dah. Sebab tanggungjawab kami dah selesai. Saya doakan moga-moga Salman menjadi insan yang baik untuk keluarganya. Jadi seorang yang beramal dengan Al-Quran yang dihafalnya, Insya-Allah." kata Encik Hanifah pula.

"Nanti jemputlah datang ke rumah kami ya. Lagipun kita dah lama tak jumpa." balas Datuk Awang.

"Insya-Allah kalau ada kelapangan kami sampai." jawab Puan Aini pula.

Salman sudah menuju ke arah ibu dan ayahnya. Dia nampak gembira sekali setelah semuanya dia selesaikan dengan penuh jayanya. Salman gembira ibu dan ayahnya ada disaat dia mengecapi kejayaan yang sudah lama dia impikan. Namun Salman tersentak apabila ayahnya melepaskan pelukannya dengan cepat. Encik Hanifah menyuruh Salman memandang dua sosok tubuh tua yang berada di belakangnya. Salman menoleh perlahan-lahan ke belakang. Zuhair dan Nadia hanya jadi pemerhati.

"Siapa ni ayah, ibu?" tanya Salman.

"Salman..." sapa Puan Aini perlahan.

"Ya bu? Ada apa? Man tanya, siapa diorang ni? Kenapa ibu ayah suruh Man jumpa pak cik dan mak cik ni?" desak Salman.

"Man, ni ibu dan ayah kandung Man." kata Encik Hanifah.

"Eh? Takkanlah. Ni ibu ayah akak Nadia la yah. Kan ustaz?" pandangannya dihalakan pada Zuhair pula.

"Salman, itu mummy dan daddy kamulah. Akak Nadia ni kakak kandung kamu." kata Zuhair tanpa selindung lagi.

Salman mengerutkan dahinya. Dia tersenyum sinis. Mustahillah orang kaya ini ibu dan bapa kandungnya. Kalau betul mereka ibu dan ayah kandungnya kenapa dia diserahkan pada orang lain masa bayi dulu?

"Sayang, keluarkan gambar tu." pinta Zuhair.

"Dik, kamu kenal gambar ni kan? Gambar ni adalah gambar yang kamu serahkan pada ustaz Zuhair dulu. Itu gambar akak yang hilang Man. Kamu tengok gambar ni. Tengok muka mummy dan daddy. Samakan?" kata Nadia pula.

Mata Salman terbeliak memandang gambar yang dipegang oleh akak Nadia. Memang gambar itu sama dengan gambar yang berada dalam simpanannya. Salman makin keliru. Apa yang jadi sebenarnya ni?

"Man, ibu ayah balik dulu ya? Ada masa kita jumpa lagi." pinta Encik Hanifah.

"Salman nak ikut ibu ayah balik." pinta Salman.

CERITERA HATI ZUHAIRWhere stories live. Discover now