BAB 10

45 2 0
                                    

"Apa yang saya tunjuk dekat depan ni, ni antara projek terbesar yang saya sedang usahakan untuk AP ni. Jadi awak semua doalah moga-moga rancangan kita berjaya. Rabu depan insya-Allah saya akan ke Jepun. Jadi saya buat perjumpaan hari ni saya bersetuju nak bawa beberapa staf saya ke sana." ujar Zuhair sambil membelek-belek slide yang berada di komputer ribanya.

Bersinar-sinar muka masing-masing bila Zuhair menyatakan mahu membawa mereka ke Jepun sekali. Pasti mereka tak sabar siapa yang akan dibawanya ke sana. Bukan apa Zuhair pun tak pandai sangat nak bawa diri ke negara orang sebenarnya. Kalau ada teman bolehlah mereka meninjau-ninjau sekitar kota Jepun yang indah tu.

"Jadi saya boleh bawa lima orang je la dan yang belum kahwin. Sebab nanti takut pasangan awak tak bagi pula kan." ujar Zuhair lagi.

"Jadi encik Zuhair nak bawa siapa?" tanya salah seorang stafnya.

"Azri sudah semestinya. Sebab dia PA saya yang keduakan. Yang kedua Yusuf. Seterusnya Bella dan juga Ain. Saya bawa awak semua ni bukan nak jalan-jalan, tapi atas urusan kerja. Jadi nanti awak boleh siap-siap kemas barang la ya. Selasa malam minggu depan kita bertolak. Jadi yang lain-lain di sini teruskan kerja seperti biasa. Saya juga nak amanahkan pada Sally, awak tolong handlekan kerja-kerja saya. Segala appointment with client, you handle juga." arah Zuhair. Sally mengangguk faham.

"Projek ni menelan perbelanjaan jutaan ringgit Malaysia. Jadi kalau projek ni berjaya diterima kita akan terima habuan hampir 75% dari projek ni. Jadi kalau berjaya juga, untuk awak pun ada habuannya sendiri." balas Zuhair sambil tersenyum.

Yang lain bersorak gembira. Mereka juga berharap agar projek di Jepun ni dapat diterima oleh jutawan yang terkemuka di sana. Masing-masing sudah membayangkan mereka akan menerima bonus yang lumayan hasil dari projek ni. Selain itu juga mungkin Anjakan Paradigma ni akan dikenali di seluruh dunia terutamanya. Lagi senanglah nak bawa masuk pelabur ke AP ni.

"Jam pun dah menunjukkan pukul 3:30 petang, dan awak pun baru balik dari solat Jumaat tadi, jadi saya benarkan awak untuk pulang lebih awal." ujar Zuhair.

"Wah, thanks encik Zuhair!"

"Sejak-sejak encik Zuhair pegang AP ni kita selalu balik awalkan geng?"

"Rezeki awak la tu. Saya pun tengok tadi masing-masing macam tak ada kerja jadi balik je lah rehat. Nak duduk lama-lama dekat sini buat apa kan? Jadi semua boleh balik." balas Zuhair sambil mengemas barang-barangnya untuk pulang. Lagipun kejap lagi dia nak pecut ke Maahad pula. Lama tak jenguk adik-adiknya di sana.

**************************************

Zuhair menuju ke keretanya sambil menjinjit begnya. Oleh kerana dia kelam kabut untuk ke kereta, Zuhair secara tak sengaja terlanggar seseorang. Cepat-cepat dia meminta maaf kepada kepada individu yang dilanggarnya tadi.

"Maaf...maaf...saya tak sengaja." kedengaran suara seorang wanita memecah gegendang telinganya.

What?? Aku langgar perempuan ke tadi? Zuhair terus mengibas-ngibas bajunya.

"Macam mana boleh terlanggar perempuan ni??? Allahuakbar..." Zuhair mengomel sendirian.

"Encik, saya minta maaf ya." perempuan itu bersuara lagi.

"Okay...okay tak apa. Sorry ya?" Zuhair tidak menoleh ke belakang. Dia terus masuk ke dalam keretanya.

Zuhair melepaskan keluhan kasar. Kesal dengan dirinya sendiri kerana tidak berhati-hati ketika berjalan. Rasa geli pula pada dirinya sendiri. Lagi membuatkan dia kesal apabila terlekat bau minyak wangi yang dipakai oleh perempuan tadi.

"Ah, tak sukanya aku! Perempuan memang suka pakai perfume pekat likat macam ni ke? Tak pasal-pasal nak kena tukar baju lain pula. Aduh!" Zuhair mengomel lagi.

CERITERA HATI ZUHAIRWhere stories live. Discover now