BAB 27

59 1 0
                                    

Zuhair bersyukur dengan penerimaan kedua-dua belah keluarga. Dia dan juga Nadia telahpun berjumpa dengan keluarga kedua-dua belah pihak. Lebih membahagiakan hubungan mereka direstui. Walaupun papanya agak terkejut dengan berita yang diterimanya, namun kalau dah dia berkenan, papanya terus bersetuju saja tanpa sepatah kata.

"Rasa macam tak sepadan pula anak kami dengan anak datuk dan datin. Tapi kalau Zuhair dah berkenan dengan anak saya, apa lagi yang boleh dikatakan. Kita nikahkan je lah mereka berdua." kata Datuk Awang.

"Itulah. Kalau tak keberatan sudilah pihak datuk terima cincin ni sebagai ikatan pertunangan antara Zuhair dan Nadia." balas Datuk Zahari.

Datuk Awang dan Datin Mahani terima sebentuk cincin yang diserahkan oleh wakil dari pihak lelaki. Mereka berdua terima saja apa pemberian daripada keluarga Zuhair. Mereka mengangguk setuju. Dengan ini sah mereka sebagai pasangan yang bertunang.

"Tapi kami kena sampaikan pesanan dari Zuhair juga datuk datin." ujar Datuk Zahari.

"Apa tu? Kami terima je." balas Datuk Awang pula.

"Zuhair ni lain macam sikit datuk, datin. Dia kalau boleh nak adakan majlis sesederhana boleh. Katanya tak mahu membazir. Dia nak majlis akad nikah diadakan di rumah Nadia manakala sanding diadakan di Maahad milik dialah. Boleh ke? Katanya senang nak jemput pelajar-pelajar dia sekali." beritahu Datuk Zahari. Dia risau juga kalau semua tu tak dipersetujui oleh ibu bapa Nadia.

"Kami okay je. Saya dengar Nadia kata dia nak kahwin pun kami gembira dah. Lagi-lagi bila dia bawa Zuhair jumpa kami. Anak datuk nampak baik-baik orangnya. Sejuk mata memandang. Jadi tak tunggu apa lagi memang kami terus setuju je la. Tak apa soal majlis kami serahkan pada mereka nak macam mana pun. Bila nak berlangsungnya?"

"Sebulan dari sekarang. Sebab Zuhair kata dia nak ulang semula hafalannya dihadapan gurunya sambil disaksikan oleh datuk, datin dan Nadia sendiri." ujar Datuk Zahari.

Datuk Awang dan Datin Mahani terus terpaku. Begitu sekali persediaan yang akan dibuat bakal menantu mereka sebelum berkahwin nanti. Memang Nadia tak salah memilih bakal suami.

"Majlis hafazan tu akan dibuat dua minggu dari sekarang pada malam Jumaat. Jadi Zuhair nak jemput datuk, datin dan Nadia datanglah ke Maahad tu nanti. Boleh ya?"

"Boleh. Boleh. Kami mesti datang Insya-Allah."

"Hantaran macam mana ya?"

"Kami tak perlukan mahal-mahal pun. Cukup sekadar mana Zuhair mampu." balas Datuk Awang.

"Kalau begitu baiklah. Nanti kami beritahu Zuhair. Kalau tak ada apa-apa kami minta diri dululah. Zuhair pun dah tentu tak sabar nak tahu berita ni." balas Datuk Zahari.

Mereka mengangguk. Majlis pertunangan yang sangat ringkas itu berjalan lancar. Cukuplah pertunangan antara mereka ini dirahsiakan terlebih dahulu. Nanti bila majlis nak berlangsung barulah kedua-dua belah keluarga akan hebahkan.

**************************************

"Tak sangkanya saya bang kita nak dapat menantu. Agaknya macam mana mereka boleh jatuh cinta ya? Tambah-tambah Zuhair dengan anak kita tu jauh langit dan bumi." ujar Datin Mahani sebaik saja nakal besannya pulang.

Datuk Awang juga terkejut dengan apa yang jadi hari ni. Semuanya dipermudahkan. Tak ada halangan langsung. Baru saja minggu lepas mereka mengenali Zuhair buat kali pertama. Minggu ni terus bertunang. Dan tak lama lagi majlis kahwin pula akan diadakan.

"Saya pun tak sangka. Sangat tak sangka. Kalau ikut kata Datuk Zahari tadi, anak awak yang pikat si Zuhair dulu. Tu boleh sangkut tu. Anak dengan mak sama je ya." Datuk Awang mengenakan isterinya pula.

CERITERA HATI ZUHAIRWhere stories live. Discover now