BAB 43

70 0 0
                                    

Zuhair memberhentikan kereta betul-betul di depan pintu utama Mega Sakti. Sebelum turun dari kereta, Nadia bersalaman dengan suaminya terlebih dahulu seperti kebiasaan. Zuhair pula mencium dahi isterinya dengan penuh kasih. Zuhair juga telahpun menitipkan beberapa pesanan buat isterinya. Nadia berjanji akan memgikut segala pesanan suaminya.

"Nanti dah habis meeting saya jemput awak ya." pesan Zuhair.

"Okay sayang. Terima kasih tau bagi saya singgah Mega Sakti." balas Nadia.

"Alang-alang kita datang sini singgahlah sekejap. Awak tetap CEO Mega Sakti. Dah tentulah awak nak pantau dan ambil tahu setiap progress company awak." balas Zuhair. Nadia mengangguk.

"Aurat jaga. Ramai lelaki dekat sini. I jealous tau!" gurau Zuhair.

"Mengada." balas Nadia. Dia terus menutup pintu kereta. Dia melambai ke arah Zuhair.

Sampai saja di Anjakan Paradigma, Zuhair terus memarkir kereta di tempat VVIP. Tak adalah jauh dia perlu berjalan. Zuhair memandang sekeliling syarikat itu, benar adakalanya dia rindu. Tapi untuk kembali semula ke sini, agak mustahil.

Zuhair terus pergi ke arah lif lalu menekan butang lif. Dia menunggu sehingga lif dibuka. Lepas itu dia menekan pula butang tingkat satu yang menempatkan bilik CEO syarikat itu. Shariq tak tahu pun tentang kehadirannya pada hari ini. Cadangnya dia hendak beri kejutan pada Shariq.

Sebaik saja pintu dibuka, Zuhair terperanjat. Dia melihat semua staf AP sudah kembali seperti dulu. Nampaknya staf perempuan yang selama ini bertudung kerana patuh atas arahannya saja. Lepas dia keluar mereka semua menanggalkan tudung masing-masing. Ada yang memakai skirt pendek pun ya juga. Zuhair rasa amat kecewa ketika itu. Dia terus menundukkan pandangannya.

"Eh encik Zuhair..." Ain bersuara perlahan. Semua staf perempuan memandang sesama sendiri. Mereka sendiri tak menyangkal kehadiran Zuhair pada hari ini.

"Saya nak jumpa Shariq. Dia ada?" tanya Zuhair kepada Sally. Kali ini dia langsung tak mahu bergaduh dengan wanita ini. Zuhair pun langsung tak memandang ke arahnya.

"Errrr...encik Zuhair..." sapa Sally perlahan. Kali ni dia rasa nak tutup saja kepalanya dengan fail yang berada di hadapannya.

"Saya nak jumpa Shariq. Dia ada?" tanya Zuhair serius. Pandangannya masih ditunduk.

"Ada. Ada." balas Sally tergagap-gagap.

"Terima kasih." Zuhair terus berlalu dari situ. Dia pergi ke arah bilik Shariq.

Sebaik saja Zuhair masuk ke dalam bilik Shariq, suasana di pejabat menjadi riuh rendah. Mereka sendiri terkejut dengan kehadiran Zuhair pada kali ini.

"Beb aku tak tahu dia datang. Dahlah aku pakai macam ni." beritahu Sally. Dia menahan rasa malunya.

"Itulah. Aku rasa nak lari masuk toilet je tadi. Kenapalah dia datang tak beritahu. Kalau tidak kita boleh pakai tudung." balas Bella pula.

"Kau nampak tak muka dia berubah terus bila masuk sini. Mesti dia tak sangka keadaan AP dah tak macam dulu. Malu aku weh. Dia tu dahlah datang sini siap berkopiah lagi. Lagi segan aku." balas Sally.

"Dia mesti kecewa dengan kita beb. Sedangkan masa dia dekat sini dulu pakaian kita elok je. Kan Ain? Dulu masa kita ke Jepun dengan dia, kita bertutup litup lagi." balas Bella. Ain mengangguk. Dia juga rasa malu yang teramat tadi.

"Macam mana dengan AP? Okay?" tanya Zuhair pada Shariq.

"Alhamdulillah. Everything okay. Semua berjalan lancar. Kami pun ada terima projek baru. Ni ada tujuan kau datang ke sini? Tak beritahu dekat aku kau nak datang." tanya Shariq.

CERITERA HATI ZUHAIRWhere stories live. Discover now